Cerita 3: Kakak yang sakit tenat

Alhamdulillah...
Sampai juga ke Chini Timur 3 kat Pahang ni.
Sesampai je di rumah kakak yang sulung ni,
terus tengok keadaan dia yang sakit tu.
Kaki tak dapat nak bergerak seperti biasa.
Tangan pun begitu cuma tangan kiri sahaja yang boleh bergerak seperti biasa.
Mata tak dapat nak buka sepenuhnya.
Tapi syukur sebab dia masih kenal adiknya yang bongsu ni.
Itu dah cukup memadai.
Sungguh sedih tengok keadaan kakak yang sebegitu rupa.
Ujian dari Allah kepadanya.

2 hari di Chini,
akhirya malam Isnin saya balik ke Terengganu.
Hati sebenarnya masih tak dapat nak tinggalkan kakak yang dalam kesakitan tu.
Namun terpaksa pulang ke Terengganu untuk mengambil motor yang sudah dipos melalui 'courier service' tu.


8 KOMEN:

Miss Ib. said...

Salam..tabahkan hati menerima ujian dari-Nya..semoga kakak incik sukry cepat sembuh
p/s: ujian adalah tarbiaf dari-Nya, semakin dekat kita kepada-Nya semakin hebat badai yang melanda..

SEEPOT SEEDOT said...

ok...
sekarang kakak saya dah semakin tenat.
mcm2 hal berlaku...
moga dia cepat sembuh...Ameen.

Kak Amy said...

salam..

sabar ye dik dengan ujian yang di beri , akak doakan semoga kakak adik akan cepat sembuh seperti sediakala...

SEEPOT SEEDOT said...

insyaALLAH..ameen.

Kak Amy said...

assalam..

amin..

Norasiykin said...

maaf tanya...
kenapa dgn kakak syukry.. macammana mula2 dia dapat sakit tu..

SEEPOT SEEDOT said...

asalnya dia kena strok atau kata lainnya angin ahmar kan?
tapi mcm ade sesuatu yg tak kena je dgn dia lepas berubat cara kampung.
yang tambah pelik, asalnya tgn kanan dia xboleh gerak.
tapi sekarang, tgn kiri pula yg xboleh gerak dan tgn kanan tadi dah ok. kaki pula mmg xboleh gerak, jadi keras.

dia juga dah meracau malam2...
sebut bukan-bukan...
nampak kelibat bukan-bukan...
asyik panggil nama anak-anak dia yang tinggal kat negeri lain.

harap Allah sembuhkan dia...
tu je yang mampu saya bgtahu.

CIK TOM said...

salam..lama xjenguk sini..erm cam mana kakak syukry skang??semoga cepat sembuh...