Cerita 1: Sesat di Kole Lumpor

Ini cerita lima hari yang lalu. Cerita saya yang sesat jalan. Dah terlanjur sesat, cubalah mencari jalan keluar. Macam-macam hal pula berlaku bila dah sesat.

Manusia pertama yang saya jumpa ialah seorang cina di perhentian lampu isyarat.
Saya: Helo, boleh tahu jalan ke Jalan Peel.
Cina: Tak tau(terus berlalu pergi).
Tak mengapalah, mungkin cina tadi ada hal penting. Mungkin ragam orang
KL la katakan!

Manusia kedua yang saya jumpa ialah seorang cina juga.
Saya: Helo, boleh tahu jalan ke Jalan Peel?
Cina: Oh,senang saje. Lu pergi terus jumpa Bulatan Pudu, lepas tu ada
signboard ke Jalan Peel.
Saya: Ok,terima kaseh bro.
Cina ni memang baik hati, tak macam cina tadi yang sombong. Tapi saya masih sesat sebab tersalah masuk ke Jalan Pasar. Alamak!

Lepas tu, jumpa sorang pegawai polis.
Saya: Tuan,tahu tak jalan ke Jalan Peel?
Polis: Saya pun tak pasti. Awak cuba pergi terus dan jumpa Bulatan Pudu. Kat situ ada signboard ke Jalan Peel.
Saya: Ok,terima kaseh tuan.
Tapi entah macam mana, saya tetap sesat!

Akhir sekali jumpa sorang pakcik tua kat masjid jamek dekat Jalan Pasar.
Saya: Pakcik,macam mana nak ke Jalan Peel?
Pakcik: Senang je. Awak pergi terus jumpa satu bulatan ada signboard Jalan Peel.
Saya: Terima kaseh banyak pakcik.

Akhirnya jumpa juga Jalan Peel. Rupa-rupanya, jalan tu dah dekat tapi sebab tak tahu sangat, banyak masuk simpang yang salah. Pengajaran sebenarnya. Tapi tak rugi banyak bertanya. Sebab ke Jalan Peel ni sebenarnya nak kirim motor balik ke Terengganu melalui 'courier service' Pahang Mail & Transport. Lega akhirnya dapat juga kirim motor tu. Bayar rm83, motor+helmet akan sampai selewatnya 4hari.

Akhir sekali, pergi Hentian Putra. Naik bas ke Chini Pahang sebab nak lawat kakak sulung yang sakit. Hari yang kelam-kabut dengan pelbagai ragam manusia dapat dilihat. Syukur masih berada dalam redha Ilahi.

0 KOMEN: