UMNO Pengecut Bila MengHARAMkan Harakah!

Tidak dapat nak digambarkan betapa aku bersabar menunggu masa yang sesuai utk menulis mengenai perihal kebinatangan UMNO-BN terhadap Pakatan Rakyat beberapa hari kebelakangan ini. ALLAH sahaja yang tahu betapa hati ini sedih bila mana akhbar kebenaran Malaysia, Harakah dan Suara Keadilan digantung dari menjalankan tugasnya seperti biasa. Kementerian Dalam Negeri (KDN) menggantung permit akhbar Harakah
dan Suara Keadilan selama tiga bulan. Dan ia disahkan Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Syed Hamid Albar. Rupanya,pemikiran UMNO-BN lebih takut pada Harakah daripada berdepan dengan Pakatan Rakyat di Mahkamah Malaysia..Inilah demokrasi UMNO-BN namanya!

Sambil merenung dalam-dalam ke putih anak mata, aku tertanya-tanya apa dosa, apa musibah yang menimpa? Tidak cukupkah lagi dengan pelbagai asakan hingga kali ini terusik periuk nasi. Dimana suara pembangkang hendak dilemparkan??? Dimana letaknya demokrasi berparlimen yang diagungkan oleh pejuang MELAYU dalam UMNO???Kalau salah bawalah ke mahkamah dan bukannya menggunakan kuasa yang diberi pinjam rakyat
melalui pilihan raya bagi menghukum pihak lain.

Tahukah kamu wahai UMNO, tindakan ini secara tidak langsung merupakan 'pengakuan kalah' kerajaan Barisan Nasional (BN) yang mempunyai media arus perdana seperti TV1, TV2, radio, akhbar dan stesen televisyen swasta tetapi tidak mampu untuk memulihkan imej BN dan Umno yang semakin buruk di mata rakyat yang senantiasa mendapat maklumat tepat dan benar
daripada akhbar pembangkang seperti Harakah dan Suara Keadilan! Jika benar terdapatnya laporan yang salah dalam Harakah atau Suara Keadilan, pihak yang berkenaan perlu mengambil tindakan undang-undang. Bukan secara membabi-buta mengharamkan akhbar tersebut! Nampak sangat UMNO-BN dah tahu dari awal yang tindakan mereka adalah salah. Kalau benar, mereka dah berani menyaman Harakah dan Suara Keadilan di mahkamah agung Malaysia!

Untuk memuaskan nafsu serakah UMNO-BN, aku mencadangkan agar UMNO-BN yang menguasai kerajaan sepatutnya meminda sahaja Akta Pertubuhan dan meletakkan pendaftaran parti politik di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri. Dengan kata lain, tak memadai dengan hanya mengHARAMkan Harakah dan Suara Keadilan. HARAMkan juga PARTI ISLAM SEMALAYSIA dan Pakatan Rakyat kalau benar-benar mahu memusnahkan institusi demokrasi ciptaan UMNO. Selagi parti politik bernama pembangkang wujud, maka selagi itulah parti yang menguasai kerajaan terpaksa menghadapi macam-macam soalan yang ditimbulkan selain daripada terpaksa bersaing untuk mendapatkan sokongan dan pengaruh.Oleh yang demikian, maka menjadi tanggungjawab besar kepada pembaca dan pelayar internet ataupun blogger khasnya yang prihatin kepada perjuangan Pakatan Rakyat selama ini untuk mengedarkan maklumat dan laporan di internet kepada umum.

Buat Harakah dan Suara Keadilan, kamu tidak keseorangan selepas ini kerana para bloggers akan terus membantu usaha menjatuhkan UMNO-BN dari memerintah Malaysia yang dicintai!

Sedarlah kamu wahai UMNO-BN, tindakan menggantung Harakah dan Suara Keadilan bukan bererti Pakatan Rakyat akan berkubur untuk selamanya. Tetapi, ianya menjadi azimat dan bekalan yang amat tinggi untuk semua para blogger di seluruh Malaysia mengerahkan keringat membantu kempen Pakatan Rakyat untuk Pilihanraya seterusnya. Awas kamu UMNO-BN!

5 KOMEN:

Anonymous said...

ya ya aku pun setuju ameno ni mcm ayam pencen.tak dak telor,lebih2 lagi bos kpl botak tuu. pengecuttt...tak larat kejar monyet suruh anjing yg ligan.kalau sakit hati sangat pun katPR gam sebulan pun cukup lah.ini tiga bulan.busuk nya perut hampaa.patutlaa aku tengok perut org ameno ni banyak yg boroi2.

Anonymous said...

Insan diberi pilihan oleh Allah jalan kesyurga atau neraka;jalan kesyurga amat mencabar dan sentiasa menguji keimanan; sedangkan, jalan keneraka amat mudah dan menyeronokan.Insan atau bangsa yang dilaknat Allah akan diberi kehidupan yang mewah dan berkuasa didunia ini.Allah sengaja membenarkan supaya mereka terus bergelomang dalam dosa kerana tempat mereka ada dineraka buat selama-lamanya.DPM D.Najib sebut yang Allah memilih mereka terus berkuasa ada benarnya kerana mereka tidak boleh bertaubat lagi kerana dosa dan kezaliman mereka telah melampaui batas saperti juga bangsa yahudi laknatullah.Insan yang beriman(mukmineen) hanya dapat memberi nasihat dan kita dilepasi Allah daripada dosa bershubahat kerana dengan berjihat dengan tangan dan kekerasan akan membaya padah terhadap nyawa sendiri.

SEEPOT SEEDOT said...

terima kaseh atas semua dorongan dan kata2 semangat tu!!!

UMNO akan lupus dari muka bumi ini!