Sambungan Kisah Ayam


WOW..SEDAPNYA AYAM NI!!!

Oleh kerana sambutan dan penerimaan yang amat hangat sekali ke atas artikel aku dalam tranungkite.net kelmarin, aku sambung lagi tulisan mengenai kisah ayam yang dipertontonkan di kaca TV3 beberapa hari yang lalu. Kisah cara penyembelihan ayam yang amat diragui oleh Jabatan Agama Islam Selangor(JAIS) sehingga ditemui 1,863 kilogram ayam yang telah siap disembelih dengan cara yang salah, akan dipasarkan ke seluruh Selangor dalam masa terdekat. Dan tidak mustahil, sebelum ini penduduk Selangor telah memakan ayam yang disembelih dengan cara yang tidak betul itu. Oleh sebab hal ini baru ditemui hari ini, bagaimana kalau perkara itu dah berlarutan sejak bertahun-tahun dahulu. Nauzubillah...Apa yang telah kita makan selama ini? Apa yang telah kita beri makan pada anak-anak kita untuk membesar dengan sempurna?

Memang la orang ramai atau kita sebagai masyarakat akan ambil peduli mengenai perkara ini untuk sementara waktu ini, tapi aku yakin dalam masa beberapa hari lagi masyarakat akan tidak akan ambil kisah mengenai kisah ayam tidak HALAL ini dek kerana ianya adalah tidak diberi penekanan sangat oleh pihak kerajaan pimpinan UMNO-BN. Samalah juga dengan kisah kita memboikot barangan keluaran ISRAEL, pada masa Palestin diserang bertubi-tubi oleh ISRAEL Laknatullah, kitalah orang yang berada di barisan hadapan sekali dalam memboikot semua barangan keluaran ISRAEL Laknatullah. Kalau boleh, semua produk dari ISRAEL atau yang memberi sumbangan kepada ISRAEL hendak kita boikot. Tapi cuba kita tengok dan perhati sekarang, berduyun-duyun orang beratur di setiap Restoran McDonald, KFC, PIZZA Hut dan lain-lain. Seolah-olah jihad yang kita perjuangkan beberapa hari dahulu adalah untuk sementara sahaja. Kemana perginya semangat jihad 'kecil' kita untuk membantu umat Islam di Palestin. Sedarkah kita bahawa dengan membeli produk keluaran ISRAEL atau yang memberi sumbangan kepadanya, kita seolah-olah sedang menghantar sebutir peluru kepada penduduk Palestin yang sedang menanggung derita sengsara. FIKIRLAH! Janganlah kita menjadi orang yang membuat sesuatu perkara itu bermusim!

Berbalik kepada komen yang diterima dalam tranungkite.net, ramai yang mengatakan bahawa alangkah eloknya kalau diwujudkan atau diketengahkan pengeluaran AYAM ORGANIK keluaran HPA Industries Sdn. Bhd. Cadangan yanag amat bernas kerana ayam organik HPA adalah dijamin keHALALANnya dari segi hukum syarak, bukan sahaja kaedah penyembelihan tetapi kaedah penternakannya amatlah diyakini kerana tidak diberi makan dengan sembarangan makanan seperti yang biasa diberi kepada ayam-ayam bukan organik. Cara penternakannya juga adalah amat berbeza daripada ayam biasa. Secara ringkasnya, ayam organik HPA adalah bebas daripada penggunaan bahan kimia tidak halal, selain itu ianya diberi makanan herba serta bebas daripada penggunaan MSG bagi tujuan menyedapkan rasa yang digunakan dalam kebanyakan produk masa sekarang. Satu perkara lagi yang menarik tentang AYAM ORGANIK HPA ialah ramuannya disenergi dengan herba terpilih yang dikeluarkan khusus kepada semua pengguna Muslim. Kalau anda hendak mengetahui lebih lanjut, lawatilah laman web HPA.com.my yang akan memberi gambaran secara jelas dan nyata mengenai AYAM ORGANIK keluaran HPA Industries Sdn. Bhd.

Apa yang aku ingin nyatakan disini ialah bukan peluang perniagaan yang amat diimpikan dalam penulisan artikel ini tetapi masalah umat Islam sekarang yang sentiasa berdepan dengan permasalahan HALAL dan HARAM yang sentiasa membelenggu kita semua. Tanggungjawab yang diberikan sebagai khalifah ALLAH di muka bumi ini menyedarkan kita bahawa kita perlu sentiasa pesan mengingati antara satu sama lain demi agama ISLAM yang kita cintai. Sebenarnya saban hari kita tidak sedar tentang status HALAH HARAM sesuatu produk yang kita makan, dan jika kita seseorang itu amat sensitif mengenai hal ini, belilah buku yang dikeluarkan khusus oleh CAP iaitu Persatuan Pengguna Pulau Pinang mengenai status sesuatu produk di Malaysia. Aku yakin, anda akan terkejut jika membaca buku itu kerana sebenarnya hampir 90% produk di Malaysia adalah diragui status HALAL dan HARAMnya!

0 KOMEN: