Tragedi Tanah Runtuh di Bukit Antarabangsa


Masyarakat MALAYSIA dikejutkan lagi oleh kejadian tanah runtuh yang rasanya sudah lama tidak berlaku di negara kita yang tercinta ini. Tragedi menyanyat hati ini berlaku selepas terjadinya mimpi ngeri yang dicatatkan dalam lipatan sejarah negara apabila rebahnya Highland Towers pada Disember 1993 dan juga di Ukay Views beberapa tahun yang lalu. Masyarakat MALAYSIA semuanya terkejut dengan berita yang menggemparkan negara ini dikala beberapa hari sahaja lagi ulangtahun peristiwa Highland Towers rebah menyembah bumi kembali mengingatkan kita...dan juga beberapa hari sahaja lagi umat ISLAM akan menyabut Hari Raya Korban.

Apa yang dikesali ialah samada hal ini ada kaitan dengan kecuaian yang dikenalpasti dalam bencana Highland Towers kembali berulang. Pelbagai andaian dibuat oleh beberapa pihak dimana masing-masing menuding jari kepada semua projek pembangunan yang dijalankan di lereng-lereng bukit sambil kerajaan lantas mengarahkan agar dihentikan semua projek pembangunan dilereng bukit berkenaan. Apa yang dikhuatiri ialah seandainya ketamakan mengatasi kewarasan, nyawa dan harta menjadi kurban. Walaubagaimanapun,sebagai umat ISLAM,kita tidak boleh lari dari menerima ketentuan dari YANG MAHA ESA...

Ucapan takziah diucapkan atas pemergian empat orang mangsa yang terkorban dalam bencana tersebut. Sama-samalah kita berdoa agar Allah s.w.t. mencucurkan rahmat ke atas roh mereka dan mempermudahkan urusan pasukan keselamatan dalam menjalankan usaha mencari dan menyelamat....

0 KOMEN: