Tanggal 21/12/2008, Manchester United meneruskan rentak cemerlang bagi menutup tirai kejohanan musim 2007/2008 dengan menggenggam ssatu lagi piala terakhir untuk musim 2007/2008 apabila menewaskan Kelab dari Ecuador iaitu LDU Quito dengan jaringan 1-0 dalam perlawanan akhir Kejohanan Kelab-kelab Terbaik Antara Benua atau lebih dikenali sebagai Kejohanan Kelab Dunia FIFA 2008. Terdahulu, LDU Quito merupakan kelab Amerika Selatan terbaik apabila pernah mengejutkan Fluminense untuk meneruskan cabaran dalam kejohanan Piala Kelab Terbaik Dunia itu. Piala yang diperoleh itu merupakan Piala ketiga bagi musim gemilang 2007/2008 selepas menggengam trofi Liga Perdana Inggeris dan UEFA Champions League. dan bolehlah juga dianggap sebagai kejayaan treble United pada musim 2007/2008...
Kejohanan itu yang mewakilkan kesemua kelab terbaik dari semua benua menobatkan Manchester United sebagai kelab yang paling baik di bumi ini. antara pasukan lain yang menjadi wakil bagi setiap benua ialah Al-Ahly(Asia), Pachuca(Mexico), LDU Quito(Amerika Selatan), Adelaide United(Australia), Waltakere United(New Zealand), Gamba Osaka(wakil dari Jepun) serta Manchester United mewakili kelab terbaik dari benua Eropah.
Lebih menarik lagi, skuad kendalian Alex Ferguson itu menjadi satu-satunya pasukan British atau pasukan dari EPL pertama yang berjaya memenangi kejohanan yang disertai juara-juara kelab antara benua. Antara kelab lain yang pernah memenangi kejuaraan tersebut adalah AC Milan dari Itali dan dua kelab Brazil, Internacional serta Sao Paulo. Kejayaan itu juga membolehkan Manchester United dianggap sebaris dengan AC Milan, Internacional serta Sao Paulo yang pernah memenangi piala itu.
Pemain kesayangan, Wayne Rooney muncul wira Manchester United selepas membantu juara Eropah itu menjulang Piala Kelab Dunia dengan menewaskan juara Amerika Selatan, Liga de Quito 1-0. Penyerang antarabangsa England itu meledak gol tunggal perlawanan pada minit ke-73 selepas mendapatkan hantaran cantik daripada Cristiano Ronaldo. Sebelum itu, United terpaksa beraksi dengan sepuluh pemain pada awal babak kedua selepas pemain pertahanan, Nemanja Vidic dilayangkan kad merah ekoran kekasaran ke atas penyerang Quito, Claudio Bieler. Beraksi dengan 10 pemain, United cuba bertahan tetapi Ronaldo tetap mampu menyusahkan Cevallos menerusi rembatan jarak jauh sambil sesekali Rooney turut mengancam. Tambahan lagi, Rooney dan Ronaldo turut dipilih sebagai pemain terbaik kejohanan.
Apa yang lebih penting, jaringan menarik dari ROONEY itu sudah cukup untuk membolehkan Manchester United terus menambahkan koleksi piala yang diraih setakat ini untuk menjadi kelab Inggeris pertama memenangi kejuaraan anjuran Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) selepas Liverpool gagal meraih kemenangan pada 2005 apabila mereka ditewaskan pasukan Sao Paulo dari Brazil.
GLORY GLORY MANUTD!!!
1 KOMEN:
Introduce this soccer clip video website for you:
http://allsoccerclips.com
Post a Comment