Buang lagi...Buang Lagi!!!
Kalau akal sudah tidak dapat menguasai diri...maka akan hilanglah pertimbangan akan HALAL dan HARAM...Betul dan Salah..serta BAIK dan Buruknya sesuatu perkara..seterusnya menjerumuskan manusia ke lembah yang hina lagi menyedihkan untuk memberi peluang kepada makhluk ALLAH yang bernama SYAITAN atau JIN untuk menguasai diri...Kita masih lagi segar dengan tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa menjelang AIDILADHA beberapa hari yang lalu...kesannya masih lagi terasa terutama kepada penduduk sekitar ibunegara yang masih lagi trauma dengan peristiwa yang menyentuh hati semua masyarakat MALAYSIA itu...tapi ada segelintir manusia yang masih tidak berasa takut akan musibah yang boleh dikatakan sebagai petanda akan hampirnya kita kepada kemusnahan bumi ini iaitu Hari Kiamat...seolah-olah akal sudah tidak mampu lagi menafsir mana yang patut dan mana yang tidak boleh dibuat...
Terkejut rasanya hati ini bila menatap akhbar KOSMO! mengenai kes pembuangan bayi yang masih lagi melanda negara walaupun dah banyak kempen dan pemantauan dibuat oleh kerajaan terhadap perkara ini...Hari ini(15 Disember 08),KOSMO! melaporkan bahawa seorang suri rumah terkejut apabila menemui seorang bayi lelaki baru lahir sedang menghisap ibu jari tangan kanannya dalam mangkuk tandas di sebuah pasar di Kampung Tradisi, Sintok pada hari kelmarin.
Semasa ditemui pada pukul 10.15 pagi, bayi lelaki itu masih lagi berlumuran darah dan bertali pusat. Kejamnya manusia, sanggup meninggalkan bayi dalam keadaan menghisap jari dan juga diletakkan dalam mangkuk tandas. Ketika ditemui, bayi itu juga sudah kebiruan dan badannya sudah lemah kerana kesejukan.
Selepas dijumpai, bayi tersebut kemudiannya dibawa ke Pusat Perubatan Changloon untuk rawatan lanjut. Suri rumah itu berkata bahawa bayi itu ditemui apabila dia dimaklumkan oleh seorang anak jirannya yang memberitahu terdengar suara bayi menangis dari dalam tandas di pasar tersebut. Pada awalnya, anak jirannya itu takut untuk pergi melihat lalu dia menggagahkan diri untuk melihat tempat di mana suara itu datang. Sebaik membuka pintu tandas, dia melihat seorang bayi sedang terlentang di dalam mangkuk tandas dengan badan mempunyai kesan darah dan masih bernyawa...NAUZUBILLAH!
Sehingga sekarang,masih ada lagi manusia yang sanggup membuat perkara yang lebih hina dari apa yang dibuat oleh binatang...Binatang lebih sayangkan anak dari manusia menyayangi anaknya jika inilah keadaannya...Apa akan terjadi kepada kehidupan bayi itu seterusnya dan apabila dewasa, cuba kita bayangkan apa perasaannya jika diberitahu yang dirinya ditemui dalam mangkuk tandas oleh seorang surirumah..Pelbagai musibah yang melanda sekarang ini tidak dijadikan panduan oleh kita sehingga ada yang sanggup berbuat perkara yang sedemikian rupa...ALLAH telah memberi pelbagai dugaan kepada manusia agar semuanya insaf dan kembali ke pangkal jalan untuk menemui keredhaan-Nya...
Tahun Baru 2009 bakal menjelang tiba dan di akhir Disember 2008 ini, sudah ada kes pembuangan bayi untuk kita ratapi...Apa akan berlaku pada malam sambutan Tahun Baru nanti yang rata-rata sedia maklum bahawa pelbagai aktiviti serta konsert melalaikan diberi permit untuk dianjurkan oleh kerajaan pimpinan PAKLAH HADHARI???Sedangkan baru menghampiri tahun baru,sudah ada kes seperti ini...Bukan niat untuk meminta agar ada lagi kes seperti ini pada tahun baru nanti, tetapi pengalaman lampau dalam menghadapi sambutan tahun baru memberi mesej yang berguna untuk kita sama-sama bersiap sedia menghadapinya...Eloklah rasanya diadakan majlis tahlil dan disusuli dengan solat hajat serta doa yang seikhlasnya demi kemajuan negara dan keharmonian rakyat MALAYSIA menjelang tibanya detik Tahun Baru 2009 nanti...
Wallhua'lam...!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 KOMEN:
Post a Comment