Pindaan AUKU LULUS

Akhbar KOSMO! melaporkan,Dewan Rakyat semalam(11/12/2008) telah meluluskan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) (Pindaan) 2008 bagi menambah baik dan memperluas autonomi universiti.

Berdasarkan pindaan itu, beberapa kuasa di bawah Yang di-Pertuan Agong dan menteri akan dipindahkan kepada pihak berkuasa universiti yang antara lainnya terdiri daripada Lembaga Pengarah Universiti (LPU), Senat dan Naib Canselor.

Ia juga menitikberatkan keterbukaan, ketelusan dan akauntabiliti dalaman serta luaran pentadbiran sesebuah universiti selain membenarkan pelajar untuk bersekutu dengan atau menjadi anggota sesuatu pertubuhan, persatuan atau organisasi sama ada dalam atau luar negara.

Di samping itu, canselor turut diberi kuasa melucutkan ijazah daripada mana-mana siswazah atas sebab melakukan perbuatan skandal.

Terdahulu dalam sesi penggulungan, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pindaan yang dibuat ke atas AUKU berdasarkan kepada pertimbangan dan prinsip pendidikan yang dirumuskan daripada matlamat pendidikan peringkat tinggi dan bukannya politik. Beliau berkata, pindaan akta itu dilakukan bagi memenuhi matlamat pendidikan untuk mewujudkan persekitaran pendidikan dan persekitaran kurikulum yang terbaik bagi pembinaan insan yang baik dan juga sentiasa berfikir.

Jika benar bagai dikata,bermakna selepas ini semua penuntut di IPTA atau IPTS tidak lagi berasa takut-takut atau gerun untuk melibatkan diri dalam sebarang aktiviti yang berasaskan pertubuhan politik termasuklah menganggotai PARTI ISLAM SEMALAYSIA(PAS)!!!

sekian...ALLAHUAKBAR!!!

0 KOMEN: