Samseng jugak orang-orang Kelantan ni sehinggakanMenteri Besarnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berasa sangat dukacita dan malu dengan rakyat Kelantan mengenai kejadian rusuhan selepas perlawanan separuh akhir pertama Piala FA antara pasukan Kelantan dengan Negeri Sembilan di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu, pada malam kemenangan PAKATAN RAKYAT dalam Pilihanraya Kecil baru-baru ni.
Dalam kejadian itu, penyokong Kelantan membakar sebuah trak polis dan merosakkan beberapa buah kenderaan lain di pekarangan stadium tersebut.
Malah, seramai dua anggota polis dan seorang peniaga mengalami kecederaan dan mendapat rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu.
Pada perlawanan tersebut pasukan Kelantan tewas kepada Negeri Sembilan 0-1.
Selain itu, Nik Abdul Aziz juga kesal terhadap penyokong Kelantan yang bertindak kasar terhadap polis yang ditugaskan menjaga keamanan dalam perlawanan itu.
p/s: Mungkin orang Kelantan nak sambut kemenangan Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Kecil Bukit Selambau dan Bukit Gantang kot!
0 KOMEN:
Post a Comment