Padan muka...Itulah akibat jika pelantikan Menteri Besar Terengganu tidak direstui oleh pimpinan UMNO sendiri. Orang kata, kapal yang ada dua nakhoda kadang-kadang akan berlayar dengan baik, tapi sekali-sekala datang ribut taufan, patahlah layar tu! Itulah kot gambaran tentang masalah politik di negeri Terengganu yang kembali melanda setelah 'berehat' beberapa bulan!
Masalah berpunca daripada ketidakhadiran Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu hari ini yang kononnya dikatakan atas faktor keselamatan. Kononnya la kot!
Isu tersebut timbul berikutan tersebar khabar angin terdapat di kalangan Adun BN bakal membawa usul tidak percaya kepada Menteri Besar. Usul yang akan membolehkan Dato Mat Said dipecat daripada menjadi MB Terengganu, atau dengan kata lain mencabar kedudukan Dato Mat Said sebagai MB Terengganu.
Kesemua 10 orang ADUN berkenaan dikatakan menerima SMS ugutan bunuh iaitu 'baik jangan teruskan niat YB. YB tak sayang nyawa?' yang kononnya dikirim oleh penyokong Menteri Besar yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri.
ADUN-ADUN yang 'ketakutan' itu telah sepakat 'bersembunyi' di Hotel Felda Residence.
p/s: Moga-moga apa yang dirancang itu betul supaya Dato Mat Said dipecat dari MB Terengganu..haha!
0 KOMEN:
Post a Comment