BERNAMA dah tak mampu menipu rakyat!

Berita ni aku cedok dari BERNAMA (Pertubuhan Berita Nasional Malaysia) yang banyak condong kepada UMNO-BN keparat tuh!!! Hak tuih! Ternyata, diorang dah tak mampu menipu lagi sebab Pakatan Rakyat dah menang dengan majoriti BESAR!!!

PKR Menang Pilihan Raya Kecil Bukit Selambau

Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) S.Manikumar menang pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau dengan meraih 12,632 undi, menewaskan calon Barisan Nasional (BN) S.Ganesan dan 13 calon Bebas lain, dengan memperolehi majoriti 2,403 undi.

-- BERNAMA

PAS Pertahan Bukit Gantang

TAIPING, 7 April (Bernama) -- PAS mengekalkan kerusi Parlimen Bukit Gantang apabila calonnya Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin memenangi pilihan raya kecil kawasan itu Selasa dengan memperoleh majoriti 2,789 undi.

Ini merupakan kali kedua PAS memenangi kerusi Parlimen Bukit Gantang, yang sebelum ini merupakan kubu kuat Barisan Nasional (BN) sejak kawasan Parlimen itu diwujudkan pada 1986.

Mohammad Nizar, 52, yang juga bekas Menteri Besar Perak memperoleh 21,860 undi, menewaskan calon BN Ismail Saffian yang meraih 19,071 undi serta calon bebas Kamarul Ramizu Idris yang hanya memperoleh 62 undi dan hilang wang pertaruhannya.

PAS buat kali pertama memenangi kerusi Parlimen Bukit Gantang pada pilihan raya umum 8 Mac tahun lalu apabila calonnya Roslan Shaharum menewaskan calon BN Datuk Abdul Azim Mohd Zabidi dengan majoriti 1,566 undi.

Keputusan diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Datuk Mahmod Morsidi di pusat penjumlahan undi di Dewan Majlis Perbandaran Taiping pada pukul 9.40 malam ini.

Kawasan Parlimen Bukit Gantang mempunyai 55,562 pengundi berdaftar termasuk 136 pengundi pos.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian Roslan pada 9 Feb lepas, akibat serangan jantung.

p/s: Jarang kita dapat lihat media tajaan UMNO-BN yang tak mampu menipu sebegini rupa! haha!!

0 KOMEN: