Najib & 'Kabinet Dapur' barunya!


Alahai, apalah nasib Pak Najib nan sorang ni. Dah la jatuh ditimpa tangga akibat kekalahan memalukan iaitu 2-1 kepada PAKATAN RAKYAT dalam Pilihanraya Kecil baru-baru ni. Sekarang timbul isu lain pulak dalam barisan 'KABINET DAPUR' terbaru Kerajaan Malaysia!Macam-macam hal la Pak Najib ni...

Memang ramai yang tak sangka apabila orang nombor dua Malaysia iaitu Pak Muhyiddin Yassin diberi tugas sebagai Menteri Pelajaran, suatu kementerian yang sememangnya tidka mencabar sedikitpun kewibawaan Pak Muhyiddin, ataupun lebih tepat kewibawaan sebagai seorang Timbalan PM Malaysia. Orang nombor dua selalunya diberikan peranan paling mencabar atau kementerian yang lebih dianggap kanan, strategik dan berkuasa seperti Kementerian Pertahanan, Kementerian Dalam Negeri atau Kementerian Kewangan. Inikan Kementerian Pelajaran, apalah sangat!!!

Tetapi satu hal yang paling menyentuh perasaan ialah ketiadaan ABANG KJ dalam 'Kabinet Dapur' terbaru Malaysia! Kesian Abang KJ kita, ingatkan dah menang dalam Pemilihan Parti baru-baru ni, bolehlah dicalonkan menjadi Menteri, tapi bayang Timbalan Menteri pun tak kelihatan. Tak apalah abang KJ, dah nasib..nak buat lagu mana lagi! Tapi mungkin ada sebab kot. Kan Abang KJ menang dengan aduan RASUAH dalam pemilihan UMNO baru-baru ni, mungkin ni sebagai 'pengajaran' buat Abang KJ supaya tak buat lagi di lain hari! Mungkin juga Pak Najib nakkan 'Kabinet Dapur' Malaysia yang baru ni kelihatan BERSIH, AMANAH & ADIL!

Apa yang pelik ialah, Abang KJ sebagai Ketua Pemuda tak dilantik sebarang jawatan dalam 'Kabinet Dapur' Malaysia, tetapi Timbalan Ketua Pemuda iaitu Abang Mukhriz dilantik senang wenang sahaja...Semacam ada 'Pakatan Rakyat' lain je yang nak jatuhkan Abang KJ ni...Pakatan Rakyat yang ada ni pun dah berusaha habis-habisan nak tumbangkan Abang KJ ni...semacam je!!!Tak rasa pelik ke Abang KJ???

Satu hal lagi, sepertimana lazimnya PM Malaysia yang terdahulu, Pak Najib masih melantik pemimpin UMNO yang dah ditolak rakyat dalam Piihanraya Umum tahun lepas seperti Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Menteri di Jabatan Perdana Menteri), Dato' Seri Shahrizat Abdul Jalil (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat), Dato' Dr Awang Adek Hussein (Timbalan Menteri Kewangan) dan Datin Paduka Chew Mei Fun (Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat).

p/s: Kesian Pak Najib, dah la kalah dalam Pilihanraya baru-baru ni.. Barisan 'Kabinet Dapur' pun tak segagah mana!!!


0 KOMEN: