Pakatan Rakyat MENANG 2-1

Ni la sikap UMNO-BN yang tak akan pernah luput dek arus zaman. Tak mahu mengaku kalah lagi. UMNO-BN dah tumbang di dua bukit iaitu Bukit Gantang dan Bukit Selambau dalam pilihanraya hari ini. Walapun keputusan tak rasmi, namun aku rasa kedua-duanya memang dah kalah sebab sumber mengatakan para pemimpin penakut UMNO dah lama meninggalkan Perak dan Kedah dan terus menuju ke KL untuk menutup malu!!!

Maklumat rasmi. PAS memenangi kerusi parlimen Bukit Gantang dengan majoriti 2,789 undi. Calonnya Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin mendapati 21,860 undi, manakala calon BN Ismail Saffian mendapat 19,071 undi.

Calon bebas mendapat 62 undi dan hilang wang deposit.

Keputusan ini bermakna PAS mengekalkan kerusi tersebut dengan tambahan majoriti, berbanding 1,566 undi pada 2008.

Tidak rasmi. Di DUN Bukit Selambau, calon PKR S Manikumar secara tidak rasmi menang dengan majoriti 2,375 undi.

Beliau mendapat 12,607 undi, manakala calon BN Datuk S Ganesan memperolehi 10,232 undi.

Manikumar menambah beberapa puluh undi sahaja berbanding majoriti 2,362 undi V Arumugam pada 2008.

Sumber: Malaysiakini.com & Harakahdaily.net

p/s: Biasa la tu kan, bila Pakatan Rakyat menang, memang lambat untuk diumumkan! Walaupun kalah di Batang Ai, itu tak ada makna sebab orang2 Sarawak masih 'buta' atau dalam kata lain belum 'celik' sepenuhnya!

ALLAHUAKBAR!

0 KOMEN: