NAJIB PENAKUT!


Apalah nasib orang-orang UMNO-BN yang mendapat Presiden yang penakut! Lantaran tempiasnya dirasakan oleh kita sebagai rakyat Malaysia kerana mendapat Perdana Menteri yang bacul! Belum pun tiba hari pertandingan, PM baru kita ni sudah 'angkat kaki' tanda mengaku kalah dengan membuat kenyataan bahawa UMNO-BN mungkin tidak akan bertanding dalam Pilihanraya Kecil di Pulau Pinang ekoran peletakan jawatan seorang ADUN disana iaitu ADUN PENANTI.

Alasan yang kononnya paling kukuh diberikan NAJIB ialah jika pilihanraya dibuat, maka wang rakyat akan habis dibelanjakan.Itu alasan orang yang penakut la! Aku tak rasa pun yang UMNO-BN ni tak masuk bertanding sebab tak mahu menghabiskan duit rakyat yang kononnya dikatakan sebagai punca UMNO-BN tak mahu meletakkan calon di pilihanraya tersebut. Sebab UMNO-BN sejak dari dulu lagi suka menghabiskan wang rakyat untuk projek-projek yang tak masuk akal langsung. Contoh paling ketara ialah Masjid Kristal di negeri aku sendiri, sampai sekarang aku tak tahu apa tujuan Masjid itu dibuat sedangkan ingatkah kita bahawa salah satu tanda akhir zaman ialah orang semakin ramai berlumba membuat bangunan tinggi-tinggi dan membuat perhiasan yang tidak tahu untung ruginya! Nauzubillah...

Sebetulnya, sindrom kekalahan empat pilihan raya kecil di semenanjung selepas pilihan raya umum ke-12 mungkin membuatkan Barisan Nasional (BN) mulai serik untuk bertarung lagi di gelanggang demokrasi. BN mulai ditimpa nasib malang pada pilihan raya kecil Permatang Pauh kemudian diikuti di Kuala Terengganu, Bukit Gantang dan Bukit Selambau.

Bekas PM dulu, Tun Mahathir tak setuju dengan alasan NAJIB tu dengan berkata bahawa "Jadi kalau kita nak tunggu kawasan Umno, nanti tidak ada kawasan Umno, kita tak bertandinglah! Bagus jugak pemikiran Mahathir dari pemikiran kolot PM baru kita!

p/s: Semua ahli sukan diminta jangan mengikut cara NAJIB supaya setiap perlawanan tidak berakhir dengan kekalahan!

0 KOMEN: