NIKE HARAM ke?

NIKE haram ke??? Aku pun ada gak pakaian NIKE ni. Menurut seseorang, NIKE ni adalah nama tuhan Greek iaitu Tuhan Perempuan.




Kalau tak percaya anda boleh baca disini.

MANCHESTER UNITED vs BARCELONA

RONALDO vs MESSI


Pagi esok, masyarakat dunia akan dihidangkan dengan persembahan dari dua orang pemain terkemukan dunia ketika ini dan selayaknya dipanggil pemain paling berkualiti pada masa ini. RONALDO akan mengetuai jentera serangan Manchester United manakala MESSI pula akan mengepalai skuad BARCELONA. Tak sabar rasanya!

MESSI: Jika kamu beri Ronaldo ruang, dia akan mengambil kesempatan itu dengan baik.
RONALDO: Sudah tentu Messi sangat berbahaya dengan pergerakannya yang cukup pantas.

SUSAN BOYLE GEGAR lagi

Ingatkan anda bakat luar biasa yang pernah aku ceritakan dahulu. Memang ajaib sangat bakat anugerah Ilahi yang diberi kepadanya. Pemilik nama ini iaitu SUSAN BOYLE yang bersuara merdu tampil dengan imej mengejutkan sekali gus mendapat undian daripada penonton untuk memasuki pertandingan akhir, Britain's Got Talent.

Susan yang berusia 47 tahun dan masih dara itu dipilih memasuki pertandingan akhir selepas menyanyikan lagu Memory. Dia berjaya memukau orang ramai dengan suara merdunya dan menjadi peserta terbaik daripada lapan peserta lain. Dia akan bertanding di peringkat akhir pada Sabtu depan. Penonton-penonton di studio memberikan tepukan penghormatan selepas dia membuat persembahan. Susan turut menjadi pilihan hakim Simon Cowell, Piers Morgan dan Amanda Holden. Menerusi senyuman yang menarik, Susan menari dengan penuh gembira.

p/s: Itulah sebenarnya bakat anugerah Ilahi kepada hamba-Nya...

HARAM ke Coklat ni?

Betul atau tidak ni??
Aku memang suka sangat makan coklat ni tapi sebenarnya ada unsur BABI! AWAS jika anda pun suka makan coklat ni.

Coklat berjenama CRISPY KELUARAN SYARIKAT NETWORK FOODS INDUSTRIES SDN BHD didapati mengandungi EMULSIFIER (E476) iaitu kod lemak babi yang jelas haram di makan oleh umat Islam. Walau bagaimana pun logo Halal tertera di belakang sampul plastik Crispy tersebut.E476 boleh terdiri dari lemak haiwan atau sayuran. Kalau was-was baik kita tinggalkan... banyak lagi benda yang halal untuk dimakan.

Berikut ialah kod babi yang digunakan dalam beberapa produk di dalam makanan. Anda boleh donlod disini -http://www.ziddu.com/download/4911430/Kod_babi.pdf.html

SUMBER: isuhangat.blogspot.com



MANCHESTER UNITED Juara EPL lagi



Manchester United membuktikan sekali lagi kepada dunia bahawa tak ada siapa dapat menghalang usaha berterusan untuk bergelar juara EPL buat kali ke-18, menyamai rekod yang dipegang LiverFOOL yang bermatian-matian kononnya ingin mengejar kedudukan ManUtd di persada liga suatu masa dahulu. Walaupun bermula hambar di awal musim, ternyata hasil didikan yang tidak pernah mengenal lelah oleh Sir Alex Ferguson membuahkan kejayaan yang diimpikan sejak awal musim lagi.


Manchester United berjaya menggenggam trofi EPL selepas seri dengan musuh utama dalam EPL iaitu Arsenal. Manchester United berjaya mencipta satu lagi sejarah kelab yang amat berharga!


Keputusan seri yang dihasilkan tadi amat penting kerana selepas ini ManUtd perlu memikirkan macam mana untuk mendapatkan kejayaan seterusnya iaitu menggenggam pula trofi Liga Juara-Juara Eropah buat kali kedua berturut-turut selepas berjaya digenggam musim lalu. Perlawanan selepas ini adalah pertemuan dengan Hull City yang sekadar pelengkap jadual kerana trofi EPL sudah berjaya digenggam sepenuhnya di genggaman MANCHESTER UNITED!


Rasanya Sir Alex Ferguson sudah boleh berkira-kira untuk menurunkan barisan kedua bagi menghadapi perlawanan menentang Hull City kerana selepas itu, ManUtd akan menentang Barcelona di FINAL Liga Juara-Juara Eropah. Barcelona juga merupakan juara liga sepanyol utk musim ini. Tiada lagi kelab Eropah yang berjaya mempertahankan kejayaan sebagai Juara Liga Juara-Juara Eropah buat dua musim berturut-turut. Apakah ManChester United mampu lakukan? Kita tunggu jawapannya 28hb Mei ini!


GLORY GLORY MANCHESTER UNITED!!!

Lagi Buang BAYI

SEDIH, PILU, NGERI!!!

Macam biasa la, dah lama kita tak dengar kes buang bayi kan. Hari ini, sarapan pagi aku dihidangkan dengan berita seorang bayi telah dibunuh dan dibuang ke dalam tong sampah di ibunegara kebanggaan Malaysia, Kuala Lumpur. Bayangkan, mayat bayi itu dibuang dalam tong sampah hijau milik DBKL. Nauzubillah...


Tapi macam biasalah, berita sebegitu diletakkan di akhir berita pagi, kerana masyarakat dah lali atau dah biasa dengan kes seumpama itu. Kalau letak kat muka depan berita pun, sama sahaja, takde apa yang berubah.


Bila lagi wahai kerajaan UMNO, laksanakan sahaja hukum HUDUD dan QiSAS yang telah diajarkan oleh ALLAH. Sampai bila pun masalah ini takkan selesai selagi hukum ALLAH dipersendakan oleh kita sebagai manusia. Inilah petanda ALLAH menyuruh kamu wahai UMNO untuk memartabatkan hukum-Nya!


Wahai UMNO, jangan duk asyik sibuk dengan masalah rakyat sampai maruah bangsa dan anak muda tergadai. Tapi siapalah aku, nak kata lebih-lebih kepada pemimpin UMNO yang bangang tu! Aku yakin, berita semacam ini dipandang sepi sahaja oleh kerajaan UMNO kerana bagi mereka, itu kan masalah rakyat, kita akan bincang dalam mesyuarat kabinet selepas ini. Itulah jawapan mudah bagi pemimpin UMNO. Dulu, Kini dan diharapkan janganlah untuk selamanya!


Sampai bila lagi kita harus terbelenggu dengan permasalahan muda-mudi sekarang. Sedih rasanya melihat anak muda sekarang hanyut, tanpa diajar dengan hukum hakam ISLAM yang betul....Nak diharapkan kepada UMNO, ‘indah khabar dari rupa’. Cakap tak serupa bikin!


Sumber: Berita Pagi TV3, 17 Mei 2009.

Terima Kaseh CIKGU

Salam Hari Guru buat semua insan yang bergelar guru di mana sahaja anda berada. Sesungguhnya jasa seorang guru tak akan ternilai dengan wang ringgit!

SELAMAT HARI GURU!

Pening! tapi ManUtd menang lagi

Dalam kepeningan menghadapi FINAL dan Projek yang tak berkesudahan, nasib baik Manchester United menang game semalam. Ryan Giggs dan Park Ji Sung menjadi watak penting atas kemenangan semalam kerana masing-masing menjaringkan satu gol untuk ManUtd selesa di puncak liga dengan kelebihan 6 mata.


ManChester United 2-0 Middlesbrough

credit to Naruto Sensei!

Aku sebenarnya tak tahu siapa Naruto Sensei niTapi dia suruh aku siarkan artikel di bawah. Jadi bacalah kepada siapa2 yang sudi. Isu Penting ni!

Isu Agama Anak:
UMNO IBARAT PARASIT YANG MEMBUNUH UMAT ISLAM DIMALAYSIA.


Inila Penghinaan UMNO untuk Islam sendiri.. Konsep ONE MALAYSIA sebenarnya lebih membawa malapetaka kepada umat MElayu ISlam itu sendiri..

Sah dan terbuktilah bahawa UMNOlah sebenarnya menjadi kuda tunggangan Kaum kafir Harbi dari parti MCA,MIC dan Gerakan...

Setelah kalah dalam beberapa pilihanraya kecil baru2 ini banyak tuntutan penghapusan hak orang melayu untuk memberi ruang pada bangsa asing nampaknya berjaya dilakukan UMNO...

Bermulanya Konsep One Malaysia perkara pertama yang dilakukan ialah menghapuskan Kementerian Keusahawanan Dan Koperasi ( MECD )yang selama ini menjadi tali kepada usahawan2 melayu berpaut. Inilah hak melayu pertama di bawah One Malaysia dihapuskan...

Kemudian 30% ekuiti dalam 27 jenis perkhidmatan pun dihapuskan malah mendapat pujian melambung dari MCA.. itupun Mca tak berpuas hati lagi malah mencadangkan supaya dihapuskan terus ekuiti tersebut didalam semua perkhidmatan awam.. memang nampak sungguh UMNOlah menjadi Barua dan Anjing Mca selama ini..

Dan yang terbaru Isu anak memeluk Islam, memang menunjukkan UMNO memang akan mampus tak lama lagi kerana keputusan yang dibuat oleh kerajaan secara melulu tanpa mendapatkan pandangan dari Mufti amat mengejutkan.. Malah lebih memeranjatkan kerajaan mengunakan penasihat bukan Islam pula di dalam Isu ini...contoh Koh Tsu Kun dari Gerakan Dan S. Subramaniam pula dari Mic..

Merasakan di tolak teruk pengundi Bukan Melayu maka Kerajaan membalasnya dengan menghapuskan beberapa Hak Orang Melayu semata2 nak menarik Undi bukan Melayu dan Ahli Umno yang Bangang pun mematuhinya tanpa melihat apakah yang akan berlaku terhadap masa depan orang melayu nanti..

Itulah watak sebenar UMNO yang mempermainkan Islam .. Sebelum mendapat kuasa, bukan main Mufti di muliakan konon.. akhirnya apabila berkuasa para Mufti dicampak saja ke tepi barulah Dato Harussani nak melalak nak menyesal dah tak guna Dato UMNO memang begitu perangainya..

Sebelum Prk Bukit Gantang bukan main lagi Dato Harussani di pergunakan .. apabila kalah sahaja PRK bkt Gantang bukan saja Dato Harussani di tolak nasihatnya malah melanggar Fatwa Mufti dengan mengadakan Jom Heboh di Lumut.. Dato Mufti terima lah pembalasan Allah Kerana Bersekongkol dengan puak2 Munafik sebelum Ini.

Kalau sebelum ini Agenda IFC ditangguhkan oleh Pak Lah. Umat Islam haruslah berwaspada kerana kemungkinan di zaman Najib ini serangan IFC dijangka lebih hebat lagi akibat kelulusan kerajaan terhadap hal Agama Anak ini...

Bukankah salah satu tuntutan IFC adalah berkenaan Agama Anak ? Nampaknya IFC telah berjaya dalam percubaan mereka yang pertama.. Malah direstui pula oleh kerajaan Najib One Malaysia...

Itulah UMNO parasit yang menghancurkan Umat Islam Secara Api dalam sekam... Malah menjadi Guting dalam lipatan masyarakat Malaysia sejak dahulu lagi.

Wasalam

From Naruto Sensei

Apa Itu H1N1?

Minggu ini, dunia digemparkan dengan penemuan satu virus baru iaitu virus selesema BABI. Takut mendengarnya! Bukan sahaja pada namanya, tapi sehingga kini negara kita memang ketiadaan vaksin untuk merawatnya apatah lagi mencegah virus ini. Inilah yang dinamakan sebagai virus H1N1. Kalau virus selesema burung, ia dinamakan sebagai virus H5N1.

Kementerian Kesihatan kini sedang mengkaji sama ada vaksin influenza biasa atau vaksin khusus bagi virus selesema burung (H5N1) boleh digunakan untuk disuntik kepada penternak babi atau warga tempatan yang mahu ke negara-negara yang diancam virus selesema babi (H1N1).

Virus terbaru ini boleh membawa maut kepada manusia hanya melalui pernafasan atau batuk yang dijelmakan oleh pesakit H1N1 iaitu pembawa virus selesema BABI ini. Dengan kata lain, cara jangkitan virus ini adalah sama dengan cara jangkitan virus selesema Burung.

Satu cara yang mudah untuk mencegah virus ini adalah dengan menjaga kebersihan tempat persekitaran agar tidak kotor dan sentiasa terjaga.

JAGALAH KESIHATAN ANDA!!!

Tahniah Encik GIGGS


Meskipun beliau hanya beraksi 12 kali dalam kesebelasan utama Manchester United sehingga artikel ini ditulis, RYAN GIGGS membuktikan bahawa keringat dan tenaga yang jitu membolehkannya dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Tahunan Persatuan Pemain Profesional (PFA) England awal pagi semalam.

Beliau yang kini berusia 35 tahun adalah berasal dari Wales, berjaya menewaskan lima calon lain termasuk empat rakan sepasukan di ManUtd termasuk Cristiano Ronaldo, Nemanja Vidic, Edwin van der Sar dan Rio Ferdinand serta kapten Liverpool, Steven Gerrard.

Sebagai informasi, GIGGS pernah menang dua kali anugerah Pemain Muda Terbaik tetapi anugerah kali ini betul-betul mengharukan beliau kerana merupakan anugerah peribadi terbaik yang merupakan undian dari rakan-rakan pemain sendiri, termasuk undian daripada pemain-pemain EPL yang lain.

TAHNIAH ENCIK GIGGS!

UMNO tak DEMOKRATIK!

UMNO terus menerus mempermainkan ISLAM demi kepentingan mereka sendiri. Beberapa hari lalu, kabinet baru NAJIB C4 membenarkan kanak-kanak kekal menganut agama asal ketika ibu bapanya berkahwin walaupun selepas salah seorang pasangan itu menukar agama.

Ini adalah petanda jelas Umno sanggup mengadaikan agama semata-mata kerana mahu mendapatkan sokongan masyarakat bukan Melayu yang semakin terhakis sekarang ini.

Mereka yang berhasrat untuk memeluk agama Islam mungkin akan membatalkan niat kerana takutkan keputusan kabinet Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini mengenai status anak mereka.

Keputusan ini tidak demokratik kerana merampas hak ibu bapa ke atas anak-anak mereka. Merampas hak rakyat adalah perbuatan paling tercela dan tidak demokratik!

Bila orang-orang Islam marah, Umno dan BN berharap orang-orang bukan Islam merasa bahawa mereka terpaksa berada di bawah kerajaan Umno dan BN juga demi kepentingan kepercayaan mereka.

BOIKOT UMNO-BN!!!

Jersi baru MANCHESTER UNITED


Kepada peminat bola sekalian makhluk di alam ini, inilah jersi baru Manchester United yang akan digunakan pada musim hadapan 2009/2010. Sebenarnya nama Air Asia yang disebut-sebut bakal tertulis kat depan jersi tu, tapi apakan daya, rezeki Air Asia takde lagi kat jersi Manchester United ni. Sebab Air Asia dah jadi sponsor tetap Manchester United untuk tujuan penerbangan.



Semalam selepas kemenangan hebat ManUtd 5-2 ke atas Tottenham Hotspurs, aku sempat tanya member pasal jersi baru ni. Ada yang kata jersi ni lawa, ada gak yang kata HODOH semacam je sebab lambang 'V' kat atas tu. Apa pun, bagi yang dah sejak azali tak sokong ManUtd, memang la jersi ni hodoh. Tapi bagi peminat ManUtd, jersi ni adalah sangat lawa!

p/s: JANGAN JADI PEMINAT MANUTD KALAU JERSI NI HODOH!

Dua yang kena, LIMA yang diberi!

Manchester United menang lagi. Selepas terkena dua gol oleh Tottenham Hotspurs, ManUtd tak nampak tertekan dan hasilnya lima gol berjaya dibalas! GARANG kan?!! Gambar di bawah adalah semua penjaring gol ManUtd semalam. Kemenangan 5-2 itu menjamin kedudukan teratas EPL buat masa ini, dengan LIVERFOOL di tempat kedua ketinggalan 3 mata, tetapi ManUtd masih mempunyai satu baki perlawanan.



Tak puas pulak kalau takde video, saksikan lima gol dari MANCHESTER UNITED!


Syabas MU!!!

Menang pulak!

Manchester United menang lagi! Kejayaan menewaskan Portsmouth 2-0 semalam disambut penuh bermakna buat semua peminat MU...GLORY GLORY MANUTD!!!



Gol pertama di atas adalah daripada ayam tambatan Manchester United, Wayne Rooney yang tak berjaya 'ditambat' dengan rapi oleh pemain-pemain Portsmouth. Gol kedua adalah hasil jaringan daripada Michael Carrick.

Dah Lama Tak Rasa 'KEKALAHAN'!



Dah lama tak rasa kekalahan kan? Sebelum ni asyik menang dan menang sahaja. Semalam segalanya membuktikan bahawa semua pertandingan mesti ada yang menang dan mesti ada yang kalah...takkan ada yang seri!

Tetapi kekalahan semalam amatlah memeritkan hati. Bayangan kekalahan sudah aku jangkakan sebab Alex Ferguson teramatlah berani dengan tidak menurunkan langsung ROONEY dan RONALDO dalam kesebelasan utama atau setidak-tidaknya sebagai simpanan. Sehinggakan perlawanan terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti yang menyaksikan ManUtd tidak berjaya menyumbat masuk dua daripada empat sepakan yang diambil.

Ini bermakna ManUtd terpaksa gulung tikar dalam Piala FA kerana sudah tersingkir. Everton akhirnya menang 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedudukan terikat seri tanpa jaringan sehingga ke masa tambahan.

Dengan kemenangan ini, Everton menempah tempat ke perlawanan akhir untuk menentang Chelsea pada 30 Mei depan. Bagi Manchester United, kekalahan ini memusnahkan hajat untuk meraih lima gelaran musim ini.

p/s: Pengajaran buat ALEX FERGUSON supaya lain kali tidak mempertaruhkan pemain-pemain muda sahaja!

NAJIB PENAKUT!


Apalah nasib orang-orang UMNO-BN yang mendapat Presiden yang penakut! Lantaran tempiasnya dirasakan oleh kita sebagai rakyat Malaysia kerana mendapat Perdana Menteri yang bacul! Belum pun tiba hari pertandingan, PM baru kita ni sudah 'angkat kaki' tanda mengaku kalah dengan membuat kenyataan bahawa UMNO-BN mungkin tidak akan bertanding dalam Pilihanraya Kecil di Pulau Pinang ekoran peletakan jawatan seorang ADUN disana iaitu ADUN PENANTI.

Alasan yang kononnya paling kukuh diberikan NAJIB ialah jika pilihanraya dibuat, maka wang rakyat akan habis dibelanjakan.Itu alasan orang yang penakut la! Aku tak rasa pun yang UMNO-BN ni tak masuk bertanding sebab tak mahu menghabiskan duit rakyat yang kononnya dikatakan sebagai punca UMNO-BN tak mahu meletakkan calon di pilihanraya tersebut. Sebab UMNO-BN sejak dari dulu lagi suka menghabiskan wang rakyat untuk projek-projek yang tak masuk akal langsung. Contoh paling ketara ialah Masjid Kristal di negeri aku sendiri, sampai sekarang aku tak tahu apa tujuan Masjid itu dibuat sedangkan ingatkah kita bahawa salah satu tanda akhir zaman ialah orang semakin ramai berlumba membuat bangunan tinggi-tinggi dan membuat perhiasan yang tidak tahu untung ruginya! Nauzubillah...

Sebetulnya, sindrom kekalahan empat pilihan raya kecil di semenanjung selepas pilihan raya umum ke-12 mungkin membuatkan Barisan Nasional (BN) mulai serik untuk bertarung lagi di gelanggang demokrasi. BN mulai ditimpa nasib malang pada pilihan raya kecil Permatang Pauh kemudian diikuti di Kuala Terengganu, Bukit Gantang dan Bukit Selambau.

Bekas PM dulu, Tun Mahathir tak setuju dengan alasan NAJIB tu dengan berkata bahawa "Jadi kalau kita nak tunggu kawasan Umno, nanti tidak ada kawasan Umno, kita tak bertandinglah! Bagus jugak pemikiran Mahathir dari pemikiran kolot PM baru kita!

p/s: Semua ahli sukan diminta jangan mengikut cara NAJIB supaya setiap perlawanan tidak berakhir dengan kekalahan!

Rentak Sang Juara!


Langkah sumbang Manchester United untuk beberapa perlawanan lalu ternyata tidak mengganggu emosi pemain-pemain apabila berjaya menewaskan FC PORTO semalam dan seterusnya melangkah penuh bergaya ke semi final UEFA Champions League menentang Arsenal. Syabas buat ayam tambatan ManUtd, Cristiano Ronaldo yang nampaknya tidak berjaya 'ditambat' sepenuhnya oleh pemain-pemain FC PORTO. Ronaldo membuktikan sentuhannya masih lagi berbisa apabila merembat kencang dari jarak sukar menewaskan penjaga gol PORTO, Helton yang nampaknya seakan-akan gugup!

Rembatan peluru Cristiano Ronaldo dari jarak 37 meter sudah cukup untuk memberikan kemenangan bersejarah buat Manchester United!!!



credit to: http://manunitedfcvideoclips.blogspot.com/

Mat Said Oh MAT SAID!

Peristiwa beberapa ADUN 'ponteng' persidangan Dewan DUN Terengganu minggu ini yang membawa kepada 'gundah-gulananya' keadaan politik UMNO Terengganu, mengingatkan kepada adegan 'NATANG' dan 'IBLIS' dalam persidangan DUN beberapa tahun lalu. Dengan kata lain, video hangat membabitkan Mat Said dgn Wahid Endut...Kepada sape-sape yang tak ingat, berikut adalah video tersebut...LAYAN!

VIDEO ASAL



VIDEO PANAS!!!



p/s: Video Ehsan dari Youtube.com!