SUSAN BOYLE GEGAR lagi

Ingatkan anda bakat luar biasa yang pernah aku ceritakan dahulu. Memang ajaib sangat bakat anugerah Ilahi yang diberi kepadanya. Pemilik nama ini iaitu SUSAN BOYLE yang bersuara merdu tampil dengan imej mengejutkan sekali gus mendapat undian daripada penonton untuk memasuki pertandingan akhir, Britain's Got Talent.

Susan yang berusia 47 tahun dan masih dara itu dipilih memasuki pertandingan akhir selepas menyanyikan lagu Memory. Dia berjaya memukau orang ramai dengan suara merdunya dan menjadi peserta terbaik daripada lapan peserta lain. Dia akan bertanding di peringkat akhir pada Sabtu depan. Penonton-penonton di studio memberikan tepukan penghormatan selepas dia membuat persembahan. Susan turut menjadi pilihan hakim Simon Cowell, Piers Morgan dan Amanda Holden. Menerusi senyuman yang menarik, Susan menari dengan penuh gembira.

p/s: Itulah sebenarnya bakat anugerah Ilahi kepada hamba-Nya...

0 KOMEN: