SEDIH, PILU, NGERI!!!
Macam biasa la, dah lama kita tak dengar kes buang bayi kan. Hari ini, sarapan pagi aku dihidangkan dengan berita seorang bayi telah dibunuh dan dibuang ke dalam tong sampah di ibunegara kebanggaan Malaysia, Kuala Lumpur. Bayangkan, mayat bayi itu dibuang dalam tong sampah hijau milik DBKL. Nauzubillah...
Tapi macam biasalah, berita sebegitu diletakkan di akhir berita pagi, kerana masyarakat dah lali atau dah biasa dengan kes seumpama itu. Kalau letak kat muka depan berita pun, sama sahaja, takde apa yang berubah.
Bila lagi wahai kerajaan UMNO, laksanakan sahaja hukum HUDUD dan QiSAS yang telah diajarkan oleh ALLAH. Sampai bila pun masalah ini takkan selesai selagi hukum ALLAH dipersendakan oleh kita sebagai manusia. Inilah petanda ALLAH menyuruh kamu wahai UMNO untuk memartabatkan hukum-Nya!
Wahai UMNO, jangan duk asyik sibuk dengan masalah rakyat sampai maruah bangsa dan anak muda tergadai. Tapi siapalah aku, nak kata lebih-lebih kepada pemimpin UMNO yang bangang tu! Aku yakin, berita semacam ini dipandang sepi sahaja oleh kerajaan UMNO kerana bagi mereka, itu kan masalah rakyat, kita akan bincang dalam mesyuarat kabinet selepas ini. Itulah jawapan mudah bagi pemimpin UMNO. Dulu, Kini dan diharapkan janganlah untuk selamanya!
Sampai bila lagi kita harus terbelenggu dengan permasalahan muda-mudi sekarang. Sedih rasanya melihat anak muda sekarang hanyut, tanpa diajar dengan hukum hakam ISLAM yang betul....Nak diharapkan kepada UMNO, ‘indah khabar dari rupa’. Cakap tak serupa bikin!
Sumber: Berita Pagi TV3, 17 Mei 2009.
0 KOMEN:
Post a Comment