Khatam QURAN di Bulan Ramadhan


Dah dua hari kita berpuasa.
Syukur kerana kita masih dipertemukan lagi dengan Ramadhan.
Syukur kerana kita masih lagi dipilih oleh Allah untuk beribadah di bulan mulia ini.
Kalaulah manusia itu tahu betapa besarnya rahmat yang diberi oleh Allah kepada orang yang berpuasa. Sedangkan Malaikat begitu 'cemburu' dengan manusia sehinga sanggup untuk memohon izin dari Allah bagi sama-sama beribadat bersama umat manusia di alam ini.

Banyak amalan yang boleh dibuat sempena Ramadhan seperti membaca Al-Quran. Jika kita tak berapa lancar membaca Al-Quran bolehlah mengamalkan membaca Surah Al-Ikhlas 100 kali . Tip ini dikongsikan oleh seorang ustaz. Daripada kita merangkak-rangkak membaca Al-Quran dengan tajwid ke mana, tartib ke mana eloklah kita amalkan.

Orang fikir untuk khatam Quran sempena Ramadhan ni memang susah. Lagipun masanya cuma 30 hari sahaja. Tapi semua ini tidak mustahil untuk dilakukan. Percaya atau tidak. Kita hanya perlu membaca 4 setengah muka Al-Quran selepas setiap solat waktu. Tapi kalau kita rasa malas nak baca setiap waktu atau kesibukan duniawi membataskannya, pandai-pandai la adjust sendiri.

Ini kiraannya:
4 X 5 X 30+4 = 604 muka surat. Jumlah muka surat dalam Al-Quran 'resam' Uthmani.

Jadi marilah sama-sama kita membaca Al-Quran..Walaupun tak mampu khatam, bacalah surah-surah yang sederhana sesuai dengan kelapangan yang kita ada di bulan Ramadhan ini.

0 KOMEN: