KALAH.SESAT.HUJAN

Perlawanan hidup mati Selangor dengan Terengganu kelmarin sempat ku tontoni. Nasib malang lagi tahun ni buat Terengganu yang masih tercari-cari kejuaraan Liga Super pertamanya.
Selangor menang 2-0 semalam sekaligus memenangi trofi Liga Super buat kali kedua.

Apa yang lebih penting semalam, kepulangan ku dari Stadium ShahAlam yang pertama kalinya kujejaki, ditangisi dek kerana kekalahan + kehujanan + kesesatan di highway. Semuanya gara-gara kekalahan ditambah dengan jalan yang kehujanan, dan akhirnya perjalanan yang sepatutnya hanya mengambil masa sejam menjadi dua jam lamanya. Sampai ke KLIA tersesat semalam.

Inilah dinamakan, SESAT DIHUJUNG JALAN BALIK KE PANGKAL JALAN!

0 KOMEN: