Berbuka Bersama Anak Yatim

Alhamdulillah...
Hari ni dh masuk hari kesembilan kita semua berpuasa.
Lapar dan dahaga diakhiri dengan kegembiraan berbuka puasa sesama muslim.
Syukur kerana tiada lagi setakat ini rintangan atau cabaran besar yang memungkinkan diri ini tidak berpuasa.
Semoga kekal ke akhir Ramadhan puasa ini berterusan.

Hari ni rasanya adalah kali pertama aku berbuka puasa bersama anak-anak yatim dari Darul Izzah Bangi. Majlis diadakan di Masjid As-Solihin Bangi iaitu tempat biasa aku berbuka puasa sepanjang Ramadhan ini. Suka bercampur duka melihat kegembiraan raut wajah anak-anak yatim yang ceria diraikan dalam majlis berbuka puasa. Hati tersentuh tatkala azan dilaungkan dan kami sama-sama makan untuk meraikan kegembiraan berbuka puasa.

Sedar tak sedar, aku tak boleh lari dari kenyataan yang aku juga senasib dengan mereka semua. Apa yang membezakan ialah mereka ini masih kecil dan perlu diberi perhatian agar tidak terjerumus ke tempat yang tidak sepatutnya. Aku pula sudah membesar tanpa ayah ibu, yang kurasakan sudah cukup memberikan apa yang sepatutnya diberikan oleh kedua ibubapa kepada anaknya. Cuma yang tinggal hanyalah diri ini yang perlu menilai baik dan buruk sesuatu perkara. Untung nasib semuanya di tangan Allah Yang Maha Esa.

Moga aman selamanya ibu dan ayah 'disana'...Ameen.

0 KOMEN: