Tindakan BODOH muda-mudi Terengganu!


Apa nak dikata lagi jika maruah jadi taruhan bila sesuatu yang diingini tidak kesampaian...Malu besar keluarga apabila anak yang ditatang bagai minyak yang penuh sanggup berbuat demikian dek kerana alasan yang tidak masuk dek akal fikiran. Hanya kerana seorang kekasih yang saya tidak tahu hujung pangkalnya, seorang gadis sanggup mencuba untuk membunuh diri dengan memanjat sebuah bangunan. Tetapi ternyata ALLAH Maha Kuasa, nasibya masih baik kerana tidak diganggu dengan gangguan emosi yang teruk. Jika tidak, sudah tentu gadis malang itu akan terjun sahaja dari bangunan tersebut dan seterusnya...INNALILLAH!!! Saya merujuk kes dimana seorang gadis cuba untuk membunuh diri selepas kehendaknya tidak dituruti oleh kekasihnya pada petang kelmarin(21/11/2008) di Jalan Tok Lam,Kuala Terengganu. Apalah nasib muda-mudi di negeriku yang tercinta ini...Dimana letaknya keimanan dan akal fikiran kamu yang waras???Hanya kerana hasutan syaitan,kamu sanggup menentang akal fikiran yang waras yang dikurniakan ALLAH. Siapa yang nak dipersalahkan...kerajaan yang memerintah atau apa???Tepuk dada anda tanyalah IMAN!!!

Menurut Harian Metro, gadis malang itu bernama Sha dan bekerja di sebuah salon rambut di Kuala Terengganu, dikatakan bertindak demikian selepas teman lelaki yang dikenali sebagai Fadhil ingin berpisah dan tidak lagi memberi perhatian kepadanya.

Episod malang yang mencalar imej Bandaraya Warisan Pesisir Air (BAWASIR) itu bermula pukul 1.35 petang apabila Sha naik ke atas bumbung hotel lalu berdiri di bahagian tebing sebelah belakang sambil berpaut pada tiang penebat petir setinggi dua meter. Gadis yang memakai baju dan seluar jean berwarna hitam itu kemudiannya dilihat berlegar-legar di atas tebing bumbung tersebut sebelum anggota polis dan bomba tiba. Sepanjang usaha memujuk itu, Sha menjerit-jerit ke arah anggota penyelamat, manakala beberapa kakitangan hotel menyusun puluhan tilam sebagai langkah keselamatan jika dia bertindak terjun.

Episod itu turut disaksikan oleh orang ramai yang kebetulan ada disitu dan mungkin juga datang dari jauh semata-mata utk melihat babak sedih dua 'pelakon terhebat' berkenaan! Orang ramai yang memenuhi kawasan hotel itu juga turut bersuara memujuk gadis berkenaan supaya melupakan hajat untuk terjun. Keadaan semakin 'panas' apabila Fadhil tiba di tempat kejadian pukul 2.10 petang dengan sebuah kereta Proton Satria berwarna hitam dari arah Jalan Sultan Sulaiman.

Sebaik tiba, lelaki itu menjerit meminta Sha turun sebelum dia dibawa naik ke atas bumbung hotel oleh pihak polis bagi memujuk gadis tersebut. Selepas sejam usaha dijalankan, Fadhil gagal mententeramkan Sha walaupun berjaya mendekati kekasihnya itu sebelum dia akhirnya mengundurkan diri pukul 3.11 petang. Polis pula mengarahkan orang ramai bersurai pukul 3.17 selepas keadaan bertambah buruk kerana ada antara mereka mula bersorak. Suasana cemas berakhir pukul 3.25 petang apabila Sha yang kepenatan, rebah lantas diselamatkan oleh pasukan penyelamat yang berada di atas bumbung.

Apa nak jadi kepada muda-mudi di negeri kesayanganku ini...dah jatuh ditimpa tangga..dimana nak letak muka sebagai sebuah Bandaraya Warisan Pesisir Air (BAWASIR) ni..malu malu malu...dok sanggup rasanya kalau adegan sebegini berulang lagi...dan yang pasti, keadaan ini pasti akan berulang jika pemerintahan ISLAM tidak dilaksanakan di Terengganu secepat mungkin..hanya ISLAM yang akan merubah segalanya. ALLAHUAKBAR!!!

Wahai muda-mudi seangkatan denganku sekalian, sedarlah akan tanggungjawab anda yang masih lagi jauh dari kehidupan duniawi yang hnya sementara ini..Carilah bekalan untuk dibawa ke akhirat kerana akhirat itu adalah kehidupan yang lebih hakiki. Jangan digadaikan segalanya termasuk maruah dan harga diri dek kerana sesuatu tindakan yang bodoh dan tidak masuk dek akal fikiranmu yang waras..Sedarlah wahai sahabat-sahabatku sekalian...!!!

9 KOMEN:

BonD JeLLa said...

org lain pun b'cinta gak...nihh nama nyer cinta yg bley membunuh!

SEEPOT SEEDOT said...

aku lebih suka tgk pempuan tu bunuh diri terus...lebih baik dr menyusahkan mak bapak yang berdoa setiap hari demi keselamatan anak kesayangan...BODOH tak bertempat!

Anonymous said...

hahaha..tu la cinta dunia...

bercinta lah dgn ALLAH...

SEEPOT SEEDOT said...

setuju2...cinta ALLAH kekal hakiki!

Anonymous said...

Tu bangang namenye..aku rase budok puang tu mmg tolol la..kes pakwe je padahal nak unuh diri..bodoh btol..

SEEPOT SEEDOT said...

pakwe dia smart benor ke?

Leena Chan said...

erm. aku tak tahu cite nih. tapi baru tadi ader citer terbaru mok cik nak bunuh diri kat kuala berang.

bese la, kalu jadi 1 perkara, mesti ada rentetan nye.

erm. Aku harap Allah akan bukak pintu hati orang2 yang pernah terpikir nak bunuh diri nih. mungkin dieorang nih tak kuat dalam menghadapi masalah idup.

papepon, kite kena jd pedoman.

SEEPOT SEEDOT said...

la...makcik pulak nak bunuh diri..apa dah jd dengan negeri aku ni???!!!

BonD JeLLa said...

makcik nak bunuh diri sbb lelaki jugak ke???
makcik makcik...hmm hmm hmm