Lagi Kes Bunuh Diri...lagi dan lagi!!


-Anggota Bomba & org awam bertungkus-lumus menyelamatkan wanita itu-

Apa dah jadi dengan negeriku,Terengganu ni...lepas satu kes bunuh diri,kini dah menjadi dua...rasanya belum sampai seminggu kejadian bdk yang dikatakan dari Kuantan cuba membunuh diri di Bandar Kuala Terengganu beberapa hari yang lalu kerana marah dengan kekasihnya...pening sungguh memikirkan nasib org2 di Terengganu...mana perginya nilai keimanan kalau hanya setakat nama je Terengganu Darul IMAN???Nauzubillah...Bayangkan,dalam tempoh tak sampai seminggu,dua kejadian membunuh diri dilaporkan di negeri Terengganu...Apakah org2 Terengganu ni semuanya terdesak membuat sesuatu diluar batasan sehingga sanggup menggadaikan maruah dan harga diri sendiri...

Apa yang saya maksudkan ialah tentang tindakan nekad seorang suri rumah yang dikatakan ingin membunuh diri dengan terjun dari tingkat 4 sebuah bangunan yang belum siap di Kuala Berang,Terengganu semalam(23/11/08). Apa yang membingungkan ialah,wanita berkenaan berbuat demikian setelah kecewa dengan suaminya yang dikatakan telah berkahwin lain...macam-macamlah!!!kalau dahulu,kekasih nak bunuh diri sebab ditinggalkan..tapi kini,isteri pulak yang nak bunuh diri selepas menyangka si suami mahu kahwin lain...rosak semuanya org2 di Terengganu...memalukan!!!

Drama TRAGIS ini dikatakan bermula apabila si isteri dikatakan bertengkar dengan si suami di rumah mereka di Ajil sebelum si isteri memecut motosikal ke Bandar Kuala Berang. Si isteri yang merupakan isteri kedua kemudiannya naik ke bangunan yang masih dalam pembinaan dan mengugut untuk menikam 4 pekerja Bangladesh dengan pisau ketika para pekerja Bangladesh tadi menghalang hasrat 'murni' wanita itu!

Pihak polis dan bomba yang menerima maklumat terus bergegas ke tempat kejadian dan cuba memujuk wanita itu. Pada masa yang sama,wanita itu turut membuka baju kurungnya berwarna ungu sambil mengacu pisau. Sepanjang usaha memujuk yang memakan masa lebih tiga jam, ibu kepada seorang anak lelaki itu menghabiskan tiga batang rokok, dua air kotak dan dua air mineral yang diberikan anggota bomba.

Keadaan bertambah cemas pukul 3.15 petang, apabila wanita yang gagal dipujuk bertindak nekad dengan berundur sedikit demi sedikit sehingga dia tergelincir. Bagaimanapun, tindakan pantas seorang anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang menyambar tangannya dan disusuli anggota bomba lain berjaya mengelakkan wanita bertubuh besar itu daripada terjatuh.

Kesal sungguh dengan apa yang berlaku itu. Semua orang-orang Terengganu perlu bersiap sedia dari sekarang kerana kejadian membunuh diri sudah semakin menjadi-jadi di Terengganu sekarang...siapa yang nak dipersalahkan sekarang?Kerajaan yang memerintah atau institusi kekeluargaan itu sendiri...Tepuk dada tanyalah IMAN keranan hanya IMAN sahaja yang mampu menghalang perbuatan yang dilaknat oleh ALLAH itu...ALLAH tidak menyuruh umat-Nya mencabut nyawa sendiri kerana ALLAH telah menyediakan Malaikat yang diberi tugas khas mencabut nyawa manusia apabila tiba ajalnya...Wallahua'lam!

0 KOMEN: