Tuah Ayam Nampak Dikaki,Tuah Manutd Nampak Dikaki Ronaldo


Manchester United memulakan aksi minggu ini dengan penuh keyakinan apabila berjaya menundukkan kelab yang dah tak berapa konsisten dlm EPL iaitu Bolton Wanderers dengan kemenangan 2-0...dah lama rasanya Manutd tak menang dengan jumlah jaringan 2-0 ini terutamanya dengan kehadiran semula penggempur berbisa Manutd iaitu Cristiano Ronaldo yang berjaya menjaringkan gol pada pertengahan babak kedua melalui sepakan penalti...Abang kesayanganku,si Wayne Rooney tak kurang hebatnya apabila berjaya menjaringkan satu gol menarik yang biasa dilakukannya pada minit-minit akhir perlawanan setelah masuk menggantikan Carlos Tevez..Walaupun aksi Dimitar Berbatov masih lagi tidak mampu menjaringkan sebarang gol buat Manutd namun gerakan-gerakan serta hantaran-hantaran berbahayanya kerap kali mengucar-kacirkan pertahanan Bolton......purggh!!!ada gaya pengulas sukan ni!!!hehehe...see the team laa brother...ni kan Manchester United!!!

Apa pun,game malam semalam telah memberi bekalan moral yang tinggi buat Manutd yang sedang mengejar Chelsea dan Liverpool bagi mempertahankan gelaran EPL musim 2008/2009 ini..hampir 100% 'ball possession' game semalam dikuasai oleh Manutd namun gol yang dicari-cari muncul hanya pada pertengahan babak kedua hasil lakonan bersahaja yang ditunjukkan oleh si pelakon utama Manutd,Cristiano Ronaldo...tak tahu macam mana pengadil malam semalam boleh memberikan penalti kepada Manutd..Sir Alex
Ferguson sendiri pun terkejut besar dengan penalti yang dberi kerana sebelum ini memang susah pengadil EPL nak bagi free je penalti kpd Ronaldo yang sentiasa berlakon untuk menjatuhkan badan di dlm kotak penalti...ternyata pengadil malam semalam mudah ditipu oleh Ronaldo..tapi ni la yang dikatakan tuah manusia...tuah ayam nampak dikaki tapi tuah Manutd nampak di kaki jugak..dikaki Ronaldo..hahaha!!!

tapi yang tak sedapnya semalam ialah musuh-musuh Manutd iaitu Chelsea dan Liverpool turut memenangi perlawanan masing-masing..Chelsea berjaya mengalahkan Stoke City dengan 2-0 dan Liverpool berjaya mengalahkan Everton juga dengan kemenangan 2-0...walaubagaimanapun,nasib Arsenal malang minggu ni kerana tewas kepada HullCity dgn jaringan 2-1..

Apa yang hendak dikatakan lagi ialah halangan dan perjalanan masih lagi jauh untuk ditempuh...macam biasalah,Manutd memang bermula agak lembap seperti season-season sudah...namun begitu,Manutd sedang mengejar dari belakang dan hanya menunggu masa sahaja untuk kembali merampas kedudukan teratas EPL..sebarang kesilapan akan membawa padah kepada pasukan-pasukan diatas terutamanya Chelsea dan Liverpool yang sentiasa
menjadi musuh utama kepada Manutd...GLORY GLORY MANUTD!!!

Blogger kena ISA


Masa ni semua blogger tengah pening memikirkan nasib masing-masing sebab masing masing takut nak tulis tentang kekejaman kerajaan yang terang terangan menggunakan ISA untuk menangkap Blogger terkenal iaitu Raja Petra Kamarudin(seperti dlm gambar)...Raja Petra ni aku anggapkan adalah seangkatan dgn Sang Kelembai dan Kuda-Kepang yang menggunakan blog sbg wadah perjuangan utk berinteraksi mengenai sesuatu hal kepada masyarakat..Raja Petra ni juga kuanggap sbg otai kepada blogger blogger tanah air seantero Malaysia...semua tulisan beliau sentiasa diikuti rapat oleh pihak kerajaan Malaysia pimpinan PakLah Hadhari sebab bnyk perkara yg dia tahu tp org lain tak tahu...dahsyat,melalui penulisan pun org dah bleh takut kpd beliau..kagum kagum!!!mcm2 dah perkara yg org lain tak tau tp dia tulis...mcm mana dia bnyk tahu ni?ada spy kot ni..pening pening!!!

Kelmarin 23 Sept 08, Raja Petra Kamarudin dihantar ke Kem Kemunting di Perak bagi meneruskan kezaliman Barisan Nasional yang memerintah negara ini. Beliau akan ditahan di Kemunting selama dua tahan selepas Menteri Dalam Negeri menandatangani perintah tahanannya mengikut seksyen 8 akta tersebut, yang membolehkan beliau ditahan tanpa bicara...sungguh tak adil ni...aku hairan mcm mana org bleh dihukum tanpa bicara..pelik bin ajaib...mati hidup semula pun aku tak percaya!!!
Mengikut akta tersebut, perintah tahanan ke atas Raja Petra itu boleh disambung setiap dua tahun.

Sepatutnya didalam bulan ramadhan ini, haruslah dihormati, walaubagaimanapun BN gunakan akta yang zalim ini untuk menahan seorang penyebar maklumat politik bagi melindungi kepincangan politik mereka.Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi ternyata tidak menghormati kebebasan bersuara dan pemberi maklumat seperti yang dijamin dibawah pelembagaan.

Aku pun taknak komen bnyk sbb takut ditangkap oleh kerajaan PAKLAh tu...apa lah PAkLah ni..sedap2 je tangkap org!!!tangkap laa nyamuk ke,lipas ke,pendatang tanpa izin ke...baru aman Malaysia!!!harap2 cepatlah Dato' Seri Anwar Ibrahim membentuk kerajaan baru supaya ISA dimansuhkan!!!ALLAHUAKBAR...

-Sumber dari Suarakeadilan.com-

Manchester United sekadar seri


Malang betul nasib Manutd td...main dah kira ok tapi takde luck je jadi seri plak game td...asalnya dah leading melaui jaringan Park Ji Sung minit ke 18 tp segala galanya musnah oleh gol dari Solomon Kalou pada minit ke 80...rekod tanpa kalah Chelsea di tempat sendiri terselamat lagi dari dimusnahkan oleh Manchester United dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge malam td..rekod tu mmg dah lama, seingat aku ia dimulakan oleh bekas bos Chelsea Jose Mourinho sejak mengambil alih skuad The Blues pada 2004

Tapi apa nak dikatakan dengan rekod lampau,yang penting kalau Manutd menang malam td..tertutuplah mulut si bos baru Chelsea Luis Felipe Scolari (Big Phil)!!!tapi apa kan daya..mcm aku cakap td...semua hanya kerana nasib je..ada yang menang,ada yang kalah dan td ada yang seri plak...ish ish ish..tak patut,Manutd dah main bagus tu..

ROONEY, Ronaldo, Park JiSung dan yg lain2 semuanya dah bg all-out utk game td...cuma si Berbatov je la yang jarang dpt bola...buat abis duit je beli Berbatov tu kalau ikut game mlm td,tp harap2 lepas ni Berbatov akan sumbangkan gol..aku hairan kenapa Alex Ferguson tak tukar je Berbatov dengan Tevez...kalua tukar tu aku rasa makin rancak Manutd serang Chelsea...result pn takdelah seri mcm td..mungkin menang 2-1 kot..hehehe...

Tapi apa yang penting..Manutd tak kalah di tangan Chelsea yang sentiasa berdendam dengan Manutd selepas diorang gagal dalam cubaan utk menewaskan Manutd season lepas...Manutd memang gagah laa..jangan mimpilah Chelsea nak menang dgn pasukan terbaik Eropah tu...kesian John Terry sebab tak dpt nak balas dendam akibat malu pd game Champions League season lepas...tak ingt ke..season lepas kan Terry tak dpt sempurnakan penalty dan sebab tu,Manutd menang Champions League...malu besar si Terry masa tu..apa pun GLORY GLORY MANUTD!!!

Liverpool 2 - 1 Manchester United


Sedih...marah...kecewa...duka...pilu...MALU? apa lagi nak dikata.tak dapat digambarkan dengan perasaan lagi selepas kekalahan Manchester United kepada Liverpool td...bukan sikit tu..2-1 kalah...tp nak buat mcm mana,dah adat pertandingan ada kalah ada laa pemenangnya...tp kalah dengan Liverpool ni memang perit bukan kepalang..kalau kalah dengan AC Milan atau Barcelona atau dengan Malaysia sekalipun,taklah kecewa sngt(kecewa jugak sket2)..tp ni kalah dengan Liverpool,bukan kuat sngt Liverpool tu!!!org terengganu royak "dok rock cetong" Torres pun tak main td...tp sebab Gerrard main laa ManUtd kalah td..masuk je Gerrard,terus pemain ManUtd jadi lemah longlai...mcm dok makan nasi 3 hari...si Berbatov(ayam baru beli) pun tak berapa menjadi..cuma gol pertama je laa berpunca dari gerakan Berbatov...ingatkan lepas gol pertama ManUtd akan terus mendominasi permainan..tp hampeh,lepas gol tu dan lepas gerrard msuk semuanya menjadi kacau bilau...pemain ManUtd macam takut nak pegang bola,dapat bola je terlepas..dapat lagi terlepas...dan terlepas...dan terepas!!!dan akhirnya kalah 2-1...
argh!!!!

Tapi kekalahan tadi nampak sangat dengan ketiadaan Ronaldo...kalau ROnaldo ada,aku rasa ManUtd boleh menang sebab gol pertama ManUtd dah dapat dulu..cuma nasib je kalah tadi...lepas ni,Ronaldo dah buleh main macam biasa sebab dah sembuh dari kecederaannya...ALHAMDULILAH...moga moga Manchester United kembali di landasan kemenangan dengan kehadiran semula Ronaldo...AMIN!!!

Berbatov no.9


Aku yakin,sepanjang 2,3 minngu ni...semua peminat Red Devils mesti tak tidur lena memikirkan tentang Dimitar Berbatov,pemain yang boleh diibaratkan setanding dengan Ruud Van Nistelrooy.Apa pun,isnin yang lalu lengkaplah perpindahan pemain tersebut ke Manchester United dengan yuran perpindahan 30.75 juta euro..bukan RINGGIT!!!baru sekarang semua peminat RED DEVILS dpt tidur selena yang mungkin sebab striker ManUtd dah makin tajam dengan kehadiran Berbatov...hahaha!!!

Dimitar Berbatov memberitahu bahawa menyarung jersi Manchester United adalah lebih bermakna daripada menerima bayaran termahal di Manchester City,meskipun City membuat tawaran pada saat-saat akhir sebelum musim perpindahan ditutup.

Berbatov, 27, bersetuju dengan gaji 100,000 pound (RM609,870) seminggu di Old Trafford, namun dia mengakui dia sebenarnya mampu mendapat gaji sekali ganda daripada yang ditawarkan United jika berpindah ke City.

Berikut adalah kata2 dari Berbatov,"Beraksi buat Manchester United adalah sesuatu yang paling bermakna bagi saya. Orang yang mengenali saya tahu saya bermain untuk kegembiraan dan kepuasan,Saya tidak bermain demi wang. Jika saya mahukan wang, saya pasti menerima tawaran City ataupun Chelsea.Tapi saya mahu beraksi bersama kelab terhebat didunia dan sebab itu saya berada di sini.Saya amat menghormati tawaran yang diberikan oleh City. Sebab itu perpindahan saya ke United tertangguh selama tiga hingga empat jam.Tapi bagi saya, hanya ada satu matlamat saja iaitu menyarung jersi berwarna merah United. Saya boleh lagi hidup senang dengan 1 juta, 10 juta atau juga hanya 500,000 pound."

Memang terharu laa dengan kenyataan Berbatov tu...sanggup bermain untuk ManUtd walaupun menerima gaji yg sedikit berbanding Manchester City atau Chelsea...Ini laa yang dikatakan penyerang sejati...tunggu penampilan Berbatov pada perlawanan ManUtd lwn Liverpool 13 september ini...GLORY GLORY MANUTD!!!

Dato' Seri Anwar Ibrahim dah kembali

Akhirnya Anwar akan bersumpah esok

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengumumkan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen esok.

Ia diumumkan di Dewan Rakyat sebentar tadi dan ia menjadi kenyataan, Anwar dipercayai menjadi anggota Parlimen pertama mengangkat sumpah dalam tempoh kurang 48 jam selepas memenangi pilihan raya kecil.

"Keputusan pilihan raya umum kecil Permatang Pauh sudah diketahui dan keputusannya berpihak kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Beliau akan mengangkat sumpah esok. Segala urusan angkat sumpah dan aturan mesyuarat akan dimaklumkan kemudian," kata Pandikar.

Anwar yang berkempen menggunakan tema Merdekakan Rakyat dan moto "Ke Putrajaya Bermula di Permatang Pauh" - kembali muncul sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh - selepas 'berehat' selama 10 tahun dengan majoriti 15,671 undi.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu mengatasi majoriti lebih 13,000 undi yang dicatatkan oleh isterinya Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu.

Anwar menuju ke PUTRAJAYA



Tinggal beberapa jam sahaja lagi sebelum Permatang Pauh sekali lagi digegarkan dengan Tsunami pilihanraya yang ke-12 yang lalu..esok secara rasminya akan keluarlah orang2 Permatang Pauh bagi menentukan siapa yang layak memegang tampuk pemerintahan Permatang Pauh...dan jugak segala debaran tentang siapa yang layak ke Parlimen bagi mewakili orang2 Permatang Pauh juga akan terungkai pd petang esok selepas keputusan diumumkan...bagi Pakatan Rakyat dan UMNO,keputusan esok adalah amat penting dlm menentukan halatuju Malaysia...Pakatan Rakyat begitu komited dengan kemenangan Anwar Ibrahim sementara UMNO dalam dilema kerana kemungkinan besar Anwar Ibrahim akan sekali ke Parlimen selepas beberapa tahun 'menyendiri'...dan jika itu berlaku,maka terkedulah PAKLAH dan Najib dengan kemenangan Anwar Ibrahim di Permatang Pauh...tu kalau menang laa...

Penat mendengar kempen UMNO di tv belum lagi habis...apa tidaknya,setengah jam berita di TV3 (Buletin Utama),semuanya memaparkan tentang keyakinan UMNO akan kemenangan mereka pada pilihanraya esok...tak habis setengah jam,sambung semula selepas berita sukan..isu yang dimainkan apa lagi,tentang Saiful Bukhari Azlan laa...orang yang dalam masa beberapa jam sahaja telah menjadi popular mengalahkan MAWI WORLD...semua orang dah tahu akan perihal si Saiful ni...tak payah diulas lebih lanjut sebab perabis air liur je!!!Najib,PakLah dan pemimpin UMNO yang lain semuanya mengulas akan yakinnya kemenangan UMNO di Permatang Pauh...bagai nak pecah telinga mendengar kempen UMNO yang terang-terangan menggunakan media massa sebagai alat kempen atau kepentingan politik semata-mata...kalau rakyat Malaysia ni buka mata dan minda dengan seluas-luasnya,aku yakin UMNO keparat tu akan tumbang di Permatang Pauh dengan takde langsung undi...tak ada ruang langsung untuk Pakatan Rakyat berkempen selain daripada berkempen di Permatang Pauh...TV dan segala alat media massa diperalatkan oleh UMNO demi kepentingan mereka...!!!inikah yang dikatakan demokrasi?nilah demokrasi HADHARI tajaan PAKLAH HADHARI!!!sampai sekarang entah kemana perginya ISLAM HADHARI PAKLAH tu...entah ada entah tidak..datangnya tak diundang,perginya tak bersahut...apa lah yang diagungkan sangat dengan ISLAM HADHARI tu sedangkan ISLAM ciptaan ALLAH ni adalah lengkap dan sempurna...tak ada keraguan yang boleh disabitkan dengan kebenaran ISLAM ciptaan ALLAH yang MAHA ESA!!!

Harap2 orang Permatang Pauh tidak tersilap dengan undi yang akan mereka pangkah esok...kalau tersilap,padahlah jawabnya...moga ISLAM yang Syumul akan terus bergemerlapan di bumi wakafan ALLAH ini dengan kemenangan Pakatan Rakyat...ALLAHUAKBAR!!!

Silvestre and Berbatov...



Dua nama ni aku rasa tak perlu diperkenalkan lagi pd semua die hard fanz ManUtd...semua dah tahu pasal kedua-dua nama ni..tp ada kisah suka duka disebalik dua nama ni kpd semua peminat ManUtd...yg satu tu akan berhijrah ke ManUtd tp yg tak sedapnya satu org lagi dah pun dijual ke kelab lain...mcm2 kisah laa dgn ManUtd ni..tp kelab ni tetap menjadi pujaan aku selagi ROONEY masih bermain dgn ManUtd...hahaha!!!!

Aku mulakan dulu dgn kisah sedih yg menyelubungi kem latihan ManUtd sejak kelmarin...apa lagi mestilah berita tentang pemergian bintang kesayangan Sir Alex Ferguson suatu ketika dulu,Mikael Silvestre...aku mcm tak percaya yg MAnUtd sanggup jual Silvestre ke Arsenal..mana taknya,Arsenal tu adalah musuh yg nyata dan musuh no 1 ManUtd...aku mulanya tak percaya yg ManUtd jual Silvestre pd Arsenal tp selepas baca BBC Sport dgn website ManUtd baru laa aku percaya..sungguh tak disangka,pemain yg ditatang bagai minyak yg penuh suatu ketika dulu kini dah dijual pd pasukan musuh...tp ManUtd
takkan jual pemainnya dgn sesuka hati...mungkin ada sebab2 yg kukuh knp ManUtd jual Silvestre..seingat aku,Silvestre adalah pemain kedua yg dijual oleh ManUtd kpd Arsenal selepas Brian Kidd pd tahun 1974...satu tempoh masa yg lama tu...tu laa sebabnya,tak mudah ManUtd nak jual pemain kpd Arsenal...
Yang hilang pasti kan tumbuh...apa yang pasti,kem latihan ManUtd mungkin akan kembali ceria dgn kemungkinan penghijrahan Dimitar Berbatov dari Tottenham Hotspurs pd lewat mggu ni...pelbagai andaian semakin kedengaran dgn kemungkinan tersebut dan aku harap akan menjadi realiti beberapa hari lagi....hanya tuhan yg tahu betapa ManUtd memerlukan seorang striker sekarang ni...kalau itu menjadi kenyataan,maknanya ManUtd akan ada 4 orang striker,Rooney Tevez Campbell dengan Berbatov..apa yang penting,aku harap ManUtd akan terus menggenggam erat trofi EPL utk musim ini..dan apa yang penting,kerjasama...APA YANG PENTING..KERJASAMA...hey wonderpet!!!

Ada yang menjadi,Ada yang tak menjadi...

BOLASEPAK
Minggu yang penuh kedukaan ini disusuli pula dengan keputusan seri Manchester United vs Newcastle sebentar td...frust menonggeng rasa bila ManUtd main mcm kampung je...patut boleh menang tp mcm biasa laa,peluang terhidang sengaja disia-siakan...ROONEY pun tak berapa menjadi,mungkin keletihan sebab baru kahwin kot..tp perlawanan td kira ok laa utk ManUtd sebab rmai pemain yg injured dan ada masalah lain...Nani,Hargreaves,Ronaldo dgn Park JiSung cedera...campur pulak dengan Tevez yang ada mslh keluarga....nasib laa ManUtd boleh seri,kalau kalah lagi teruk...tp mcm biasa,ManUtd tetap bermain dgn baik cuma peluang je takde...kena palang laa,tersasar laa,sepak tak kena pun ada!!!tp yang frust menonggeng tu sebab semua seteru ManUtd menang belaka...Arsenal,Chelsea dan Liverpool semunya menang dgn 3 mata berharga...tp takpe,ManUtd memang bermula lembap,mcm musim yg lepas tp akhirnya ManUtd yg juara berganda...InsyaALLAH!!!
Bab Bolasepak belum habis lagi...petang td,Pasukan UniKL yang kalah baru2 ni akhirnya dpt jugak tempat ketiga selepas memperkotak-katikkan pasukan Unisel,yang memang tak berapa pandai main bola tu...4-0 UniKL belasah Unisel...padan muka!!apa yang penting,Pasukan UniKL dpt naik ke Liga MASUM yang utama utk bertemu pasukan2 yang gagah mcm UPM,UM dan lain2...syabas PAsukan UniKL..aku bangga menjadi rakyat UniKL...sekalung tahniah diucapkan.

Nisfu Syaaban
Sedar
tak sedar,kelmarin dah hari nisfu syaaban...masjid2 dan surau semuanya buat bacaan yasin utk meraikan kedatangan hari tersebut..maknanya Bulan Ramadhan dah tinggal beberapa hari saja lagi...lepas ni kena laa puasa rajin2...puasa jangan tak puasa...semoga puasa tahun ini akan terlaksana dengan jayanya tanpa sebarang ganggguan dari anasir jahat laknatullah..AMIN!!!


Badminton
Ni
pulak pasal satu lagi permainan kegemaran rakyat MAlaysia...tapi sayang,Lee Chong Wei kalah dlm sukan olimpik kepada Lin Dan...frust menonggeng laa Menteri SUkan sebab penat terbang ke China utk tgk kemenangan Lee Chong Wei..tp hampeh,LEe Chong Wei main tak sebagus Lin Dan..mungkin tertekan kot dgn jutaan rakyat China yg ada kat stadium..tp aku dgn kengkawan yg tgk live kat TV! rasa mcm tak percaya Chong Wei boleh kalah mudah sebegitu...Chong Wei mcm tak bermaya nak kembalikan bulu tangkis Lin Dan...mesti China ada main jampi ni...apa2 pun,salute utk Chong Wei sebab menghadirkan sebutir perak buat MALAYSIA tercinta...moga kita akan dpt emas olimpik yg diidamkan pd sukan olimpik seterusnya..AMIN!!!

Bola oh Bola...UniKL 1-2 MMU


Apalah nasib UniKL kali ni!@#$%^&*Setelah penat berhempas pulas...berpulas sawas...maki hamun...jerit menjerit...akhirnya Pasukan UniKL kalah dalam semifinal Liga Bolasepak Masum 2008...kalah dgn Pasukan MMU pulak tu...tapi takpe...dah cuba tapi tak berjaya...tahun hadapan masih ada lagi...UniKL pasti akan mencuba dan terus mencuba...kalah pun taklah bnyk sangat...2-1 je...Pasukan MMU menang pun dgn saguhati penalti daripada pengadil perlawanan yang sentiasa dimaki hamun oleh para penonton...pengadil memang tak berapa 'fair' malam tadi...bnyk buat silap yg kononnya daripada Pasukan UniKL...UniKL dah main bagus ape...!!!Pengadil yang tak reti,nak salahkan UniKL...apa2 pun,UniKL tetap di hati!!!

Tapi kesian jgak tgk muka pengadil 'keling' tu td...habis je perlawanan,pemain2 UniKL meluru ke arah dia sebab tak puas hati dengan mutu pengadilan 'kampung' beliau...tapi aku tgk dia selamba je buat muka macho...kononnya bleh ganti Pierluigi Collina(pengadil paling popular abad ini)...tp nasib baik panas baran pemain UniKL bleh direntap lagi..kalau tak,aku rasa game td habis dgn bertumbuk laa jawabnya...!geram sungguh rasanya...game td,aku rasa pemain UniKL bleh dipuji ketahap DEWA laa...sebab diorang bukan lwn dengan org biasa td...semua pemain MMU adalah pemain luar,maksudnya semua bdk MMU tu pelajar international...ada sorang dua je aku tgk bdk Malay...yang lain semuanya Pak Arab dengan African...coach dia pun aku rasa macam diIMPORT jugak sebab tgk hitam semacam je!!!kalau FAM buat format tak benarkan pemain asing dalam liga,memang UniKL dah menang mlm td...silap silap 4-0 bleh menang...ball possession dah dapat pd pemain UniKL...skill jgn nak kira laa,memang pasukan UniKL yang bnyk skill...memang nasib laa MMU menang mlm td...

Aku rasa,UniKL kalah sebab aku n de geng...game td main kat UKM..dah lah masuk kat UKM secara haram...bila pakguard tnya nak kemana,buat buat jadi pelajar UKM...tp apasal laa siot sngt pakguard tu...bleh percaya mentah2 je..memang tak peka laa pakguard tu dgn pelajar2 UKM...kalau peka pun,kenapa tak check je sticker UKM kat motor..atau memang UKM takde sticker kenderaan...tp kira nasib laa bleh masuk UKM td..kalau tak,kempunan jugak nak tgk kekalahan UniKL...letih tak habis lagi..suara dah tersekat sekat dek sorak yang kuat td...apa2 pun...moga Pasukan BolaSepak UniKL terus maju kehadapan...musim depan masih ada...
GLORY GLORY UniKL!!!!!!!!!!

hikmah di sebalik kejadian...

Mungkin orang beranggapan yang mendung takkan sampai ke petang...panas takkan sampai ke malam dan hujan pun mungkin rintik2 saje...semuanya menggambarkan tentang sesuatu hal yg mungkin berlaku sekejap dan kadang kala boleh jadi lama...mungkin itu gambaran yang boleh diberikan disebalik kejadian kehilang motosikal kesayangan aku tu...perit tu masih tak hilang lagi walau ada org bagi motosikal LC atau Legenda baru ke(ada ke org nak bagi?!@$#$%$^&%)...tapi perkara yang takkan dapat dilupakan tentang motosikal kesayangan aku tu ialah kemalangan yang aku alami bersama motosikal tu...kemalangan ngeri!!!kemalangan yang amat dahsyat yg aku rasa mungkin aku dah tak dapat menulis kat blog ni...tapi semuanya dah tinggal sejarah...hilang tetap hilang,walau jumpa sekalipun aku rasa dah tak masuk dek akal kalau mtosikal aku tu masih dlm keadaan elok...brek dan side mirror ok lagi dan karburator pun tak terusik...bangang la si pencuri tu kalau tak ambik semua benda2 tu!!!tak ke bodoh si pencuri tu kalau dia tak 'sembelih' lagi motosikal aku tu!!!Pencuri Laknatullah...tp takpe,dah rezeki dia...redha dan sabar sentiasa menebal di hati sanubari aku ni...dah la aku tak ambik lagi duit rebat minyak RM 165 tu...harap2 aku dpt ambik lagi duit tu kat pejabat pos,kalau tak...rugi laa jawabnya...melayang rm165 tu!!!!!
Hikmah disebalik kejayaan yang aku katakan adalah...macam mimpi je aku dapat anak saudara baru petang tadi...lelaki pulak tu...tak sangka yang kakak aku tu dah nak melahirkan anak..dah lama tak balik kampung,memang laa tak terasa...hitung punya hitung,dah 26 orang rupanya anak-anak buah aku ni...wow dahsyat betul...bapak saudara pun tak kahwin lagi,tp dah ada beribu lemon anak buah...tu laa dikatakan hikmah disebalik kejayaan...memang betul tak kusangka yang kehilangan motosikal kesayangan aku tu,sedikit terubat dengan kehadiran orang baru dalam hidup aku...tak sabar rasanya nak balik kampung ni...kalau boleh esok jugak aku nak balik,eh malam ni pun boleh laaa!!!macam mana laa rupanya anak buah aku yang baru lahir ni...nama pun tak letak lagi...harap2 la mcm muka aku kot...
hensem ke aku ni???

terciptanya sebuah blog...














pening,aku sungguh pening!!!tak tahu laa...kenapa tergerak hati aku nak cipta satu blog ni...mungkin aku terikut dengan kawan aku yg sorang tu...khairi namanya aku tgk blog dia tiap2 hari...

tapi terciptanya blog ni adalah bersempena dgn kehilangan benda yg paling aku sayang kat muka bumi ini...hari ini juga adalah antara hari2 yg paling sedih buat aku...berbalik pd benda yg aku hilang tu...memang susah nak digambarkan tentang kehilangan benda tu....tp bagi lelaki,benda tu ibarat nyawa kedua bagi diorang...sama la macam aku!!!kalau takde benda tu,confirm tak lengkap laa nak jadi seorang lelaki...bagi perempuan,aku rasa kalau benda tu hilang takde laa sedih sngt bagi diorang...mungkin sekadar terjun bangunan je kot!!!bukan nak mengutuk ciptaan ALLAH yg dah sedia indah itu...cuma nak memperindahkan lagi tentang gambaran seseorang lelaki...
benda yg aku hilang tu adalah motosikal EX5 kesayangan aku...walaupun motosikal tu tak laa berapa cantik(tp lawa laa juga)...aku sayang bangat laa sama motosikal tu...tulah nyawa aku yg kedua...tanpa motor tu,aku tak kemana...motor tu mmg bnyk kenangan laa bagi aku...bayangkan aku habis Diploma dengan motor tu...segala kerja yg aku buat masa Diploma dulu adalah bersama dgn motosikal kesayangan aku tu!!!
motor tu antara barang yg paling aku sayang selepas laptop aku...rasanya,aku rela hilang awek daripada hilang motosikal tu(tp aku takde awek lagi laa)...single and available!!!kalau Manchester United kalah dengan Chelsea atau Arsenal sekalipun,aku takde laa sedih mana...tp sedih jugak laa...ManUtd kan pasukan aku!!!
sebab aku kata sayang sebab MOTOSIKAL tu aku beli bukan dgn duit aku...bukan dengan duit aku sendiri...duit arwah mak aku semuanya!!!sekarang motosikal tu dah hilang,tu yg sedih sngt tu..kalau duit aku takde laa sedih sngt(tp still sedih)...ni duit org yg dah takde,org yg paling aku sayang...aku lalai menjaga barang peninggalan arwah...terkilan sungguh rasanya!!!!!!
aku dah doa...moga2 ALLAH bukakan pintu hati orang yg ambik tu untuk hantar balik motosikal aku tu...aku tak doakan perkara yg tak baik utk pencuri tu sebab aku tahu,kasih ALLAH kpd manusia dah cukup utk membalas segala perbuatan seseorang...moga ALLH bukakan pintu hati org tu agar segalanya kembali kepada keadaan asal...moga juga org tu insaf dan jd seseorang yg baik...AMIN!!!

Aku titipkan gambar motosikal aku yang hilang tu di blog aku yang satu ini...sape2 yang ada jmpa,bagitau aku...jangan pukul org tu..biar aku pukul sendiri!!!GERAM AKU SUNGGUH GERAM...