Berbatov no.9


Aku yakin,sepanjang 2,3 minngu ni...semua peminat Red Devils mesti tak tidur lena memikirkan tentang Dimitar Berbatov,pemain yang boleh diibaratkan setanding dengan Ruud Van Nistelrooy.Apa pun,isnin yang lalu lengkaplah perpindahan pemain tersebut ke Manchester United dengan yuran perpindahan 30.75 juta euro..bukan RINGGIT!!!baru sekarang semua peminat RED DEVILS dpt tidur selena yang mungkin sebab striker ManUtd dah makin tajam dengan kehadiran Berbatov...hahaha!!!

Dimitar Berbatov memberitahu bahawa menyarung jersi Manchester United adalah lebih bermakna daripada menerima bayaran termahal di Manchester City,meskipun City membuat tawaran pada saat-saat akhir sebelum musim perpindahan ditutup.

Berbatov, 27, bersetuju dengan gaji 100,000 pound (RM609,870) seminggu di Old Trafford, namun dia mengakui dia sebenarnya mampu mendapat gaji sekali ganda daripada yang ditawarkan United jika berpindah ke City.

Berikut adalah kata2 dari Berbatov,"Beraksi buat Manchester United adalah sesuatu yang paling bermakna bagi saya. Orang yang mengenali saya tahu saya bermain untuk kegembiraan dan kepuasan,Saya tidak bermain demi wang. Jika saya mahukan wang, saya pasti menerima tawaran City ataupun Chelsea.Tapi saya mahu beraksi bersama kelab terhebat didunia dan sebab itu saya berada di sini.Saya amat menghormati tawaran yang diberikan oleh City. Sebab itu perpindahan saya ke United tertangguh selama tiga hingga empat jam.Tapi bagi saya, hanya ada satu matlamat saja iaitu menyarung jersi berwarna merah United. Saya boleh lagi hidup senang dengan 1 juta, 10 juta atau juga hanya 500,000 pound."

Memang terharu laa dengan kenyataan Berbatov tu...sanggup bermain untuk ManUtd walaupun menerima gaji yg sedikit berbanding Manchester City atau Chelsea...Ini laa yang dikatakan penyerang sejati...tunggu penampilan Berbatov pada perlawanan ManUtd lwn Liverpool 13 september ini...GLORY GLORY MANUTD!!!

0 KOMEN: