MU get it late!


-FEDERICO MACHEDA-

Manchester dapat pada minit yang terakhir! Itu mungkin maksud yang tepat untuk ungkapan di atas apabila MU berjaya menundukkan Aston Villa semalam. Setelah mengharungi dua kekalahan yang amat mengecewakan serta memalukan sebelum ini, ditambah dengan ketiadaan beberapa pemain termasuk ROONEY, SCHOLES dan VIDIC, Manchester United menunjukkan bahawa pasukan juara tak mudah dijinakkan!

Gol terakhir pada minit ke-93 semalam menyaksikan MU berjaya menundukkan Villa dengan jaringan 3-2. Gol pembukaan MU dihasilkan oleh Ronaldo sebelum John Carew menyamakan kedudukan. Selepas itu, Agbonlahor terus menekan MU selepas berjaya menyumbat gol 2 Villa menjadikan kedudukan 2-1. Ronaldo kembali meletakkan MU di landasan kemenangan apabila menjaringkan gol kedua MU pada minit ke-80. Pemain muda MU yang membuat penampilan pertama bersama pasukan senior MU, FEDERICO MACHEDA, dimasukkan pada minit-minit akhir permainan dan kemasukannya tidak sia-sia apabila menjadi hero dalam kemenangan penuh emosi MU semalam.

GLORY GLORY MANUNITED!!!

PM Baru


Sedar tak sedar. Rupanya kita dah dapat PM baru! Tahniah buat Pak Najib sebab berjaya menjadi PM yang penuh dengan isu dan skandal yang tak berkesudahan!

Dengan perlantikan ini, negara kita yang tercinta mencipta sejarah tersendiri apabila buat pertama kalinya anak Perdana Menteri menjadi Perdana Menteri. Najib ialah anak sulung Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein.

Dengan bermulanya era baru Najib sebagai PM Malaysia, PAKLAH dan isterinya tidak pulang dengan tangan kosong apabila dianugerahkan gelaran ‘TUN’ oleh Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin. Abdullah, 69, menerima anugerah tertinggi negara Seri Maharaja Mangku Negara (SMN) manakala Jeanne, 55, menerima anugerah Seri Setia Mahkota (SSM).


TAHNIAH la buat semua. Pak Najib usahlah berlagak, kita tunggu pilihanraya seterusnya nanti!!!

PAKATAN RAKYAT AKAN MENGAMBIL ALIH MALAYSIA!!!

Anda Suka ROTI BOY?


Tadi sempat membelek beberapa blog terkemuka di tanah air ketika ini. Satu yang menarik ialah tentang perihal status HALAL sejenis roti yang aku rasa telah memakannya beberapa bulan yang lalu di Times Square rasanya. Namanya pun dah sedap, ROTI BOY..sesedap namanya!

Rupanya, tiada logo HALAL JAKIM yang dipamerkan di semua premis-premis yang menjual roti-roti ini, tak kiralah dimana sahaja anda memakannya.

-Ramainya orang!!!-

Menurut sumber, seseorang pernah bertanyakan Manager di Premis Roti Boy di Subang Parade, Subang Jaya tentang ketiadaan tanda halal Jakim tersebut. Menurut Manager tersebut memang mereka tidak mempunyai tanda tersebut.

Seorang pegawai Jakim Putrajaya iaitu Puan Najibah - no tel - 88864851. Menurutnya, pihak Roti Boy setakat hari ini tidak pernah memohon untuk mendapatkan status halal daripada pihak Jakim. Jadi nasihat Pn. Najibah ialah selagi belum terbukti tahap HALALnya produk tersebut sebaik-baiknya kita jangan makan.

Jadi berhati-hatilah semua kerana mencari yang HALAL itu adalah dituntut dalam ISLAM sebagai seorang MUSLIM yang sejati.

Najib akan jadi PM Malaysia

BERNAMA Malaysia melaporkan bahawa Yang di- Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan supaya istiadat mengangkat sumpah jawatan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri diadakan pada 10 pagi, Jumaat ini di Istana Negara, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan mengumumkan.

Mengikut kenyataan Mohd Sidek yang dikeluarkan malam ini, Tuanku Mizan berkenan supaya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bersama-sama Najib menghadap Seri Paduka pukul 10 pagi esok untuk Abdullah menyerahkan surat melepaskan jawatan Perdana Menteri dan memohon perkenan melantik Najib sebagai Perdana Menteri yang baru.

p/s: Harap hujan beserta ribut petir melanda Malaysia agar NAJIB tak boleh jadi PM Malaysia!!!AKU BENCI NAJIB!!!

Saya Bangga Menjadi Rakyat Terengganu!


Saya bangga menjadi rakyat Terengganu!!!

Jaguh negara Azizulhasni Awang yang berasal dari Terengganu meraih pingat perak dalam acara pecut individu apabila tewas kepada Gregory Bauge dari Perancis di peringkat akhir Kejohanan Trek Dunia di Pruszkow, Poland, beberapa hari yang lalu.

Azizulhasni mempamerkan semangat juang tinggi apabila memenangi pusingan kedua dengan catatan 10.499s setelah tewas pada pusingan pertama kepada lawannya itu dengan catatan 10.406s.

Pencapaian Azizulhasni, yang juga merupakan pelumba harapan negara pada Sukan Olimpik 2012 di London, sedikit sebanyak dapat menebus kekecewaannya setelah gagal dalam acara kegemaran iaitu keirin dengan hanya menduduki tempat ke-11 keseluruhan.

Syabas buat pelumba Terengganu!!!

Manusia Kadang-Kadang Boleh Menjadi BINATANG!

Manusia kadang-kadang boleh menjadi binatang, tetapi binatang memang tak akan boleh menjadi seperti bijaknya akal fikiran yang dimiliki oleh manusia. Pelik bunyinya tu kan. Bagi yang tahu maksudnya, ia memang tersirat yang amat sangat. Bagi yang tidak tahu, bolehlah membuat sebarang andaian yang kemungkinannya boleh memberikan gambaran yang jelas mengapa seseorang manusia boleh dikategorikan sebagai haiwan!

Buang bayi lagi. Kes terbaru dilaporkan di Senawang dimana dalam tempoh tidak sampai sebulan ni, tiga kes pembuangan bayi dan janin telah dilaporkan. Jika haiwna pun tahu erti kasih sayang, inikan pula manusia yang diberi akal fikiran untuk bertindak. Tak akan ada alasan munasabah yang boleh diberikan sebab kesilapan itu dilakukan oleh “tangan-tangan” manusia sendiri!

Aku sempat membelek akhbar Kosmo! tadi. Kes terbaru ialah pada malam semalam apabila seorang bayi perempuan ditemui masih hidup dalam keadaan merengek dalam beg plastik sampah berwarna hitam, dijumpai di Taman Senangin, Senawang.

Inilah manusia yang berjaya UMNO-BN lahirkan sepanjang lebih 50 tahun pemerintahan mereka di Malaysia. Apalah sangat erti kes sebegini kepada UMNO-BN, tak ada maknanya sebab tak akan mengubah apa-apa pun. Bagi mereka, kes tetap menjadi kes, perlu disiasat dan jika bersalah, sabitkan kesalahan dan kenakan hukuman yang setimpal seperti yang telah ditetapkan oleh perlembagaan negara. Tak ada pun setitik dalam diri UMNO-BN untuk mengubah sistem keadilan di Malaysia kepada perundangan ISLAM yang lebih telus, adil serta menjamin hak keperibadian dan keadilan seseorang individu, tak kiralah individu itu Muslim atau pun tidak. Sebaliknya apa yang dilakukan UMNO-BN ialah memporak-perandakan sistem keadilan ISLAM dengan melaga-lagakan pemimpin tertentu supaya kelihatan seolah-olah sistem keadilan ISLAM itu tidak menggambarkan keadilan yang baik dan berterusan.

UMNO-BN seringkali berkata bahawa masyarakat bukan ISLAM susah hendak menerima hukum ISLAM. Kalau begitu, usahakanlah untuk diadakan satu dialog bagi menjelaskan kedudukan sebenar tentang keadaan dan perjalanan hukum kanun ISLAM. Jangan pandai bercakap sahaja sedangkan tak ada usaha yang dibuat, kalau tak mencuba, mana kita tahu hasilnya. Jika tak ada usaha yang berterusan, macam mana akan adanya perubahan! Harap perkara ini diambil berat terutamanya apabila Malaysia akan mendapat pengganti yang baru bagi jawatan nombor satu dalam kerajaan iaitu PERDANA MENTERI yang baru tak lama lagi...

TV3 Bersandiwara Lagi


TV3 kembali dengan agenda untuk membantu pihak UMNO-BN dengan menyalah laporkan kebenaran yang terang lagi bersuluh ke atas Pakatan Rakyat. Laporan TV3 dan tuduhan pemimpin BN terhadap calon PAS kerusi Parlimen Bukit Gantang, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bahawa beliau merampas kuasa masjid sekaligus 'mencelah' ketika majlis membaca Yassin dan solat hajat di Masjid Simpang anjuran Barisan Nasional (BN) adalah tidak benar sama sekali.

Inilah demokrasi UMNO-BN dimana pihak pembangkang tidak diberi hak atau peluang langsung untuk mempertahankan diri sebaliknya terus ditekan dengan pelbagai kritikan yang tidak masuk dek akal. Terbaru ialah, akhbar Harakah diharamkan untuk 3 bulan dan sekarang stesen TV pula membantu usaha ke arah memenangkan calon BN yang akan bertanding di beberapa Pilihanraya Kecil dalam masa terdekat ini.

Berbalik soal TV3 tadi, Dato' Seri Mohammad Nizar sebenarnya dijemput oleh imam supaya mentafsirkan ayat-ayat yang beliau bacakan selama 20 minit sebelum itu dengan diminta supaya tidak menyelitkan elemen politik sebab masjid bebas politik. Sebetulnya beliau tidak merampas mikrofon untuk berucap, cuma memenuhi kehendak imam, untuk mentafsir beberapa ayat Al-Quran selepas selesai mengIMAMkan solat.

Khabarnya, Timbalan Presiden Umno, Muhyiddin Yassin turut hadir dalam program malam itu. Nampaknya pemimpin Umno tak larat nak berdiri selama 20 minit selepas Dato' Nizar menjadi Imam Solat dan akhirnya mereka bangkang pula bila Datp' Nizar nak bagi Tazkirah berkaitan tafsiran ayat berkenaan.

Selama ini, mereka hanya tahu baca Yaasin sahaja. Bila bagi ayat lain mereka sudah ketakutan. Dato' Nizar hanya nak terangkan maksud ayat bukan nak bagi ceramah Politik. Sebenarnya merekalah yang berpolitik, kerana terang-terang anjur majlis Bacaan Yaasin dan Solat Hajat sempena Pilihanraya. Selama ini, tak pernah pun nampak muka pemimpin besar Umno kat situ. Tak pasal-pasal bila Pilihanraya mereka datang buat program Baca Yaasin dan Solat Hajat.

Eloklah baca Yaasin tu, moga dibukakan hati untuk terima kebenaran sebelum mati dan orang lain bacakan Yaasin untuk mereka pula.

Wassalam...

ROONEY diminati semua

Wayne Rooney dipilih sebagai pemain terbaik untuk England bagi tahun 2008 selepas undian dibuat oleh Persatuan Bolasepak England ke atas semua penyokong England. Semua peminat fanatik bolasepak England memilih Rooney sebagai pemain paling diminati menewaskan Gareth Barry dan Theo Walcott.

Pemilihan itu juga hadir selepas Rooney membantu kemenangan 4-0 England ke atas Slovakia beberapa hari yang lalu. Dalam perlawanan itu, Rooney menjaringkan dua gol untuk meneruskan rekod cemerlang England ke atas pasukan belasahan seperti Slovakia.

Rooney juga akan menyambut 'caps international' yang ke-50 jika diturunkan untuk perlawanan Kelayakan Piala Dunia menentang Ukraine pada pagi esok.

Walaupun dilanda pelbagai kontroversi, Rooney tetap diminati semua. Syabas!

Lawak Tak Berapa nak KELAKAR

Pilihanraya Kecil DUN Bukit Selambau akan diadakan tak lama. Bermacam ragam dapat diperhatikan sebelum proses pengundian dijalankan beberapa hari sahaja lagi. Apa yang menarik tentang pilihanraya di DUN ini ialah bilangan calon yang mengambil bahagian ialah seramai 15 orang. Ini semua dah tercatat dalam Malaysia BOOK of RECORD kerana berjaya mengadakan pilihanraya yang menghimpunkan paling banyak calon. Mungkin juga suatu rekod dunia! Selain pertandingan yang dijangka sengit antara UMNO-BN dan Pakatan Rakyat, lambang-lambang yang diguna pakai oleh kesemua calon bebas menarik perhatian umum. Apakah sebab ramai calon tersebut meletakkan diri sebagai calon, atau adakah unsur penipuan dalam pilihanraya di DUN Bukit Selambau untuk memecahkan undi?

Berikut adalah lambang-lambang calon bebas di Bukit Selambau:

Bukit Selambau @ isuhangat
R. Loganathan (lambang kelapa sawit),

Bukit Selambau @ isuhangat
Tan Hock Huat (kunci),

Bukit Selambau @ isuhangat

Radzi Md Lazim (kerusi),

Bukit Selambau @ isuhangat
Mohd Fadzil Abdul Wahab (kepala harimau),
Abdul Rahim Abu (jam loceng),

Bukit Selambau @ isuhangatL. Sarala (basikal),

Bukit Selambau @ isuhangat
A. Jayagopal (payung),

Bukit Selambau @ isuhangat
S. Moganakumar (buku),
Khamis Awang (ayam jantan),

Bukit Selambau @ isuhangatHusaini Yaacob (bas),

Bukit Selambau @ isuhangat
M. Vanesan (ikan),

Bukit Selambau @ isuhangat
Mejar (B) Anuar Abd Hamid (telefon) dan
Bukit Selambau @ isuhangatT.Chandrarajan (kapal terbang).

Apa calon pilihan anda (mengikut tahap kesukaan logo)??

p/s: saya pangkah bas sebab saya rindu sangat nak naik bas balik kampung!

Bermacam Persoalan Mengenai Najib C4

Bermacam persoalan berlegar di kepala saya tatkala menatap wajah jernih putih berseri Dato' Najib, persis pemimpin yang kononnya bersih dari segala kekotoran dan rasuah yang tidak pernah dilakukannya kot! Antara persoalan yang timbul ialah seperti berikut:
1- Kenapa Najib tidak disiasat?? (merujuk kepada kes pembunuhan Altantuya Shariibuu)

2- Kenapa Najib tidak siasat dan jelaskan bagaimana C4 boleh terlepas keluar dari kawalan tentera??? (sedangkan beliau adalah Menteri Pertahanan semasa kes itu berlaku)

3- Kenapa sewaktu YB Gobind Singh menggelar Najib pembunuh di parlimen, Najib bertindak untuk keluar dari dewan persidangan dan tidak menafikan gelaran tersebut??

4- Kenapa Najib tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap wartawan Perancis yang memberi bukti tentang kes pembunuhan Altantuya???

5- Kenapa apabila RPK memberi bukti tentang penglibatan Najib, Najib tidak disiasat dan RPK pula yang ditahan di bawah ISA??

6- Kenapa Najib berdalih kononnya beliau tidak mengenali Saiful Bukhari tetapi kemudiannya Najib mengaku beliau ada berjumpa Saiful di rumah dan pejabat TPM??

7- Kenapa Najib tidak berani dirinya dibicarakan di mahkhamah untuk membuktikan beliau tak bersalah??

Arghh!!! Pening sebab semua soalan ni takkan berjawab sebab Najib sendiri pun mendiamkan diri sahaja sekarang ini. Kalau ditanya pada budak sekolah rendah pun, pasti takkan mampu dijawab sebab diorang semua tak tahu pasal politik!

OLEH ITU, TAKKAN ADA CARA LAIN SELAGI KITA TIDAK MENGHALANG NAJIB C4 DARI MENJADI PERDANA MENTERI MALAYSIA!!!

"credit kepada: kerajaanrakyat.com"

Ahmadinejad


Siapa tak kenal pada orang di atas (yang lelaki tu)? Sila angkat tangan. Kepada siapa yang tak tahu, itulah Presiden Iran, Mahmood Ahmadinejad yang juga merupakan orang yang ditakuti oleh Presiden US iaitu Barack Obama.

Ketegasan beliau mengenai isu ISLAM dan isu nuklear menjadikan Amerika Syarikat sangat takut kepadanya. Mana ada pemimpin sembarangan dari dunia ni yang tidak takut kepada Amerika, walhal PAKLAH dan NAJIB sekalipun. Tetapi Ahmadinejad membuktikan sebaliknya.

Tapi bukan itu yang nak diceritakan. Gambar di atas menceritakan segala-galanya. Ahmadinejad ni memang tak akan bersalam dengan orang perempuan. Kan itu AURAT namanya, pada sesiapa yang tak tahu! Pemimpin kita kat Malaysia ada ke yang begitu, rasanya ada tetapi pemimpin Parti ISLAM je la kan. Mana ada pemimpin UMNO yang buat begitu. Cuba kita renungkan!

Dua Watak Berbeza


Dua watak yang berbeza. Itu yang boleh digambarkan apabila kedua-duanya bermain untuk pasukan masing-masing beberapa hari yang lalu. Tetapi gandingan mereka bersama telah mencetuskan era baru kepada dunia bolasepak England apabila kedua-duanya membantu kemenangan 4-0 England ke atas Slovakia pada pagi kelmarin (waktu Malaysia).

Sebelum itu, Wayne ROONEY dikritik hebat selepas menerima kad merah ketika perlawanan EPL antara Manchester United bertemu FOOLham beberapa hari sebelum perlawanan semalam. Gerrard pula menjadi hero di atas kemenangan 5-0 LiverFOOL ke atas Aston Villa juga beberapa sebelum perlawanan semalam.

Tetapi hakikat itu tidak mematahkan semangat juang ROONEY untuk membantu kemenangan England ke atas Slovakia semalam. Salute la buat kamu ROONEY!

"EARTH HOUR"

‘Earth Hour’ yang mula diperkenalkan di Sydney, Australia dua tahun lalu merupakan agenda penting sebagai tanda sokongan terhadap usaha untuk mengurangkan kesan pemanasan iklim di peringkat global.


Rakyat di Malaysia juga tidak melepaskan peluang untuk sama-sama membantu ke arah merealisasikan tujuan kempen yang baik seperti ini. Untuk itu, Malaysia turut bergelap malam tadi bagi meraikan Earth Hour 2009 di mana ribuan penghuni rumah dan pemilik bangunan menyertai jutaan penghuni dunia yang lain memadamkan suis lampu mereka selama sejam.

Inilah KL bila Earth Hour mengambil tempat!


SYABAS Penduduk MALAYSIA!!!

Bahaya Menyedut LEMAK!



Kegiatan menyedut lemak semakin berleluasa sekarang, terutamanya bagi golongan wanita yang ingin kelihatan ramping dan kurus. Bukan 'kurus kering'. Akhbar semalam menyiarkan seorang wanita meninggal dunia akibat dari keinginannya yang ingin menyedut lemak di bahagian badannya. Innalillah...

Kepada yang belum mencuba, janganlah mencubanya kerana risiko amatlah tinggi seperti yang berlaku ini. Saya cadangkan agar kita buat aje secara tradisional untuk nampak kurus. Pergilah jogging pada petang hari atau main futsal pada sebelah malamnya. InsyaALLAH anda akan kurus disamping menjaga kesihatan anda.

Wassalam...

Jangan Sampai jadi 'MELAYU HAPRAK'!


Ramai yang menanti kemunculan Tun Mahathir semasa pembukaan mesyuarat Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini. Tunggu punya tunggu, tak nampak pun batang hidung Tun. Apa agaknya yang memberatkan langkah kanan Tun Mahathir untuk bersama dengan sahabat-sahabat yang masih lagi mempercayai beliau dalam kepimpinan UMNO-BN. Apakah beliau masih terkilan dengan prestasi UMNO yang kekacauan dengan pelbagai isu yang membelenggu negara ketika ini. Mulalah beberapa sahabat beliau beranggapan bahawa ketidakhadirannya berpunca dari kekalahan anaknya, Dato Mukhriz kepada perasuah tersohor UMNO iaitu Khairy Jamaludin!

Rupanya beliau malu akan kekalahan anaknya kepada orang yang sudah menjadi hero dalam amalan politik wang UMNO! Beliau tidak hadir kerana Pemuda UMNO mengHALALkan permainan politik kotor dalam UMNO iaitu RASUAH. Beliau amat kecewa kerana dalam masa yang gawat ini ditambah pula dengan pelbagai isu yang menghantui UMNO, masih ada orang yang percaya kepada PERASUAH TERSOHOR UMNO. Beliau terasa amat sedih kerana masih ada lagi orang UMNO yang buta dengan memilih ketua mereka seorang yang telah didapati bersalah menggunakan wang dan sogokan dalam usahanya untuk dipilih sebagai Ketua Pemuda. Samada dia dibenar bertanding atau tidak, tidak menidakkan dianya adalah perasuah.

Rasa kecewa beliau itu merujuk kepada tindakan Lembaga Disiplin UMNO baru-baru ini yang menghalang Dato Ali Rostam dari bertanding sedangkan Khairy Jamaludin boleh bertanding seperti biasa. Walhal, kesalahan yang dilakukan adalah sama iaitu rasuah.

Cuba kita renung, apabila dua orang membuat dosa, seorang membuat dosa kecil manakala sorang lagi membuat dosa besar. Adakah yang membuat dosa besar itu sahaja dikatakan sebagai pembuat dosa, manakala yang sorang lagi ‘dilepaskan’ kerana hanya dosa kecil dilakukan? Inilah yang cuba diterjemahkan oleh Pemuda UMNO dalam Perhimpunan Agung UMNO kali ini, tak lebih dari mengHALALkan politik wang dalam UMNO-BN! Terasa malu rasanya sebagai pemuda pengdokong bangsa, ada antara sahabat-sahabat seusia saya terpaksa melalui detik-detik sukar begini demi keutuhan sesebuah parti yang katanya memperjuangkan kepentingan Melayu sejagat. Janganlah kita dikatakan sebagai ‘MELAYU HAPRAK’ oleh bangsa lain, barulah kita nak bangun dari lena yang sepi! Tepuk dada, tanyalah IMAN anda!

Tun Mahathir juga melahirkan rasa terkilan kerana ini adalah sejarah baru dalam UMNO kerana tidak pernah terjadi orang yang dikenali dan diakui umum sebagai perasuah oleh Lembaga Disiplin, oleh parti dan oleh orang ramai dipilih dan dijunjung tinggi sebagai ketua. Ini juga merupakan World Record dalam dunia rasanya! Tetapi inilah yang dilakukan oleh Pemuda UMNO yang dahulu terkenal sebagai barisan hadapan dalam perjuangan UMNO, sekarang dikenali sebagai Barisan Rasuah UMNO!

Kemenangan Khairy baru-baru ini juga menimbulkan rasa hairan kerana untuk mengira hanya 790 undi mengambil masa lebih dari enam jam? Ini menjadi persoalan kepada sebilangan ahli UMNO yang menunggu penuh debaran bagai menunggu jatuhnya ketibaan Hari Raya Puasa! Apakah pengira undi tidak tahu kira? Atau apakah sesuatu sudah diusahakan untuk menjayakan agenda politik menantu kesayangan Perdana Menteri ini. Ini juga merupakan alasan yang menghakiskan lagi kepercayaan rakyat kepada UMNO.

Manchester United pasti bangkit

Kekalahan demi kekalahan tidak mematahkan semangat juang tinggi pemain Manchester United untuk menjulang trofi Liga Perdana Inggeris. Apa yang berlaku bakal dilupakan apabila MU menentang Aston Villa minggu hadapan dalam misi menebus kehampaan selepas dua siri kekalahan memalukan di tangan LiverFOOL dan FOOLham beberapa hari yang lepas!



MANCHESTER UNITED WILL FIGHT TO THE FINISH!!!



Pelari ISLAM

Kadang-kadang orang ramai terfikir, bila Pakatan Rakyat memerintah nanti(INSYAALLAH), apa akan terjadi kepada dunia hiburan dan dunia sukan. Dunia sukan, terutamanya untuk atlet-atlet wanita yang sememangnya mendedahkan aurat mereka di khalayak ramai. Gambar di bawah memberikan contoh kepada gambaran sebenar tentang hak ISLAM untuk tidak sewenang-wenangnya menafikan hak orang awam untuk bersukan!


-Pelari Bahrain, Ruqaya Al Ghasara-

ISLAM itu mudah kan..?Tak susah untuk mengamalkan apa yang benar dan menolak segala larangan ALLAH. Tepuk dada, tanyalah IMAN anda. Jika hati mengatakan benar, berserahlah kepada ALLAH agar apa yang dilakukan menurut perintah-Nya...AMIN!

UMNO Pengecut Bila MengHARAMkan Harakah!

Tidak dapat nak digambarkan betapa aku bersabar menunggu masa yang sesuai utk menulis mengenai perihal kebinatangan UMNO-BN terhadap Pakatan Rakyat beberapa hari kebelakangan ini. ALLAH sahaja yang tahu betapa hati ini sedih bila mana akhbar kebenaran Malaysia, Harakah dan Suara Keadilan digantung dari menjalankan tugasnya seperti biasa. Kementerian Dalam Negeri (KDN) menggantung permit akhbar Harakah
dan Suara Keadilan selama tiga bulan. Dan ia disahkan Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Syed Hamid Albar. Rupanya,pemikiran UMNO-BN lebih takut pada Harakah daripada berdepan dengan Pakatan Rakyat di Mahkamah Malaysia..Inilah demokrasi UMNO-BN namanya!

Sambil merenung dalam-dalam ke putih anak mata, aku tertanya-tanya apa dosa, apa musibah yang menimpa? Tidak cukupkah lagi dengan pelbagai asakan hingga kali ini terusik periuk nasi. Dimana suara pembangkang hendak dilemparkan??? Dimana letaknya demokrasi berparlimen yang diagungkan oleh pejuang MELAYU dalam UMNO???Kalau salah bawalah ke mahkamah dan bukannya menggunakan kuasa yang diberi pinjam rakyat
melalui pilihan raya bagi menghukum pihak lain.

Tahukah kamu wahai UMNO, tindakan ini secara tidak langsung merupakan 'pengakuan kalah' kerajaan Barisan Nasional (BN) yang mempunyai media arus perdana seperti TV1, TV2, radio, akhbar dan stesen televisyen swasta tetapi tidak mampu untuk memulihkan imej BN dan Umno yang semakin buruk di mata rakyat yang senantiasa mendapat maklumat tepat dan benar
daripada akhbar pembangkang seperti Harakah dan Suara Keadilan! Jika benar terdapatnya laporan yang salah dalam Harakah atau Suara Keadilan, pihak yang berkenaan perlu mengambil tindakan undang-undang. Bukan secara membabi-buta mengharamkan akhbar tersebut! Nampak sangat UMNO-BN dah tahu dari awal yang tindakan mereka adalah salah. Kalau benar, mereka dah berani menyaman Harakah dan Suara Keadilan di mahkamah agung Malaysia!

Untuk memuaskan nafsu serakah UMNO-BN, aku mencadangkan agar UMNO-BN yang menguasai kerajaan sepatutnya meminda sahaja Akta Pertubuhan dan meletakkan pendaftaran parti politik di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri. Dengan kata lain, tak memadai dengan hanya mengHARAMkan Harakah dan Suara Keadilan. HARAMkan juga PARTI ISLAM SEMALAYSIA dan Pakatan Rakyat kalau benar-benar mahu memusnahkan institusi demokrasi ciptaan UMNO. Selagi parti politik bernama pembangkang wujud, maka selagi itulah parti yang menguasai kerajaan terpaksa menghadapi macam-macam soalan yang ditimbulkan selain daripada terpaksa bersaing untuk mendapatkan sokongan dan pengaruh.Oleh yang demikian, maka menjadi tanggungjawab besar kepada pembaca dan pelayar internet ataupun blogger khasnya yang prihatin kepada perjuangan Pakatan Rakyat selama ini untuk mengedarkan maklumat dan laporan di internet kepada umum.

Buat Harakah dan Suara Keadilan, kamu tidak keseorangan selepas ini kerana para bloggers akan terus membantu usaha menjatuhkan UMNO-BN dari memerintah Malaysia yang dicintai!

Sedarlah kamu wahai UMNO-BN, tindakan menggantung Harakah dan Suara Keadilan bukan bererti Pakatan Rakyat akan berkubur untuk selamanya. Tetapi, ianya menjadi azimat dan bekalan yang amat tinggi untuk semua para blogger di seluruh Malaysia mengerahkan keringat membantu kempen Pakatan Rakyat untuk Pilihanraya seterusnya. Awas kamu UMNO-BN!

Salam Blogger buat Tuan Guru!

Tahniah dan syabas kepada Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat saya ucapkan di atas lahirnya wadah perjuangan terbaru Tuan Guru iaitu blogtokguru.com. Semoga semua usaha ke arah memartabatkan ISLAM di muka bumi ini mendapat restu yang paling tinggi dan paling mulia disisi ALLAH. Tahniah Tuan Guru!

Berikut adalah serba sedikit latar belakang Tuan Guru Nik Aziz.


Nama : Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Tarikh Lahir : 1931
Tempat lahir : Kampung Pulau Melaka,Kelantan.
Pengajian : Pondok Tuanguru Hj Abbas, Besut. Universiti Deoband India. Universiti Lahore Pakistan. Universiti Al Azhar. Sarjana Muda bahasa Arab. Sarjana Perundangan Islam.

MEMBANGUN BERSAMA ISLAM!!!

Khairy Menang Ketua Pemuda UMNO

Satu lagi malapetaka buat rakyat Malaysia apabila Khairy Jamaludin telah diumumkan sebagai Ketua Pemuda UMNO yang baru menggantikan Dato Hishamudin Onn dalam pemilihan UMNO tadi. Aku tak nak tahu siapa yang menjadi Ketua Puteri UMNO atau siapa yang menjadi Ketua Wanita UMNO sebab semua tu tak penting dalam kamus hidup aku. Wanita hanya sebagai sayap perjuangan sahaja sedangkan Ketua Pemudalah yang bakal mencorakkan halatuju arus perjuangan muda-mudi sekarang. Ternyata, pemergian PAKLAH HADHARI sebagai melepaskan jawatan selaku Pengerusi UMNO tidak ditinggalkan kosong. Beliau menempatkan penggantinya yang bukan calang-calang orang dan yang bakal menjadi PM satu hari nanti.

Alasan aku mengatakan malapetaka buat rakyat Malaysia ialah kita akan tunggu sahaja apa akan berlaku kepada rakyat di Malaysia ini apabila seorang yang dianggap perasuah telah menjadi Ketua Pemuda UMNO. Macam mana hal ini boleh berlaku. Seorang yang dipalitkan dengan kesalahan rasuah masih boleh diangkat sebagai Ketua sesebuah organisasi. Mana letaknya akal fikiran orang-orang UMNO ni?

UMNO memang begitu selamanya...betul bak kata Dr. Mahathir,RASUAH telah memakan diri UMNO sendiri sedangkan UMNO masih bergelut dengan kepiluan yang menyelubungi mereka sebaga reaksi kepada peristiwa kekalahan memalukan dalam pilihanraya yang lalu.

TUMBANGKAN UMNO DALAM SEMUA PILIHANRAYA SELEPAS INI!!!