Juara Piala Malaysia 2010


Tahniah la buat semuo ore-ore Kelate!!!
Demo maen sungguh ati male marin.
Saboh la demo buleh mene pong.
Hehe.

Ternyato pasuke demo meme hebat la.
Kawe terkesima duk tengok pasuke demo main semale.
Mace mainan di Liga Inggeris.
Walopon keno tinggal se kosong...
pasuke demo tetap lawan.
Sapa buleh mene 2-1.

Tapi pemain hok sumbat gol tu ore ganu jgok.
Jadi ore ganu pon dapat namo la sikit-sikit.
Hehe.

Ini akibat terlalu sokong Kelate.
GOMO Kelate GOMO!

Fenomena MaherZain!


Sape Maher Zain ni? Saya yang tanya dan saya akan jawab sendiri. Dia merupakan seorang rakyat Lubnan. Namun pada usianya 8tahun, dia dan keluarga telah berpindah ke Sweden dan proses pembelajaran Maher Zain pun beralihlah ke Sweden. Ketika usianya 10 tahun, dia telah mendapat keyboard pertamanya yang merupakan inspirasi untuknya bermain muzik. Dia juga merupakan Sarjana dalam bidang Kejuruteraan Aeronautik. Bukan calang-calang orang nih!

Sejak dua menjak ni, orang Malaysia macam dah gila dengan fenomena nasyid dari Maher Zain. Ermm... Termasuklah saya sebenarnya. Lagu-lagu yang dibawa sangat berkesan dalam jiwa masyarakat kita ni, selain dari susunan rentak nasyidnya yang menarik. Kebanyakan remaja Islam mengenali Maher Zain ni. Bila ditanya,"kenal tak Maher Zain"...pasti mereka jawab "Mesti la!"..

Beberapa minggu sudah, banyak konsert Maher Zain dibuat di Malaysia. Tapi kerana harga tiket teramat mahal dan kesuntukan masa, tak dapat turut serta.

Sebenarnya, sejak dua tiga menjak ni juga saya sangat mudah untuk tidur bila mendengar lagu Maher Zain ni. Mulanya tak sedar kenapa mudah sangat nak tidur malam. Dua tiga hari ni baru perasan akan perubahan ni. Sebab setiap malam sebelum tidur, lagu Maher Zain nilah akan mengulit diri. Mujarab juga ubat tidur malam ni.

Jadi, kalau ada yang susah sangat nak tidur malam tu, cubalah cara saya ni. Namun terdapat lagi sebenarnya cara yang memudahkan kita untuk tidur seperti ambil wudhuk, selawat, mendengar alunan Al-Quran dan memaafkan kesalahan orang...

Selamat mencuba di tempat tidur masing-masing.

Terima kaseh kak syamila

Hari ni sebenarnya dugaan teramat sangat kepada blog ni.
Hampir-hampir hilang kesemua file-file penting dalam blog nan satu nih.
Apalagi kalau suka sangat memandai buat itu ini.
Edit sana edit sini.
Tak tanya orang dulu.
Sebab tak rugi pun kalau bertanya.
Orang tak bertanya ni yang biasa sesat jalan.
Akhirnya, puncak permasalahan ialah
kesemua senarai blog politician asal hilang kerana kecuaian sendiri.

Tapi terima kaseh yang tak terhingga kepada kak syamila.
Rakan blogger baru yang tolong atasi masalah ni.
Walaupun tak dapat kembali file asal tu.
Namun jasa kak syamila ni bukan kosong.
Kak syamila sanggup tolong buat template baru untuk blog ni.
Dia ajar cara nak buat scroll pada sidebar yang berlambak tuh.

Terima kaseh yang tak terhingga...
Jasa akak dikenang selamanya!
Arigato...

HPA 'Mai Secawan'



Alhamdulillah, dah lama rasanya nak buat mende ni. Tadi berkesempatan juga buat fan page tentang apa yang saya join dan usahakan selama. Cuma cara dan kaedahnya tak tahu. Tapi semalam terskodeng satu entry dari ciktom iaitu sahabat sekolah rendah dahulu mengenai cara membuat fan page pada blog.

Dalam masa tak sampai 5minit, siap juga fan page tu. Mula-mula tu ciktom ada tanya, awak nak buat blog awak ni private atau open. Kalau nak buat private kenalah letak password atau email login supaya setiap yang masuk kena login dulu dan segala yang saya tulis hanya orang2 berkenaan sahaja yang dapat baca dan tengok. Kalau nak buat open, takapalah. Semalaman pikir, akhirnya saya kata terpulanglah. Terima seadanya, kalau ada yang sudi baca blog ni, bacalah.Tapi saya tak suka nak promote-promote ni. Leceh sebab kena jadi blogger tegar untuk lakukan semua ni. Sesiapa boleh baca blog ni walaupun kadang-kadang ada terpikir juga yang blog ni dah macam diari je.

Ciktom ni memang banyak membantu dalam penerbitan fan page tu. Fan Page tu ade di sebelah. Namanya Herba Penawar Al-Wahida. Kalau nak tahu lanjut, klik je pada logo HPA tu.

sekadar perkongsian...


Salam...ni sebenarnya catatan asal dari sorang rakan blogger iaitu shahredza. Kelmarin sebenarnya saje-saje je singgah kat blog dia. Terbaca satu perkongsian yang rasanya sangat berguna untuk ditonton semua.

Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.Bayangkan benda ini berlaku pada anda.Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah.Tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam..Tak nampak apa cuma dua biji mata dan membawa mesin gun...lalu salah seorang lelaki tu bertempik "

"Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu"Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri....


Daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 40 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Imam tu.Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata:


"Ok Pak Imam, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Imam mulakan sembahyang Jumaat"Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah..


Bagaimana? Adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas. selain terhibur?Muslimin, Muslimat.Fikirkan sebentar

"Lawak kan, dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 40 yg betul-betul BERIMAN"

"Lawak kan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya...kedua lelaki hanya membawa mesin-gun.dia tak kata pun nak bunuh..tapi generasi skrang..amat lemah..baru kena ugut terus lari lintang pukang..lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi"

"Lawak kan, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. tu pun bila time sembahyang jumaat..tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje..bile time sembahyang raya"

"Lawak kan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al Quran"

"Lawak kan, berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia"

"Lawak kan, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAH alahai..tak cukup masa"


Catatan ni kelihatan biasa. Tapi jika betul-betul berlaku, saya yakin tak ramai umat Islam sanggup berdiri bersama-sama di dalam masjid mempertahankan ISLAM ALLAH!!!

MFI oh MFI...


Inilah tempat saya belajar, Malaysia France Institute. Saya tak malu belajar disini, sebab ada yang kata belajar kat IPTS ni kurang bermutu. Susah dapat kerjalah, itu ini...bla bla bla. Saya bangga menjadi pelajar MFI. Ada pelajar lain kata, MFI ni ialah Mother Father Institute atau dalam melayunya Mak Ayah Institute. Ada yang kata Money First Institute atau Duit Dulu Institute. Ada yang lebih kasar kata Mother F**ker Institute. Ini lucah la. Tapi tu hanya ungkapan seseorang. Mungkin ada sebab tersendiri mereka berkata sedemikian. Bagi saya, inilah tempat saya menimba ilmu sedalam mungkin dan tak lama lagi saya akan grad disini. InsyaAllah.

Kenapa saya tulis pasal MFI ni??? Banyak masalah MFI ni yang tak dapat diselesaikan dan pelajar pun kadang-kadang pendam saje. Tiada tempat mengadu ke atau tak tahu. Entahlah, rasanya borang aduan berlambak kat bahagian admin tu. Mungkin pelajar malas nak menulis pada surat aduan tu sebab leceh kena tulis nama dan nombor student. Nanti mesti pihak pengurusan akan cari student yang menulis aduan tu. Saya sendiri pun tak sanggup. Lagilah panjang ceritanya. Tak dinafikan Majlis Perwakilan Pelajar(MPP) atau JPP memang ok. Tapi bila mengadu pada MPP ni, masalah akan hanya tergantung di pihak pengurusan. Biasanya tiada penyelesaian walaupun MPP ni dah buat tindakan susulan. Ini bukan saya yang cakap, orang MPP sendiri yang bagitahu.

Ada la satu masalah minggu ni. Masalahnya kalau dilihat terlalulah kecik. Tapi saya ambik perhatian masalah ni sebenarnya tak kecik. Mungkin ada yang terlepas pandang atau saja buat taktahu. Masalah ni kat bahagian pengambilan slip exam. Memang tak sistematik cara pengambilan slip tu. Sebelum mengambil slip, pelajar perlu tandatangan pada satu bahagian yang mengesahkan mereka dah ambil slip exam. Jarak kaunter tu jauh sedikit dari pintu utama dan terletak dalam sebuah bilik. Jadi pelajar yang datang akan dipanggil oleh pegawai bahagian tu supaya tandatangan dahulu sebelum ambil slip. Bayangkan kalau seribu pelajar yang datang pada waktu yang berlainan dan pegawai tadi terpaksa melambai dan memanggil sebanyak seribu kali setiap student tu.

Saya panjangkan masalah ni dengan menulis satu komen kat facebook. Selang beberapa jam, telefon saya berbunyi. Ingatkan panggilan dari tempat praktikal yang saya tunggu-tunggu, rupanya panggilan dari pihak MFI yang bertanya kenapa saya tulis komen sedemikian. Pegawai MFI tu tanyalah pada saya kenapa tulis komen begitu. Saya pun teranglah yang saya kesian tengok pegawai bahagian pengambilan slip tu. Pegawai yang telefon tu semacam marah je dengan komen yang saya tulis. Mungkin tak patut komen tentang MFI ni kat facebook. Memalukan saje. Tak mengapalah. Saya mengaku kesilapan saya.

Keesokannya, sorang kawan suruh temankan dia pergi ambil slip. Apa yang berlaku ialah, bahagian pengambilan slip tu dah nampak sistematik. Memang sistematik sangat-sangat. Pegawai bertugas dah tak perlu melambai atau memanggil pada pelajar untuk tandatangan sebab kaunter tu dah berada betul-betul depan pintu utama bahagian pengambilan slip tadi. Pelajar yang datang pun memang faham la untuk tandatangan dulu sebelum ambil slip exam. Saya tak tahulah kenapa jadi begitu tapi saya agak, mungkin ni sebab komen saya pada facebook tu kot.

Memang lawak la. Tapi ni hanyalah secebis dari pelbagai masalah kat MFI ni. Saya tak salahkan sape-sape. Tapi prihatin itu tanggungjawab bersama walaupun kadang-kadang pelajar terpaksa membisu kelu tanpa tahu nak tuju pada siapa setiap masalah berbangkit.

jeans dan wanita

Saya ada seorang kawan...namanya Encik N.
nama panjang tak boleh bagitahu.
tapi kami kawan rapat la...

Dia ni ada satu prinsip dan falsampah dalam hidupnya.
Dia tak suka perempuan pakai jeans.
Pelik ke, rasanya tak pelik.
Sebab perempuan memang tak elok pakai jeans pun.
Nampak benjol kat merata tempat.
Kalau lelaki takapalah...nampak ketul-ketul je.
Melambangkan kami ni kaum Adam yang kuat..hehe.

Bila ditanya kenapa,
Encik N ni jawab memang tak boleh tengok perempuan pakai jeans!
Berbulu bijik mata aku ni...katanya la.

Ada betul juga tu...
Dan pernah juga saya minat kat sorang awek pakai jeans ni...
Cerita dulu-dulu la...
sekarang dah insaf...
Encik N kata...
buat apa minat perempuan gitu?

Renung2kan...

praktikal...

Syukur padaMu Ya Allah.
Kalau tak bersyukur tanda kita tak berterima kaseh padaNya,
tuhan yang menjadikan segala ketetapan untuk hamba2Nya.

Alhamdulillah sekarang dah dapat dua tempat praktikal.
Rezeki yang Allah bagi ni kadang-kadang banyak.
Kadang-kadang juga rezeki ni lambat kita dapat.
Semua nilah dipanggil ketetapan dariNya.

Tapi dah dapat dua tempat praktikal,
susah pula nak buat keputusan.
Satu kat Penang, satu lagi kat negeri sendiri.
Dulu bila lambat dapat tempat praktikal,
selalu sangat merungut.
Sekarang dah dapat, rasa susah pula nak buat keputusan.

Moga solat istikharah lepas ni dapat meneguhkan tekad di hati.
Moga pilihan yang dibuat nanti diberkatiNya.
Ameen.

MaNcHeStEr UniTeD....kami satu!


Pergi mana-mana mesti ada yang tanya, kamu team mana?
Dulu tak biasa dengan soalan macam ni,
dan kadang-kadang tersasul juga bila menjawab.
pernah jawab Terengganu atau T-Team.
walaupun itu juga jawapan, tapi bukanlah jawapan sebenar.
Tapi sekarang dah mula faham.
Kalau ada yang tanya begitu...
maknanya tak lain selain Liverpool, Arsenal, Chelsea atau MaNcHeStEr UniTeD!

Saya dan Manchester United...
tak payah nak tipu la...
saya pun takkan tipu sebab saya memang suka MU.
biarlah orang nak kata apapun.
pasukan setan ke....itu ke..ini ke.
apa yang penting selain kerjasama,
saya tak ikut setan sebab MU hanya sebuah team bola.

Baru-baru ni gempar dengan cerita Rooney nak lari.
Tapi saya ni cool saje, tak mudah percaya.
dan tak mudah melatah.
Tak mungkin beliau nak lari, sebab tu gosip liar je.
Tapi kalau beliau lari, saya pun lari...haha.

Ada yang tanya, apelah sangat dengan MaNcHeStEr UniTeD tu...?
Kalau nak tahu kenapa...
baca disini-->KENAPA SAYA SUKA MaNcHeStEr UniTeD!

SafeWalk...

Qaseh Nur Balqis!


Sape Qaseh Nur Balqis ni?
Teman Wanita saya ke...
Hehe.

Inilah cucu sedara saya yang ke-8...
iaitu anak kepada anak sedara saya yang tinggal di Pahang.
Selamat lahir pada 14 Oktober 2010 yang lalu, pukul 5pagi waktu Malaysia.
Dah lama lahir, tapi baru dapat gambar ni tadi.
Gembiranyewwwwwwwwwww!!!

Alhamdulillah..
selain bertambahnya rakyat Malaysia...
bertambah lagi keturunan dan umat Rasulullah di dunia ni.
Syukur...
Ameen.

Islamic Festival Fashion (IFF)

Sungguh memalukan.
Rasa sungguh terhina dengan perbuatan sebegini.
Sanggup membogelkan pakaian MUSLIMAH Malaysia dan Indonesia.

Malas cerita panjang-panjang.
Inilah hasil naungan isteri PM ni...
sempena Islamic Festival Fashion (IFF) baru-baru ni.

Namun apa yang menyedihkan ialah...
kenyataan Ustaz Fathul Bari yang kononnya Ulama UMNO tu...
Melalui Malaysiakini,
Fathul Bari berkata, pembangkang sengaja membesar-besarkan isu itu sambil meletakkan sepenuhnya kesalahan atas bahu Rosmah tanpa menyiasat terlebih dahulu perkara itu. "Sepatutnya bantahan itu ditujukan kepada penganjur sedangkan beliau (Rosmah) penaung semata-mata" .

Nama saje Ulama...tapi tak tahu nak bezakan penganjur dengan penaung.
Kalau tiada penganjur, tiadalah penaungnya!
Ulama muda Umno tu seakan cuba membersihkan Rosmah yang menaungi penganjuran itu agar kesalahan itu ditanggung oleh penganjur.
Datin Seri Rosmah Mansor sebagai penaung yang hadir dalam majlis tersebut mesti bertanggungjawab, memohon maaf, bertaubat dan tidak mengulangi kesilapan tersebut.


Sering kali orang pertikai kenapa kita membantah perkara mungkar sebegitu, kenapa tidak tanya dulu penganjur dan penaungnya? Kalau kita tanya kembali masa putuskan (untuk) menganjurkannya mengapa tidak tanya Ulama dahulu? Sepatutnya sebelum buat kena tanya dulu, bukan dah buat orang kena tanya mereka (penganjur dan penaung) mengapa mereka buat.


Wallahua'lam....

saya di tag!

Apa yang dimaksudkan dengan saya di tag ni?
saya sendiri pun tak tahu...
Ciktom telah suruh saya jawab tag beliau pada blog ni.
Sebenarnya tak tahu macam mana cara nak jawab tag ni.
Tapi cuba jugalah sebab ni first time menjawab tag..hehe.

Jawapan warna HITAM adalah jawapan ciktom...saya punya warna MERAH.

  1. Anak perempuan sulung. - Anak bongsu dari 7 adik-beradik.
  2. Sayang family sesangat! - Teramat sayang akan family.
  3. Suka tomato. Jangan lupa trademark - Suka tomato setelah diperkenalkan dgn jus tomato oleh ciktom.
  4. Besday 22 November. Sila la wish next month ek ;) - Besday 7 Januari, tapi tak pernah sambut!
  5. Umur rahsia sebab dah tua ;D - Umur 24tahun...syukur masih dipanjangkan lagi usia untuk terus membuat amal kebajikan.
  6. Alergik seafood but my fevret - Suka sangat seafood!
  7. Seorang yang keras kepala+degil - Suka bertolak-ansur sebab malas nak gaduh2.
  8. Cepat hot but also cepat cool - Dulu cepat juga baran, tapi sekarang dah berjaya kawal. Mungkin usia yang mematangkan diri.
  9. Perahsia - Memang setuju sangat2..PERAHSIA!
  10. Agak pemalas - Saya juga malas...sikap manusia biasa.
  11. Suka nangis time tidur - Kwn2 cakap...saya suka bercakap masa tido. Apekah???
  12. Tak berapa pasti bab cinta - Cinta perlu dicari cuma kaedah dan pelaksanaannya kena betul. Moga Allah temukan cinta sejati nanti.
  13. Anak jati terengganu - Juga anak jati Terengganu.
  14. Dilahirkan dan dibesarkan di terengganu - Juga dilahir dan dibesarkan di Terengganu.
  15. Ada mix chinese - Takde mix mana2 rasanya...erm, Eskimo kot.
  16. Penggangur tegar - Masih student...sampai mati pun kena belajar.
  17. Study kimia+biologi tapi tak berapa minat - Kimia best, tapi biologi tu mmg susah.
  18. Suka programming C++ tapi pernah belajar basic je - Terlalu BENCI akan programming, PENING!
  19. Tak pernah belajar di tadika/taska/pasti or seangkatan dengannya - Pernah masuk PASTI.
  20. Pernah kena tampar dengan cikgu - Juga pernah kena tampar oleh ustaz, tapi salah faham je.
  21. Ada yang cakap comel cam hamster (means gemuk kot) - Saya takhensem, dahlah GEMOK!
  22. Nak diet dapatkan berat 45 kg. Lalala~ - ON DIET...dulu 86kg, sekarang dah turun 66kg.
  23. Rasa rindu kat someone - Rindu kat arwah makayah je, kalaulah mereka masih hidup. Tapi rindu juga pada si dia yang buat tak endah je.
  24. Suka berblog - Suka juga berblog...apa2 mesti mengadu pada blog.
  25. Ada kerja kosong tak? Eh ni kira tak?haha ;P - Harap2 boleh dapat kerja tetap...Ameeen.
Ni saje yang mampu dijawab wahai ciktom...
Mohon maaf kalau salah..hee.

Assignment paling tebal!

Jam: 3pg.
Tempat:Meja studi, umah sewa Bangi.

Alhamdulillah...siap juga assignment ni.
suatu rekod tercipta tadi...
rekod membuat assignment paling tebal...
kalau diikutkan, dah boleh ambik Phd ni.

Teng teng teng!!!
Inilah assignment yang dimaksudkan...


Berapa mukasuratnya, tidaklah diketahui.
Sebab malas nak bilang sebenarnya.
Tapi inilah assignment paling tebal...
pernah dibuat dalam hidup.

Apapun, assignment ni dah siap.
Sekarang masa untuk tidur.
Selamat malam.

Bismikallah Hummaahya' Waa'mut...

Tumblr.com

Apa mende Tumblr.com ni???

Tadi saje-saje kacau blog cik Tasha.
Terjumpa sejenis lagi anak-beranak blogspot ni.
Bunyinya pelik dan menyebutnya juga seakan pelik.
TUMBLR.COM.

Jadi tanpa membuang masa....
Teruslah membuat akaun di situ...
Memang lain TUMBLR.COM ni...

Ini TUMBLR saya --> http://seepot.tumblr.com/

Baring ketika azan

Tak tahu apa nak ditulis sebenarnya. Tapi tetiba je teringat kenangan zaman sekolah agama dulu. Kenangan 5 tahun tinggal di hostel. Kenangan 5 tahun duduk berasingan dengan arwah makayah. Kenangan 5 tahun berdikari, itu yang lebih penting.

Tadi sebenarnya tengok tv. Lepas tu azan. Lepas tu terus baring. Semacam dah jadi tabiat bila dengar azan mesti nak baring. Automatik je tabiat ni. Tetiba je teringat. Kalau masa kat hostel dulu, sape-sape yang tidur atau tak bangun semasa azan, mesti kena rotan oleh ustaz. Pernah la juga kena marah tu, tapi taklah sampai kena rotan macam kawan-kawan yang lain. Nakal sikit je.

Tapi dah dewasa ni, susah nak amal apa yang kita dapat masa sekolah dulu. Walaupun sebenarnya memang tak elok tidur semasa azan ni. Orang tua dahulukala pernah kata, jenazah kita akan jadi berat sebab tak endahkan azan ni. Walaupun ni bukan hadis dan tiada nas menyatakan larangan ni, larangan ni sebenarnya nak menyatakan bahawa pentingnya menghormati azan.

Harap-harap dapatlah ubah tabiat ni sikit-sikit...Tak baik jika tabiat ni berterusan sepanjang hidup.

XPDC Gunung Nuang


Agungnya ciptaanMu Ya Allah...
Terpukau hati dikala melihat kebesaranMu...
Tuhanku Yang Maha Kaya...
Engkaulah pencipta segala keagungan dunia ini.
Betapa indahnya pesona alam...
Bila berada di atas puncak kenikmatan...
Yang pertama kali dialami...
Terpegun melihat keajaiban dunia ciptaanMu.

Kesempatan naik ke puncak tertinggi di Selangor ni...
Sempatlah digunakan untuk menghayati keagungan Allah...
Pertama kali naik ke gunung,
perasaan bercampur antara suka dan kagum.
Suka melihat alam semulajadi dari tempat luarbiasa...
Kagum kerana ciptaan Allah sungguh menakjubkan.

Jumaat(15 Okt)
11.00mlm-bertolak ke kaki Gunung Nuang.
12.45tghmlm-sampai di kaki Gunung Nuang & tidur di rumah sementara.
Sabtu
(16 Okt)
7.40pg-sarapan & bergerak ke Kem Lolo.
9.20pg-sampai di Kem Lolo, berehat & berkhemah.
Ahad
(17 Okt)
3.30pg-Qiamulail.
4.00pg-bergerak ke Kem Pacat.
5.45pg-sampai di Kem Pacat, berehat & solat subuh.
6.25pg-bergerak ke Puncak Pengasih.
8.10pg-sampai di Puncak Pengasih & berehat.
8.20pg-bergerak ke Puncak Gunung Nuang.
8.50pg-sampai di Puncak Gunung Nuang, berehat & bergambar.
9.50pg-turun dari Puncak Gunung Nuang.
12.30tghari-sampai di Kem Lolo & berehat.
2.35ptg-turun ke kaki Gunung Nuang
4.20ptg-sampai di kaki Gunung Nuang & berehat
5.10ptg-bertolak pulang.

Memori indah selamanya...
Mendaki Gunung Nuang!!!

menjaga kesihatan diri

Hari ni terlalu sibuk.
Semuanya untuk menyihatkan diri...
dan menghindarkan penyakit yang ada pada diri ni terus berlarutan.
Sebenarnya dah lama dua perkara ni nak dibuat.
Tapi sibuk, esiment, kelas, malas dan lain-lainnya...
mengganggu diri.
Akibatnya hari ni sudah terlaksana dua perkara ni.

1.BEKAM-rawatan membuang darah kotor di badan dan ini juga ialah rawatan sunnah nabi.

sebelum rawatan...

semasa rawatan...

selepas rawatan...

Selepas BEKAM ni, barulah kita boleh tahu apa jenis penyakit yang kita ada.
Walaupun kita nampak sihat, tetapi melalui bekam kita boleh tahu serba sedikit tentang masalah kesihatan yang kita alami sebenarnya. Inilah masalah yang dialami oleh diri saya...kurang darah rupanya. Jadi lepas ni kena makan sebanyak mungkin.

2.Mengurut
Ini perkara biasa yang dibuat oleh manusia normal. Mengurut sangat perlu untuk melancarkan perjalanan darah di badan. Tapi ini bukan mengurut biasa. Ini mengurut luar biasa.

IMMEC 2010


Petunjuk dan ketetapan Allah itu nyata.
Tiada siapa dapat halang, sekat atau tangguhkan.
Semuanya dalam Qada' dan Qadarnya.
Kita insan yang lemah hanya mampu bersedia menghadapi apa sahaja.

Ini mungkin petunjuk dari Ilahi atas apa yang berlaku hari ni.
Perkara yang tidak disangka-sangka.
Menjadi realiti akhirnya.
Mungkin ni petunjuk yang dimaksudkan.



Setelah letih berjalan di Muar kelmarin.
Asalnya pergi untuk memetik hasil buah dari kebun.
Malangnya, buah di kebun habis dicuri orang.
Kami pulang hampa bercucuran airmata.
Terpaksa beli buah di pasar malam sebagai cenderehati...
untuk Pameran IMMEC 2010 tadi.

Semua tu rupanya dugaan Allah...
untuk membuahkan kami kemenangan penuh bermakna hari ini.
Syukur padaMu Ya Allah.

Bangi-N.Sembilan-Melaka-Johor



Jauh berjalan luas pengalaman...
Jauh berjalan banyak letih...
Jauh berjalan habis banyak duit...
Jauh berjalan nanti sesat....

Hari ni sampai juga ke Melaka dan Johor...
Dua buah negeri ni melengkapkan 12 buah negeri semenanjung...
yang berjaya dironda sepanjang hayat hidup ni...

Pergi bukan untuk ronda-ronda pada asalnya...
tapi menyiapkan tugasan penting...
sempena Innovation Mgt Mini Exhibition & Competition (IMMEC)...
pada esok hari di MFI.


Asalnya perancangan untuk siapkan tugasan..
tapi alang-alang dah ada di Johor...
jadi dapatlah ronda-ronda sikit..
dapatlah rasa keenakan Mee Bandung Muar.
Namun tugasan tetap siap...
seperti yang dijadualkan.


Apa yang lebih pilu apabila dapat tengok sendiri...
tempat kejadian tragedi 10.10.10 tu...
tempatnya masih lagi ada kesan perlanggaran..
dapatlah lihat beberapa anggota polis dan lain-lainnya...
sedang membuat siasatan lagi.
Rasa meremang bulu roma bila lalu kawasan tu.
teringat gambar mangsa-mangsa kejadian yang cukup memilukan.
Nauzubillah...

Yang baik jadikan teladan...
Yang buruk sama-sama jadikan sempadan garis panduan.

tragedi 10.10.10

Allah Yang Maha Esa boleh menentukan apa sahaja...
Dia boleh melakukan apa sahaja yang diingini...
semua kehendakNya adalah betul dan sedikitpun tidak melencong dari tujuan asal...
menguji manusia sebagai hambaNya yang terpilih.
Itulah sebenarnya kuasa yang dimiliki tuhan semesta alam ini...
ALLAH Azzawajalla...

Semalam rasanya riang dan gembira menulis tentang uniknya tarikh 10.10.10...
Bermacam gaya dan ragam manusia menyambutnya...
Ada yang mengabadikan kenangan tarikh tu...
sebagai hari kawen atau bertunang...
Ada yang menyambutnya bersama ahli keluarga..
dan lain-lain.

Hari ni rasa cukup terkilan...terguris...sedih...kecewa...marah.
Semuanya berkaitan dengan tragedi menyayat hati...
yang berlaku di Kilometer 223 Lebuh Raya Utara-Selatan...
berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat, Alor Gajah, Melaka.

Apa yang boleh dikatakan...
CUKUP NGERI!

Al-Fatihah buat semua mangsa beragama Islam...

10.10.10


Apa yang menariknya tentang tarikh 10 Oktober 2010 ni? Masing-masing punya pendapat tersendiri. Masing-masing ada aktiviti untuk tarikh ni.

Tapi 10.10.10 sememangnya punya banyak kenangan, bagi yang suka tarikh pelik-pelik ni. Bermula dari tarikh lahirnya seseorang ke dunia ini, tarikh hari lahir seseorang pada 10 Oktober, tarikh orang bertunang atau berkahwin, tarikh acara-acara yang menarik dan sebagainya.

Namun apa yang ada pada tarikh jika Iman dihati tidak kukuh. Apa yang ada pada tarikh ni jika Islam masih tidak membawa apa-apa perubahan pada diri kita. Tepuk dada tanyalah Iman dan Islam tu...hehe. Tazkirah dan peringatan je pada diri sendiri dan semua orang.

Hari ni, dengar khabarnya angkasawan pertama negara dah kawen sempena uniknya tarikh ni kot. Apa yang mengejutkan lagi, hari ni pun masih ada openhouse sempena AidilFitri walaupun hari ni sebenarnya dah masuk 1 Zulkaedah. Macam-macam hal la. Mungkin tak sempat nak tempah dewan untuk openhouse tu atau tempahan dah penuh.

Tapi hari ni sebenarnya aku terlepas dua events menarik. Satunya marathon KL-Nike akibat lambat dapat info. Pukul 2pagi kelmarin baru dapat info sedangkan marathon pukul 7pagi. Memang tak sempatlah. Satu lagi Moto-GP kat Litar Sepang. Ini pula sebab tiket yang terlalu mahal, tiket yang asalnya hanya 20ringet dah habis...Dah la hari tu kejadian sama berlaku akibat tak dpt tgk konsert Maher Zain...adoyai.

Tapi tak mengapalah, bukannya rugi apa-apa pun. Hiburan semata-mata semua tu. Namun rasa ralat tu tetap ada. Mungkin bukan rezeki kot. Cuba lagi la di lain masa.

Tarikh yang unik seterusnya ialah 11.11.11.
Seterusnya 12.12.12...
Seterusnya...tak tahu la.
Sama-sama kita tengok apa akan jadi dengan tarikh ni.
Mungkin tarikh kawen saya...hanya Allah yang tahu.

Selamat Tinggal Syawal

Alhamdulillah,
kita masih diberi nikmat Iman dan Islam..
yang merupakan nikmat terbesar yang diberi ALLAH kepada umatNya.

Setelah Ramadhan meninggalkan kita...
sekarang Syawal pula menurut jejak langkah Ramadhan tu.
kedua-duanya pergi meninggalkan kita...
tanpa kita tahu adakah tahun hadapan masih ada Ramadhan dan Syawal ni lagi...
tanpa kita tahu amalan kita diterima atau tidak sepanjang beribadah kepadaNya...

Ya ALLAH...
kuharapkan keampunanMu..
dari segala dosa yang telah dilakukan...
sepanjang ku berada di muka bumiMu ini...
ku hanya insan lemah..
dan lebih teruk lagi,
kuhanyalah hambaMu yang serba kekurangan..
kurang dari amalan dan zikir serta ibadah mengingatiMu.

Ya ALLAH...
sesungguhnya Ramadhan dan Syawal yang telah berlalu...
telah sedaya upaya kuisikannya dengan ibadah..
walaupun ada kalanya aku seakan lupa mengingatiMu...
dek kesibukan duniawi membatasi upayaku...
namun kuharap segala yang kuisi pada Ramadhan dan Syawal lalu..
diterima olehMu sebagai amalan yang menjadi tiket penting buatku di akhirat kelak.

Ameen...
Ya Rabbal Alamin.

~Selamat Hari Raya~

Selamat Hari Raya semua..
bunyinya macam janggal je...
sebab raya pun dah nak habis...
kalau ada yang masih ucap selamat hari raya sebegini,
mungkin akan ada yang pandang semacam je.

Tapi ada sebab kenapa ucapan Selamat Hari Raya diucap hari ni...

Alhamdulillah...
setelah bertungkus-lumus memerah keringat..
akhirnya semalam aku beraya juga untuk kesekian kalinya...
Beraya setelah penat berpuasa enam.

Huh...
Cabaran dan dugaan orang berpuasa enam ni...
mungkin lebih susah...
daripada puasa Ramadhan...
dugaan tu datangnya dari pelbagai openhouse sempena raya ni...
sememangnya susah nak kawal.
namun berkat kegigihan diri..
aku berjaya!

Moga Syawal tahun hadapan akan dapat dinikmati lagi.

latihan industri


Di saat aku menulis ni...
dah ramai kawanku yang dah dapat tempat untuk latihan industri...
atau nama lainnya tempat untuk praktikal.

Mungkin ni nampak macam mengeluh je...
tapi hanya tuhan saja yang tahu...
sukarnya nak dapat tempat tu.

Aku ni saje kot antara beberapa...
dan segelintir lagi yang belum dapat tempat...
belum lagi menerima sebarang tawaran...
untuk dilatih sebagai pelatih industri.

Apelah nasibku agaknya...
Kat manalah agaknya tempat dan arah tuju...
untuk aku jalani latihan industri tu.

Harap-harap akan adalah sinar harapan...
yang membawa aku ke bidang kerjaya yang penuh mencabar nanti.
InsyaAllah...

WHO IS LEADING MALAYSIA TODAY???

Rasanya blog ni macam dah jadi diari hidup. Semua perkara dikongsi disini. Kalau boleh, apa yang dilakukan saban hari hendak dikongsi disini. Namun mungkin bukan semua perlu ditulis disini. Tak sesuai kot. Perkara yang patut dikongsi sewajarnya ditulis disini, yang tak patut perlu dibuang jauh-jauh...untuk dijadikan sempadan.

Tadi sesaje je boring melayari internet. Sumber rujukan terbesar seluruh umat manusia sekarang. Terjumpa satu gambar ni. Gambar yang sebenarnya hanya sebahagian daripada jutaan gambar dalam internet memaparkan kisah wanita ni.



Sekali tengok gambar ni hanya biasa sahaja. Tapi dua kali imbas baru perasan apa yang tersembunyi dalam gambar ni.

WHO IS LEADING MALAYSIA TODAY???

Anda jawab sendiri...

Open Campus EidulFitri


Raya...Raya...Raya!!!
Raya kan sebulan...
Selagi tak habis sebulan...
kita kena beraya.
Kalau yang puasa tak cukup tu...jangan la nak beraya lebih-lebih.

Alhamdulillah,
kelmarin 5hb Oktober 2010 MFI berjaya anjurkan open campus.
Ramainya tetamu yang hadir...
yang sebilangan besarnya ialah student, lecturer dan staff MFI.

Suasana tak payah cerita la...
Memang penuh sesak dengan lautan manusia...
Sebab dapat FREE kan...
Tak macam tahun yang sudah, kena bayar untuk masuk ke open campus ni...
Makanan yang dihidangkan pun semuanya enak-enak belaka...

sesak...

awok2 semua...sedang posing.

nenas???

Tahniah buat pengurusan MFI...
Berjaya anjurkan majlis sebegini...
Harap berkekalan sampai tahun akan datang...
Tak payah kutip-kutip duit sebagai yuran masuk untuk program sebegini.

ini kambing pusing...special edition.

SELAMAT HARI RAYA...

open house weekend


Sibuk sungguh hari minggu ni. Dua hari cuti ni jarang ada kat rumah. Sibuknya sampai jarang-jarang ade kat rumah. Apa lagi, sibuk open house la, bukan sibuk studi pun. Walaupun assignment tertangguh dan projek terbengkalai, tapi openhouse mesti kena pergi sebab orang dah jemput. Jumlah kesemua openhouse sepanjang weekend ni ialah 7 buah termasuk satu open masjid. 4buah pada hari sabtu dan 3buah lagi pada hari ahad. Letihnya badan, sakit sana-sini. Memenuhi undangan openhouse ni sebenarnya seronok, dapat makan-makan, minum-minum, berkenal-kenalan merapatkan silaturrahim dan selainnya.


openmasjid...Masjid Teras Jernang.



openhouse Pakatan Rakyat Bangi...

Apakan daya, raya sebulan ni memang dah jadi trademark orang di bandar. Raya di kampung hanya seminggu sahaja meriah ataupun selepas berakhirnya raya enam bagi yang berpuasa enam. Bagi orang bandar(saya orang bandar ke?), raya itu adalah sebulan lamanya untuk dihabiskan. Jadi memang tak hairanlah di Selangor atau KL ni, bersepah openhouse bagai cendawan tumbuh selepas hujan banyaknya. Tuhan saje yang tahu betapa banyaknya openhouse minggu ni.

open house Abang Budia & Kak Noni...sepupu.


open house Aidil...jauhnya nun di Seremban.

Hurm, sedapnya makan, tapi ada juga part yang tak berapa nak seronok tu. Part makan tu yang bahaya sebenarnya. Kalau tak kawal habis la. Makin bertambah kalori dalam badan. Tapi ramai yang kata, takapalah raya setahun sekali je...Nanti rugi.


ni bukan openhouse...ni raya dengan sorang sahabat lama di Tati dulu.

Ijtima' Tarbawi Pemuda-Pemudi Kebangsaan


1-3 Oktober ni sedang berlangsung Ijtima' Tarbawi Pemuda-Pemudi Peringkat Kebangsaan di Masjid Rusila, kampungku yang tercinta. Rugi rasanya tak dapat hadir sama-sama ke persidangan terbesar pemuda-pemudi ISLAM seMalaysia ni.

Ijtima' ini sebenarnya menghimpun 3500
jentera pemuda yang merupakan penggerak dan pengamal tarbiyah disemua peringkat organisasi Dewan Pemuda. Ia juga merupakan himpunan untuk memperkasakan penghayatan dan perlaksanaan amal tarbawi dalam Dewan Pemuda disemua peringkat [ Pusat , Negeri , Kawasan dan cawangan ].

Tentatif program:
1 October 2010
0945 pm - Majlis Perasmian oleh YB Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang

...2 October 2010
1100 am - Pidato tarbawi 1 - Pilihan raya dan Tarbiyah Jihadiyah oleh Al Fadhil Al Ustaz Dato Abu Bakar Chik , Al Fadhil Ustaz Abu Bakar Abdullah

0900 pm - Pidato tarbawi 2- Palestin & Tarbiyah Jihadiyah oleh
1. YB Dato Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat
2. Ustaz Nasruddin Hassan
3. Ustazah Nuridah Salleh

3 October 2010

1000 am - Forum Tarbawi 2 - DPP dan Tarbiyah oleh
1. Al Fadhil Ustaz Hj Zulkifli Ismail (Dewan Ulama)
2. Al Fadhil Ustaz Hj Nik Zawawi Nik Salleh (DUP Pusat)
3. Al Fadhil Ustaz Hj Ahmad bin Yahya (DPP Kedah)

"MURNIKAN PERJUANGAN, MAKNAKAN KEMENANGAN"

Mengemis Kasih

Lagu nasyid yang sangat senang untuk dinyanyikan. Lembut dan hanya menggunakan satu alat muzik sahaja iaitu Bongo. Memang sesuai sangat sebagai lagu nasyid. Lagu ni sebenarnya banyak menyimpan kenangan sewaktu sekolah agama dulu...sewaktu bersama Shababul Muslimin.

Tuhan dulu pernah aku menagih simpati
Kepada manusia yang alpa jua buta
Lalu terheretlah aku dilorong gelisah
Luka hati yang berdarah kini jadi kian parah

Semalam sudah sampai kepenghujungnya
Kisah seribu duka ku harap sudah berlalu
Tak ingin lagi kuulangi kembali
Gerak dosa menhiris hati

Tuhan dosaku menggunung tinggi
Tapi rahmat-Mu melangit luas
Harga selautan syukurku
Hanyalah setitis nikmat-Mu di bumi

Tuhan walau taubat sering ku mungkir
Namun pengampunan-Mu tak pernah bertepi
Bila selangkah ku rapat pada-Mu
Seribu langkah Kau rapat padaku

Lagu: Mengemis Kasih
Nyanyian: The Zikr