kasih sayang


Pada suatu hari di sekolah...
seorang murid bertanya pada gurunya...
Ketika itu guru tersebut sedang mengajar mengenai kasih sayang.

PELAJAR: Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

CIKGU: Ok, kamu ikut apa yang saya suruh. Kamu pergi ke padang. Kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput di depan kamu. Pilih yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walau sekali. Dah petik rumput yang PALING cantik, bawa ke kelas.

Apabila pelajat tersebut pulang ke kelas, tiada sehelai rumput pun di tangannya. Cikgu bertanya, kenapa tiada rumput yang dipilih?

PELAJAR: Tadi masa saya berjalan, saya carilah rumput yang paling cantik. MEmang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik, maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang, saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada antara yang di belakang saya tadi rumput yang cantik tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

CIKGU: Ya itulah jawapannya. Maknanya apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita mencari lagi yang lebih baik dari itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Semoga yang berlalu tidak berulang lagi. Dan ingatlah orang yang paling kita sayang itulah yang paling cantik dan paling baik. Walaupun nak diikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi...

Susah hendak menilai apa itu erti kasih sayang...
Memang susah nk dirungkai dengan kata-kata...
Sebab kasih sayang suatu yang sangat subjektif...
Tiada ungkapan atau kata yang mampu dilafaz jika kita menyayangi seseorang...
Jika kita melafazkannya pun,
tak mungkin orang tersebut akan percaya bulat-bulat...
Hanya Allah yang tahu betapa kasih dan sayangnya kita pada seseorang...

Thanks to: Nor Suhana Musa - Youtube.com

2 KOMEN:

CIK TOM said...

kalau kasih sayang tue tak dapat diungkap melalui kata-kata..cara terbaik ialah melalui perbuatan..dan sayangilah orang lain tanpa mengharapkan apa2 balasan..huhu

SEEPOT SEEDOT said...

betul...
sekarang pn tgh cuba menyayangi semua orang..
walaupun tak semua yg ambik peduli.

hehe.