Final Project Presentation


gambar casing @ hardware terbaru

Final year project masih berjalan setelah sekian lamanya menyepi, kerana kesibukan yang amat sangat dalam proses pembelajaran.
Pagi tadi selamat satu lagi sesi presentation iaitu presentation akhir FYP2.
Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik.
Semua panel memberi kerjasama yang baik dalam mendengar presentation dari aku dan partner,
Ahmad Ghazali bin Mohd Omar.

Kerangka utama project atau disebut hardware telah ditukar saiznya menjadi lebih kecil.
Ini memberikan daya yang sedikit untuk robot mengangkat kakinya dan seterusnya bergerak memanjat dinding.

Program pun telah ada dah sedang diedit untuk memdapatkan hasil yang lebih baik dan bermutu.


Sepanjang presentation tadi, hanya bahagian hardware sahaja yang ditanya oleh para panel,
jadi mudahlah untuk menjawabnya, kerana sebab-musababnya memang logik apabila hardware itu diubah bentuknya.

ni adalah gambar casing yang lama

Sekarang adalah proses akhir dalam menyiapkan project ini.
Demo seterusnya akan menjadi platform terakhir untuk project ini mendapat ganjaran yang setimpalnya.

Moga segalanya baik.
Amin...

0 KOMEN: