Welcome my friend to Bloggerism!!!


Sesetengah orang beranggapan atau berprasangka buruk bahawa blogger
seperti saya dan yang lain-lain hanya tahu merepek dalam blog,
atau seperti cakap tak serupa bikin namanya. Harap-harap takde la
yang berprasangka sedemikian rupa.

Hakikatnya, tepuk dada tanyalah Iman dihati.
Hanya kita sendiri yang mengetahui akan sesuatu nilai dari setiap
perkara yang kita lakukan samada yang telah kita lakukan atau akan
kita lakukan. Blog sebenarnya adalah medium penyampaian ilmiah dan
juga suatu sudut maya yang boleh kita gunakan untuk berinteraksi
secara jujur dan ikhlas. Jujur dan ikhlas ini adalah dari segi
kerahsiaan sesuatu penyampaian yang kita buat. Apa-apa yang
kita tulis sebenarnya menjadi tontonan umum dan juga menjadi
hakcipta kita sendiri, seperti hakcipta sesebuah lirik lagu.

Terlalu hipokrit rasanya bilamana seseorang itu terlalu mengongkong
dirinya daripada membuat sesuatu yang dia boleh lakukan,
dan Blogger adalah jawapannya. Anda boleh menulis apa sahaja yang
dimahukan. Isu sukanke, politik ke, IT ke atau ape-ape sahajalah
tetapi semuanya anda yang bertanggungjawab.

Sebenarnya, dalam masa terdekat ini, aku telah berjaya membantu
seorang rakanku dalam pembuatan Blog ni. Alangkah gembira rasa hati
bila dunia Blogger ini semakin berkembang maju dengan kehadiran
rakan yang boleh dibuat rujukan atau bertukar idea mengenai Dunia
Blogger.

Inilah nama blognya http://tojetowok.blogspot.com/...sekali imbas seperti
nama sebuah lagu dendangan Saleem Iklim. Syabas!!!

Alhamdulillah.

0 KOMEN: