SABUN TAHAN MENGANTUK.
Bunyinya agak kelakar dan pelik kan, tapi inilah hakikatnya.
Aku tak tahu mcm mana aku boleh terjun ke alam bisnes ni
tiba-tiba je. Mungkin tergerak dihati kot. Tapi Alhamdulillah,
ini semua sudah suratan dariNya Yang Maha Esa. Aku hanya menurut
gerakhati sahaja. Apa yang dirasakan perlu dan bermanfaat untuk
dibuat, aku akan buat.
Alhamdulillah, selama sehari buka gerai di MFI kelmarin,
sebanyak 20 biji sabun ni sudah terjual. Walaubagaimanapun, masih ramai yang
kabur atau samar-samar tentang khasiat dan penggunaan
Sabun Tahan
Mengantuk ni. Ramai yang berasakan sabun ni hanyalah rekaan semata-
mata atau lebih tepat lagi dikatakan sebagai menipu. Ramai yang berprasangka
bahawa tidak ada sabun yang mampu merawat masalah mengantuk selain
tidur yang cukup. Memang itu betul, tidur yang cukup memang kaedah
yang baik untuk masalah mengantuk.
Sememangnya, tidur yang cukup memberikan kita badan yang lebih segar untuk
keesokan harinya. Akan tetapi, tidakkah kita berfikir bahawa
badan kita juga akan letih untuk sesuatu aktiviti yang dilakukan seharian.
Dan badan yang letih menjadikan kita mudah mengantuk.
Oleh itu,
Sabun Tahan Mengantuk inilah ubat yang perlu dicuba, selain dari
keistimewaannya sebagai sabun pembersih muka. Apa salahnya kalau kita
mencuba, kalau ianya tidak berkesan, tidak mengapalah. Yang penting, kita
telah mencuba untuk menghilangkan mengantuk terutama bagi seorang
pelajar yang perlu ke kelas pada siang hari. Kalau kita tidak mengantuk,
proses pembelajaran pun tidak akan terganggu.
Ramai yang bertanya, adakah awak dah cuba pakai sabun ni. Sememangnya, produk yang kita
hendak jual perlulah kita cuba dahulu keberkesanannya. Ternyata Alhamdulillah,
selama dua hari memakainya, masalah mengantuk tidak lagi menjadi masalah utama
ketika di kelas. Dan selama dua hari ni, penumpuan di dalam kelas menjadi lebih terarah
dan tersusun. Sebab inilah, saya menawarkan kepada sesiapa supaya mencuba produk ini!