silap sendiri ke?

ambik mudah atau tak ambik pusing sering kita lakukan.
dalam banyak hal, samada kita terlupa atau terlepas pandang
dan kadangkala kita memang sengaja tak ambik tahu pun pasal
sesuatu tu. mudahnya, kalau sesuatu tu kita rasakan taklah penting
buat masa ini, kita sememangnya takkan ambik tahu pun. tambah lagi,
pandang sebelah mata pun tidak.

inilah agaknya yang aku lakukan beberapa minggu lalu.
MFI buka kaunter utk Tabung Kebajikan Siswa pun aku tak tahu.
tapi memang aku tak tahu sebenarnya, bukan tak ambil pusing!
yang dibengangkan ialah pihak TKS(Tabung Kebajikan Siswa) tak buat
pengumuman kat portal MFI iaitu kat 'e-citie'. mana la aku nak tahu semua tu.
balik-balik, aku yang disalahkan sebab katanya tak ambik tahu dan buat mudah je
dengan mnde tu. tak apalah, mulut masing2 kan.

apa yang dikesalkan ialah bil klinik aku yg seratus lebih tu dah jadi pekasam, tak boleh nak tuntut gantirugi dek kerana tidak membayar TKS yg hanya RM2 itu.

Menyesalnya...
adoyai...

0 KOMEN: