Ustaz ASRI RABBANI

Innalillah...

Berita yang amat mengejutkan aku terima sebentar tadi tentang kematian Ustaz Asri atau lebih dikenali sebagai Asri RABBANI. Vokalis utama kumpulan Rabbani itu meninggal dunia sebaik sahaja jatuh ketika membuat persembahan di RTM kira-kira jam 11.15 pagi tadi. Menurut saksi, Asri jatuh di hadapannya ketika membuat persembahan itu dan ketika diperiksa dia sudah meninggal dunia.

Pemergian beliau merupakan suatu kehilangan yang amat besar kepada dunia nasyid Malaysia yang sekarang ini kelihatan semakin suram kerana kemunculan muzik generasi baru.

Teringat lagi kenangan semasa di bangku sekolah dahulu. Lagu-lagu Rabbani seperti INTIFADA, PERGI TAK KEMBALI dan INSAN menjadi lagu favourite utk dibuat selingan semasa mengadakan latihan nasyid sekolah. Walaupun tidak digunakan sebagai lagu wajib semasa membuat persembahan, tapi lagu2nya begitu berkesan dihati setiap pendengar atau penggemar alunan nasyid.

Selepas ini, kita tidak akan mendengar lagi alunan merdu dari Ustaz Asri yang dikurniakan oleh ALLAH suara yang lunak merdu bak puluh perindu.

Al-Fatihah...moga rohnya ditempatkan bersama org2 yang beriman.

0 KOMEN: