Tuah Ayam Nampak Dikaki,Tuah Manutd Nampak Dikaki Ronaldo


Manchester United memulakan aksi minggu ini dengan penuh keyakinan apabila berjaya menundukkan kelab yang dah tak berapa konsisten dlm EPL iaitu Bolton Wanderers dengan kemenangan 2-0...dah lama rasanya Manutd tak menang dengan jumlah jaringan 2-0 ini terutamanya dengan kehadiran semula penggempur berbisa Manutd iaitu Cristiano Ronaldo yang berjaya menjaringkan gol pada pertengahan babak kedua melalui sepakan penalti...Abang kesayanganku,si Wayne Rooney tak kurang hebatnya apabila berjaya menjaringkan satu gol menarik yang biasa dilakukannya pada minit-minit akhir perlawanan setelah masuk menggantikan Carlos Tevez..Walaupun aksi Dimitar Berbatov masih lagi tidak mampu menjaringkan sebarang gol buat Manutd namun gerakan-gerakan serta hantaran-hantaran berbahayanya kerap kali mengucar-kacirkan pertahanan Bolton......purggh!!!ada gaya pengulas sukan ni!!!hehehe...see the team laa brother...ni kan Manchester United!!!

Apa pun,game malam semalam telah memberi bekalan moral yang tinggi buat Manutd yang sedang mengejar Chelsea dan Liverpool bagi mempertahankan gelaran EPL musim 2008/2009 ini..hampir 100% 'ball possession' game semalam dikuasai oleh Manutd namun gol yang dicari-cari muncul hanya pada pertengahan babak kedua hasil lakonan bersahaja yang ditunjukkan oleh si pelakon utama Manutd,Cristiano Ronaldo...tak tahu macam mana pengadil malam semalam boleh memberikan penalti kepada Manutd..Sir Alex
Ferguson sendiri pun terkejut besar dengan penalti yang dberi kerana sebelum ini memang susah pengadil EPL nak bagi free je penalti kpd Ronaldo yang sentiasa berlakon untuk menjatuhkan badan di dlm kotak penalti...ternyata pengadil malam semalam mudah ditipu oleh Ronaldo..tapi ni la yang dikatakan tuah manusia...tuah ayam nampak dikaki tapi tuah Manutd nampak di kaki jugak..dikaki Ronaldo..hahaha!!!

tapi yang tak sedapnya semalam ialah musuh-musuh Manutd iaitu Chelsea dan Liverpool turut memenangi perlawanan masing-masing..Chelsea berjaya mengalahkan Stoke City dengan 2-0 dan Liverpool berjaya mengalahkan Everton juga dengan kemenangan 2-0...walaubagaimanapun,nasib Arsenal malang minggu ni kerana tewas kepada HullCity dgn jaringan 2-1..

Apa yang hendak dikatakan lagi ialah halangan dan perjalanan masih lagi jauh untuk ditempuh...macam biasalah,Manutd memang bermula agak lembap seperti season-season sudah...namun begitu,Manutd sedang mengejar dari belakang dan hanya menunggu masa sahaja untuk kembali merampas kedudukan teratas EPL..sebarang kesilapan akan membawa padah kepada pasukan-pasukan diatas terutamanya Chelsea dan Liverpool yang sentiasa
menjadi musuh utama kepada Manutd...GLORY GLORY MANUTD!!!

Blogger kena ISA


Masa ni semua blogger tengah pening memikirkan nasib masing-masing sebab masing masing takut nak tulis tentang kekejaman kerajaan yang terang terangan menggunakan ISA untuk menangkap Blogger terkenal iaitu Raja Petra Kamarudin(seperti dlm gambar)...Raja Petra ni aku anggapkan adalah seangkatan dgn Sang Kelembai dan Kuda-Kepang yang menggunakan blog sbg wadah perjuangan utk berinteraksi mengenai sesuatu hal kepada masyarakat..Raja Petra ni juga kuanggap sbg otai kepada blogger blogger tanah air seantero Malaysia...semua tulisan beliau sentiasa diikuti rapat oleh pihak kerajaan Malaysia pimpinan PakLah Hadhari sebab bnyk perkara yg dia tahu tp org lain tak tahu...dahsyat,melalui penulisan pun org dah bleh takut kpd beliau..kagum kagum!!!mcm2 dah perkara yg org lain tak tau tp dia tulis...mcm mana dia bnyk tahu ni?ada spy kot ni..pening pening!!!

Kelmarin 23 Sept 08, Raja Petra Kamarudin dihantar ke Kem Kemunting di Perak bagi meneruskan kezaliman Barisan Nasional yang memerintah negara ini. Beliau akan ditahan di Kemunting selama dua tahan selepas Menteri Dalam Negeri menandatangani perintah tahanannya mengikut seksyen 8 akta tersebut, yang membolehkan beliau ditahan tanpa bicara...sungguh tak adil ni...aku hairan mcm mana org bleh dihukum tanpa bicara..pelik bin ajaib...mati hidup semula pun aku tak percaya!!!
Mengikut akta tersebut, perintah tahanan ke atas Raja Petra itu boleh disambung setiap dua tahun.

Sepatutnya didalam bulan ramadhan ini, haruslah dihormati, walaubagaimanapun BN gunakan akta yang zalim ini untuk menahan seorang penyebar maklumat politik bagi melindungi kepincangan politik mereka.Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi ternyata tidak menghormati kebebasan bersuara dan pemberi maklumat seperti yang dijamin dibawah pelembagaan.

Aku pun taknak komen bnyk sbb takut ditangkap oleh kerajaan PAKLAh tu...apa lah PAkLah ni..sedap2 je tangkap org!!!tangkap laa nyamuk ke,lipas ke,pendatang tanpa izin ke...baru aman Malaysia!!!harap2 cepatlah Dato' Seri Anwar Ibrahim membentuk kerajaan baru supaya ISA dimansuhkan!!!ALLAHUAKBAR...

-Sumber dari Suarakeadilan.com-

Manchester United sekadar seri


Malang betul nasib Manutd td...main dah kira ok tapi takde luck je jadi seri plak game td...asalnya dah leading melaui jaringan Park Ji Sung minit ke 18 tp segala galanya musnah oleh gol dari Solomon Kalou pada minit ke 80...rekod tanpa kalah Chelsea di tempat sendiri terselamat lagi dari dimusnahkan oleh Manchester United dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge malam td..rekod tu mmg dah lama, seingat aku ia dimulakan oleh bekas bos Chelsea Jose Mourinho sejak mengambil alih skuad The Blues pada 2004

Tapi apa nak dikatakan dengan rekod lampau,yang penting kalau Manutd menang malam td..tertutuplah mulut si bos baru Chelsea Luis Felipe Scolari (Big Phil)!!!tapi apa kan daya..mcm aku cakap td...semua hanya kerana nasib je..ada yang menang,ada yang kalah dan td ada yang seri plak...ish ish ish..tak patut,Manutd dah main bagus tu..

ROONEY, Ronaldo, Park JiSung dan yg lain2 semuanya dah bg all-out utk game td...cuma si Berbatov je la yang jarang dpt bola...buat abis duit je beli Berbatov tu kalau ikut game mlm td,tp harap2 lepas ni Berbatov akan sumbangkan gol..aku hairan kenapa Alex Ferguson tak tukar je Berbatov dengan Tevez...kalua tukar tu aku rasa makin rancak Manutd serang Chelsea...result pn takdelah seri mcm td..mungkin menang 2-1 kot..hehehe...

Tapi apa yang penting..Manutd tak kalah di tangan Chelsea yang sentiasa berdendam dengan Manutd selepas diorang gagal dalam cubaan utk menewaskan Manutd season lepas...Manutd memang gagah laa..jangan mimpilah Chelsea nak menang dgn pasukan terbaik Eropah tu...kesian John Terry sebab tak dpt nak balas dendam akibat malu pd game Champions League season lepas...tak ingt ke..season lepas kan Terry tak dpt sempurnakan penalty dan sebab tu,Manutd menang Champions League...malu besar si Terry masa tu..apa pun GLORY GLORY MANUTD!!!

Liverpool 2 - 1 Manchester United


Sedih...marah...kecewa...duka...pilu...MALU? apa lagi nak dikata.tak dapat digambarkan dengan perasaan lagi selepas kekalahan Manchester United kepada Liverpool td...bukan sikit tu..2-1 kalah...tp nak buat mcm mana,dah adat pertandingan ada kalah ada laa pemenangnya...tp kalah dengan Liverpool ni memang perit bukan kepalang..kalau kalah dengan AC Milan atau Barcelona atau dengan Malaysia sekalipun,taklah kecewa sngt(kecewa jugak sket2)..tp ni kalah dengan Liverpool,bukan kuat sngt Liverpool tu!!!org terengganu royak "dok rock cetong" Torres pun tak main td...tp sebab Gerrard main laa ManUtd kalah td..masuk je Gerrard,terus pemain ManUtd jadi lemah longlai...mcm dok makan nasi 3 hari...si Berbatov(ayam baru beli) pun tak berapa menjadi..cuma gol pertama je laa berpunca dari gerakan Berbatov...ingatkan lepas gol pertama ManUtd akan terus mendominasi permainan..tp hampeh,lepas gol tu dan lepas gerrard msuk semuanya menjadi kacau bilau...pemain ManUtd macam takut nak pegang bola,dapat bola je terlepas..dapat lagi terlepas...dan terlepas...dan terepas!!!dan akhirnya kalah 2-1...
argh!!!!

Tapi kekalahan tadi nampak sangat dengan ketiadaan Ronaldo...kalau ROnaldo ada,aku rasa ManUtd boleh menang sebab gol pertama ManUtd dah dapat dulu..cuma nasib je kalah tadi...lepas ni,Ronaldo dah buleh main macam biasa sebab dah sembuh dari kecederaannya...ALHAMDULILAH...moga moga Manchester United kembali di landasan kemenangan dengan kehadiran semula Ronaldo...AMIN!!!

Berbatov no.9


Aku yakin,sepanjang 2,3 minngu ni...semua peminat Red Devils mesti tak tidur lena memikirkan tentang Dimitar Berbatov,pemain yang boleh diibaratkan setanding dengan Ruud Van Nistelrooy.Apa pun,isnin yang lalu lengkaplah perpindahan pemain tersebut ke Manchester United dengan yuran perpindahan 30.75 juta euro..bukan RINGGIT!!!baru sekarang semua peminat RED DEVILS dpt tidur selena yang mungkin sebab striker ManUtd dah makin tajam dengan kehadiran Berbatov...hahaha!!!

Dimitar Berbatov memberitahu bahawa menyarung jersi Manchester United adalah lebih bermakna daripada menerima bayaran termahal di Manchester City,meskipun City membuat tawaran pada saat-saat akhir sebelum musim perpindahan ditutup.

Berbatov, 27, bersetuju dengan gaji 100,000 pound (RM609,870) seminggu di Old Trafford, namun dia mengakui dia sebenarnya mampu mendapat gaji sekali ganda daripada yang ditawarkan United jika berpindah ke City.

Berikut adalah kata2 dari Berbatov,"Beraksi buat Manchester United adalah sesuatu yang paling bermakna bagi saya. Orang yang mengenali saya tahu saya bermain untuk kegembiraan dan kepuasan,Saya tidak bermain demi wang. Jika saya mahukan wang, saya pasti menerima tawaran City ataupun Chelsea.Tapi saya mahu beraksi bersama kelab terhebat didunia dan sebab itu saya berada di sini.Saya amat menghormati tawaran yang diberikan oleh City. Sebab itu perpindahan saya ke United tertangguh selama tiga hingga empat jam.Tapi bagi saya, hanya ada satu matlamat saja iaitu menyarung jersi berwarna merah United. Saya boleh lagi hidup senang dengan 1 juta, 10 juta atau juga hanya 500,000 pound."

Memang terharu laa dengan kenyataan Berbatov tu...sanggup bermain untuk ManUtd walaupun menerima gaji yg sedikit berbanding Manchester City atau Chelsea...Ini laa yang dikatakan penyerang sejati...tunggu penampilan Berbatov pada perlawanan ManUtd lwn Liverpool 13 september ini...GLORY GLORY MANUTD!!!