Malangnya Malaysia jadi PakTurut Amerika!

Sedih dan pilu bilamana negara kita, yang dilabel sebagai kononnya sebuah negara Islam tidak berpendirian tegas dalam isu keamanan sejagat atau lebih tepat lagi disebut isu nuklear.

Malang...Malang....dan Malang!!!! Amat malanglah bagi rakyat dan umat Islam di negara ini kerana mempunyai kerajaan yang menjadi pak turut Washington dengan menzalimi keseluruhan rakyat Iran yang tidak berdosa.

Sehinggakan Agensi Berita Asing, AFP melaporkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pernah mengarahkan syarikat petroleum negara, Petronas untuk memberhentikan penjualan minyak kepada Republik Islam Iran. Kalau apa yang dikatakan AFP itu benar, maka Perdana Menteri seharusnya menjawab tuduhan tersebut, tetapi malangnya dan amat malang sekali, Perdana Menteri senyap seribu bahasa. Sama lah juga dengan isu royalti minyak, Perdana Menteri kelu tak berjawab!

Kita seharusnya mengambil sikap yang sama dengan Republik Turki yang konsisten, berani dan tegas bahawa hak penyelidikan dan pembangunan teknologi nuklear untuk tujuan keamanan tidak seharusnya diganggu-gugat oleh mana-mana pihak. Apa yang paling dikesalkan ialah regim zionis haram Israel yang terbukti telah dan sedang bertindak ganas tanpa batas tamadun manusia pula dibiarkan bermaharajalela dengan mempunyai teknologi nuklear sekian lama tanpa pula dikecam oleh mana-mana pihak di Washington.

Apa yang lebih buruk ialah dalam masa yang sama, kerajaan Malaysia yang sentiasa 'lemah-lembut' juga telah gagal untuk menyuarakan tekanan kepada regim zionis Israel dalam persidangan Nuclear Summit 2010 di Washington sekarang ini.

Inilah yang sebenarnya menjadi punca krisis keamanan dunia di waktu ini iaitu ISRAEL LAKNATULLAH bermaharajalela di muka bumi Allah ini.

MU 0-0 Blackburn

Perlawanan ni berlangsung pada Ahad yang lalu.
Kesudahannya hanya seri yang diperoleh.
Ketiadaan Rooney menampakkan dengan jelas akan kerapuhan serangan Manchester United.

FINAL yang pasti tiba

Namaku x perlu disebutkan..
Dengar suara pasti kau kenal aku..
Hidupku x perlu dibayangkan..
Arghh..!!!
Macam-macam ada..

Macam pernah dengar je kata-kata tadi.
Aku pun tak tahu kata-kata sape yang aku ambik.
Sedap didengar, terus tangkap dalam kotak fikiran...
Aku copy & paste saje.

Bermalas-malasan di atas blog ni.
Menunggu hari Final yang akan tiba tak lama lagi.
Moga segalanya berjalan baik.
Amin.


MU 3-2 Bayern Munich (tewas agregat 4-4)

Manchester United akhirnya terpaksa akur dengan sistem kelebihan jaringan tempat lawan dalam perlawanan UEFAChampions League. Walaupun menang dengan keputusan 3-2 namun kelebihan jaringan tempat lawan memihak Bayern Munich. Walaupun ManUnited mendahului 3-0 pada awalnya, tapi itulah bolasepak, bolanya bulat dan tiada siapa tahu keputusan akhirnya.










GO MANUNITED!!!
Walaupun kalah, kita tetap juara di England!!!

Al-Fatihah buat Din Beramboi


Arwah sentiasa membuat kita ceria.
Walauapapun perasaan kita, beliau tetap menghiburkan kita seadanya beliau dahulu.

Rasanya masih belum terlambat untuk buat ucapan takziah buat seluruh ahli keluarga Din Beramboi atau nama sebenarnya, Mior Ahmad Fuad Mior Badri di atas pemergian insan teristimewa ciptaan Allah itu.

Beliau pergi meninggalkan kita pada 2 April yang lalu setelah hampir 4hari bertarung dengan nyawa di Hospital Selayang.

Begitulah cerita kisah suka-duka manusia. Allah tidak pernah sesekali 'berlawak' apabila mengambil nyawa setiap umatNya. Tak kira siapa beliau dan tak kira dimana beliau berada. Apa yang disedihkan ialah, Allah mengambil nyawanya tatkala beliau masih mampu bergelak ketawa bersama semua orang. Bukan menyangkal kuasa Allah, tapi itulah bukti Allah mampu dan boleh berbuat apa sahaja walau umatNya di dalam keceriaan sekalipun.

Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Amin...

MU 1-2 Chelsea


CLASH of THE TITANS semalam menyebabkan Manchester United
terpaksa melepaskan takhta EPL sekejap kot kepada Chelsea.



GOAL OFFSIDE!!!
pengadil buta...



Ingat Chelsea boleh JUARA la ni???
NO WAY!



Sultan Pahang silap ke?


Peminum Arak diberi hukuman menjalankan kerja-kerja khidmat masyarakat?
Macam tak logik aje.
Betul ke ni wahai Sultan Pahang, ampun jika patik tersalah kata.

Seorang peminum arak iaitu bekas model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor dikenakan hukuman tersebut di Rumah Kanak-Kanak Tengku Ampuan Fatimah, Kuantan selama 3 minggu.

Pada asalnya, dia dikenakan hukuman 6 sebatan oleh Mahkamah Syariah Pahang tetapi atas alasan apa, dia dikenakan hukuman sedemikian, walhal dia sendiri meminta dikenakan hukuman berdasarkan Hukum ISLAM. Dia juga pernah berjumpa TokGuru Nik Aziz untuk mendapat penjelasan lebih lanjut mengenai hukuman yang dirayunya itu.

Adakah Sultan Pahang berdosa dalam isu ini, kerana jika sesuatu Hukum Islam dijatuhkan, tiada siapa yang boleh menghalangnya atau memindanya waima Ketua Negara sekalipun. Merujuk kepada artikel ini , Sultan Pahang dan Muftinya adalah berdosa dan perlu bertaubat.

sumthing'

Entah kenapa aku rasa macam banyak je buat salah dengan orang.
Dengan Allah, of course la ade buat salah atau dengan kata lain ada dosa kecil.
Tak semua manusia tu sempurna kan, waima Sultan pun ade buat salah.
InsyaAllah hilang lah dosa kecil tu kalau rajin solat, berdoa dan ambik wudhuk'atau beribadah kepadaNya. Tapi dosa dengan seseorang takkan terampun jika tiada kemaafan diberi atau dipohon.

Dah lama tersimpan rapi akan apa yang aku rasa ni.
Oh Tuhan, kalau ade aku buat kesalahan pada seseorang,
Kau tunjukkanlah jalannya...Amin.

Makin lama disimpan, semacam ade suatu batu yang menekan.
Bersalahkah aku pada seseorang? atau pada sesuatu?

Hidup aku ni bukanlah complicated sangat, simple saje aku rasa.
Bukan susah pun.
Pergi kelas, balik kelas, makan tido, beramal ibadah, buat itu ini dah habis satu hari.
Tapi kenapa macam ade sesuatu je ni.

HELP ME GOD!!!

Test Robotics di AprilFOOL

TAK BAIK SAMBUT APRILFOOL!!!
(ni yang aku dgr dari kawan2 la, sebab musababnya taklah diketahui,
mungkin utk mengelakkan perkara2 yang tak diingini daripada berlaku kot,
maklumlah APRILFOOL ni la masanya org nak kenakan org)

Alhamdulillah,
aku baru sahaja selesai menjawab test seterusnya utk semester ini.
test di malam AprilFOOL!

nilah subjek yang aku drop asalnya pada semester lepas.
sebab aku rasa memang susah nak carry sbjek ni dulu.

rupanya taklah susah sangat Robotics ni,
cuma kena la pandai menjawabnya.
main2 dengan paksi dan imaginary yang penting.
nasib baik jugaklah aku studi, kalau tidak.....(sambung sendiri)

Wassalam...


MU 1-2 Bayern Munich (UCL)

Manchester United terpaksa menerima hakikat kekalahan perlawanan pertama suku akhir UEFA Champions League semalam.



ManUnited pasti bangkit di Old Trafford nanti!!!

EARTH HOUR


semalam Earth Hour ke???
sebelum semalam,
aku tatau pun yg semalam adalah hari EARTH HOUR.
mungkin ramai yang tak tahu pasal EARTH HOUR ni.
kan???

yang aku tahu, EARTH HOUR ialah program kesedaran utk manusia sejagat tentang kepentingan elektrik kepada kita.
tapi rupa-rupanya SILAP!!!

sebenarnya, EARTH HOUR ialah program antarabangsa yang dianjurkan oleh WWF untuk mengatasi masalah pemanasan global dengan menyarankan kepada seluruh penduduk dunia supaya tidak menggunakan elektrik selama satu jam pada hari sabtu terakhir setiap bulan March.

sedunia akan bergelap selama sejam!!!

bayangkan kalau tiada elektrik, begitulah keadaannya kerana EARTH HOUR akan memberi kesedaran kepada setiap yang ada tentang kepentingan elektrik dan juga kesan pemanasan global kepada alam ini.

hanya orang yang mengalaminya akan tahu kepayahan itu. yang tak mengikuti, boleh cuba tahun depan pada hari sabtu terakhir bulan March.
wassalam...

MU 4-0 Bolton

Manchester United terus menerajui EPL dengan kemenangan seterusnya semalam. Tanpa Rooney pun, MU boleh menang besar jugak.

Scorers:
Samuel(Own Goal)
Berbatov(2)
Gibson









We Are Back to the T.O.P!!!

Pilihanraya Kecil lagi

Lama tak menulis pasal politik ni. InsyaAllah, dalam masa tak sampai 60 hari ni, satu pilihanraya kecil akan diadakan lagi.

Ahli Parlimen Hulu Selangor, Allahyarham Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad meninggal dunia pada jam 9.27 malam tadi di rumahnya di Batu 9 1/2, Jalan Cheras, Kajang akibat barah otak , Allahyarham berumur 71 adalah juga bekas Timbalan Menteri Besar Selangor.

Sebelum dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar Selangor, Zainal merupakan orang kuat Umno Selangor dan pernah menjadi Exco kerajaan negeri selama lapan tahun dan Ketua Umno Bahagian Hulu Langat selama 14 tahun sebelum meninggalkan Umno dan menyertai PKR pada tahun 2005.

Zainal Abidin berjaya memenangi kerusi Hulu Selangor dengan mengalahkan calon BN dari pari MIC, P Palanivel pada pilihan raya umum yang lalu.

Semoga Allah mencucuri rahmatNya terhadap pejuang keadilan ini.

FYP Progress Presentation


Alhamdulillah...
hari ni berjaya juga misi membentangkan progress Final Year Project...
walaupun bertubi-tubi soalan diajukan oleh panel-panel,
K.A.M.I berjaya menjawabnya dengan tenang...
apapun,
semuanya lancar berkat dari usaha, ketekunan dan kesabaran yang seterusnya membuahkan hasil yang baik.


Wassalam...

MU 2-1 L.I.V.E.R.FOOL

Manchester United berjaya gak balas dendam semalam atas kekalahan 3 kali berturut-turut kpd L.I.V.E.R.FOOL sebelum ini.

Scorers:
Wayne Rooney(penalty)
Park Ji Sung

Torres











TITLE RACE STILL GOING!!!

MU 3-0 FOOLHAM

Manchester United menang lagi...
kali ni membalas dendam atas kekalahan 3-0 lalu di FOOLHAM...

Scorers:
ROONEY(2)
Berbatov





MU 4-0 AC Milan

Manchester United makes it perfect to the Quarter Final of UEFA Champions League!!!
hooray....hooray...hooray!!!

Scorers:
Rooney(2)
ParkJiSung
Darren Fletcher










WE BEAT THE GIANT AC MILAN!!!

MU 1-0 Wolves

We are back to the top!!!
Thanks to Scholes for the goal!!!



GloryGloryManUnited!!!!!!

perihal susahnya...

susahnya...
susahnya...
susahnya...

memang,
semuanya menjadi susah,
tak ade yang mudah di dunia ni,
nak kencing pun kena bayar,
apatah lagi nak mandi,
lagi kena bayar 50sen.

sekian,
taktahu apa yang ditulis.
rugi je orang yang baca ni!

MU 2-1 AstonVilla (CarlingCup FINAL)

Manchester United retain their trophy!!!
Scorer:
ManUnited - Rooney & Owen
AstonVilla - Milner (penalty)


the goals...


trophy presentation


mr rooney...