Fantasy Football


Jemputan sahaja.

aku ade buat liga kat www.fantasy.premierleague.com...

kalau minat EPL, boleh join aku dan member yg laen kat website tu.

caranya mudah sahaja, buat team sendiri dan join liga yang aku buat. liga akan bermula pada 15 hb ogos ni. kalau nak join, sila buat sblm tarikh tersebut.

kod utk join liga tu ialah 760918-159524 .

wassalam...

Himpunan Mansuhkan I.S.A


saya amat pasti, anda tentu kenal akan kedua-dua lambang atau logo di atas..yang mewakili dua golongan berlainan fahaman kerana satu memperjuangkan nasib golongan orang yang tertindas dan satu lagi menyokong budaya kekejaman ke atas manusia tanpa perasaan belas kasihan sbg hamba-Nya...

anda semua boleh membuat pilihan untuk mewakili mana-mana sahaja dari kedua-dua lambang di atas kerana semuanya mempunyai agenda dan perjuangan yang tersendiri..cuma yang lainnya ialah perjuangan yang diredhai oleh-Nya atau menyimpang dari prinsip-prinsip yang menyatakan bahawa manusia itu sebenarnya baik hati dan berperikemanusiaan...

Himpunan Mansuhkan ISA akan dibuat di ibunegara pada 1hb Ogos 2009 oleh Gerakan Mansuh ISA yang kebanyakannya adalah dari Pakatan Rakyat. Manakala gerakan yang menyokong ISA (PRO-ISA) juga akan berkumpul juga sebagai tanda sokongan kepada Akta ISA ni dan juga menghalang gerakan Anti-ISA memasuki istana negara.

Puak Anti ISA akan berbaju hitam manakala puak Pro-ISA pula akan memakai baju putih. Penganjur demontrasi Anti ISA sudah memesan kepada mereka yang akan memakai baju hitam ini supaya jangan membawa senjata, bawa bersama plastik dan garam (sebagai tenaga kalau disembur air kuning) kerana mereka pasti akan diprovok secara hebat dari puak Pro-ISA dan FRU.

untuk pengetahuan semua, himpunan mansuhkan ISA akan tetap diteruskan oleh Pakatan Rakyat yang mewakili kaum yang tertindas oleh kekejaman pihak kerajaan...

berikut ialah pelan lokasi perhimpunan...(klik utk besarkan)

funny thing about ROONEY

anak sapa la ni???

Malaysia dah menghampiri HUDUD


pertamanya syukur kehadrat Ilahi kerana Malaysia sekarang dah semakin hampir ke arah Hukum Hudud. saya merujuk kpd hukuman yg dilakukan oleh mahkamah syariah kuantan yg menghukum peminum arak wanita dengan hukuman sebatan sebanyak 6 kali beberapa hari yang lalu. hukuman itu dijatuhkan kpd seorang model wanita yg mengaku bersalah dan redha dgn hukuman yg diterima. syabas diucapkan!

inilah yg hendak diperkatakan. walaupun hukuman sebatan itu masih belum mencukupi syarat2 dalam hukuman Hudud ISLAM. tapi sekurang2nya, ianya sudah menghampiri hukuman Hudud yg masih lagi tidak diterima oleh kerajaan Malaysia sehingga kini. mengikut hukum Hudud ISLAM, peminum arak perlu dihukum sebat sebanyak 40kali atau 80 kali.

mengikut fakta, inilah pertama kali wanita di Malaysia dihukum sebat!

Pahlawan JILBAB



dah lama aku dgr tentang berita ini, cuma tak tahu samada betul atau tdk...dan tadi ada email aku dpt dari sorang member...memang ternyata betul! Innalillah...

sedih, bukan karena kematian Michael Jackson yang dipuja jutaan orang di dunia. tapi saya sedih kerana pada saat yang sama, berlangsung perkebumian seorang muslimah yang Insya Allah menjadi seorang syahidah karena mempertahankan jilbabnya. Marwa Al-Sharbini, seorang ibu satu anak yang sedang mengandung tiga bulan, syahid akibat ditikam sebanyak 18 kali oleh seorang pemuda Jerman keturunan Rusia yang anti-Islam dan anti-Muslim. Tapi berita ini, sama sekali tidak saya temukan di tv-tv kita , negara yang majaroti penduduknya Muslim, bahkan mungkin, tak banyak dari kita yang tahu akan peristiwa yang menimpa Marwa Al-Sharbini. Ribuan orang di Mesir yang menghantar jenazah Marwa Al-Sharbini ke tempat 'istirihatnya' yang terakhir, memang mungkin banyak orang yang menangisi kepergian Michael Jackson. Marwa hanya seorang ibu dan bukan superstar seperti MJ. Tapi kepergian Marwa Al-Sharbini adalah lambang jihad seorang muslim. Marwa Al- Sharbini mempertahankan harga dirinya sebagai seorang Muslimah yang mematuhi ajaran agamanya meski pun untuk itu ia kehilangan nyawanya.

Marwa Al-Sharbini ditikam di ruang sidang kota Dresden , Jerman saat akan memberikan kesaksian atas ancaman terhadapnya . Ia mengadukan sorang pemuda Jerman bernama Alex W yang kerap menyebutnya “teroris” hanya karena ia mengenakan jilbab. Dalam suatu kesempatan, pemuda itu bahkan pernah menyerang Marwa dan berusaha melepas jilbab Muslimah asal Mesir itu. Di persidangan itulah, Alex kembali menyerang Marwa, kali ini ia menikam Marwa Al-Sharbini berkali-kali. Suami Marwa yang berusaha melindungi isterinya, malah terkena tembakan pehak berkuasa keamanan pengadilan yang berdalih tak sengaja menembak suami Marwa yang kini dalam keadaan kritikal di rumah sakit Dresden .

Peristiwa ini sepi dari pemberitaan di media massa Jerman dan mungkin dari pemberitaan media massa asing dunia karena yang menjadi korban adalah seorang muslimah yang dibunuh oleh orang Barat yang anti-Islam dan anti-Muslim. Situasinya mungkin akan berbeza jika yang menjadi korban adalah satu orang Jerman atau orang Barat yang dibunuh oleh seorang ektrimis Islam. Beritanya dipastikan akan gempar dan mendunia.

Itulah sebabnya, mengapa di tv-tv kita cuma sibuk dengan pemberitaan pemakaman Michael Jackson yang mengharu biru itu. Tak ada berita pemakaman Syahidah Marwa Al-Sharbini yang mendapat sebutan “Pahlwan Jilbab”. Tak ada protes dunia Islam atas kematiannya. Tak ada tangisan kaum muslimin dunia untuknya. Tapi tak mengapa Marwa Al-Sharbini , karena engkau akan mendapatkan tempat yang paling mulia di sisiNya ALLAH SWT .. Seiring doa dari orang-orang yang mencintaimu. Selamat jalan saudariku, maafkan kami jika kurang peduli …

PPSMI ialah KEMENANGAN RAKYAT

PPSMI atau Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris telah dimansuhkan. Kemenangan untuk semua kerana isu ini telah lama diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat!

Satu kemenangan untuk rakyat dengan PPSMI dimansuhkan mulai 2012, demikian diumumkan Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat pengumuman jam 2.30 petang 8hb Julai 2009 di kementeriannya di Putrajaya.

Di sekolah kebangsaan, bahasa Melayu akan menggantikan bahasa Inggeris untuk mengajar Sains dan Matematik, sementara sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil akan menggunakan bahasa ibunda masing-masing.

Pemansuhan itu dijalankan berperingkat-peringkat sehingga semua pelajar yang terlibat dengan dasar itu tamat peringkat masing-masing.

Rumusan boleh diambil daripada keputusan ini,

1.Menunjukkkan bahawa pentingnya rakyat mesti bersatu.

2. Pas telah mendahului dalam menentang dasar ini sehingga menyaman kementerian pelajaran. Dalam Muktamar Pas pada 5hb Jun 2009 telah menganugerahkan tokoh bahasa kepada Dato' Ahmad Said, Dr Hassan Ahmad dan Prof Dr. Abdullah Hassan. Menunjukkan bahawa Pas serius dalam isu ini.

3. Menunjukkan bahawa Umno adalah pengkhianat bangsa dan bahasa sendiri.

4.Penglibatan golongan sastrawan seperti Dato' Samad Said dan Dato' Dr Hasan Ahmad adalah penyumbang besar kejayaan ini.

5. Keberanian Prof Dr Abdullah Hassan, Prof Dr Shahrir Mohd Zin, Prof Nik Sapiah Karim adalah penyumbang besar kepada kejayaan rakyat. Semangat mereka perlu dicontohi oleh mereka yang berada di menara gading. Jangan kita ada ijazah berjela-jela tetapi mempunyai semangat kerdil.

6.Tahniah juga kepada semua rakyat yang telah menjayakan himpunan 100 ribu rakyat untuk mansukh PPSMI pada 7 Mac 2009. Sehingga terpaksa menelan gas pemedih mata dan dibelasah oleh FRU.

Sumber: Harakahdaily.net

Pemain Ketiga Musim Ini

Introducing the third signing for Manchester United in this summer, GABRIEL OBERTAN!!!

Kelmarin, Manchester United mengesahkan telah membeli pemain ketiga musim ini dengan nilai 3juta euro sahaja.

WELCOME to OLD TRAFFORD...

Owen Joins ManU


Tak sabar rasanya menantikan gandingan England iaitu Rooney dan Owen bergandingan di jentera serangan Manchester United.

WELCOME MICHAEL OWEN to Manchester United!

Bintang Baru Manchester United


FANTASTIC...FABULOUS..OUTRAGEOUS!!!

Memeranjatkan apabila balik dari kerja terus sahaja dikhabarkan dengan berita perpindahan Michael Owen yang telah menjejakkan kaki ke Old Trafford dan seterusnya menjadi pemain kedua yang menyarung jersi Manchester United musim ini selepas Antonio Valencia beberapa hari lalu. Sungguh menakjubkan apabila Owen yang pernah menjadi musuh utama ManU semasa bermain untuk LiverFOOL suatu masa dahulu kini telah menjadi milik Manchester United sepenuhnya.

Manchester United dilaporkan telah berjaya membawa masuk Michael Owen untuk tempoh 2 tahun dengan percuma apabila Owen telah tamat kontrak di Newcastle United iaitu pasukan yang jatuh ke Liga Kedua Bolasepak Inggeris.

Pemergian Cristiano Ronaldo ke Real Madrid sedikit terubat kini dengan penampilan Owen di OLD TRAFFORD. Kini Manchester United telah memiliki 2 orang Owen di OLD TRAFFORD iaitu Owen Hargreaves dan Michael Owen.

SYABAS Manchester United dan WELCOME to a new player, MICHAEL OWEN!!!

Nik Aziz vs Najib



Debat antara Tuan Guru Nik Aziz dengan Pak Najib mungkin menjadi kenyataan...

Surat telah dipos hari ini oleh Nik Aziz yang dialamatkan kepada Jabatan Perdana Menteri Bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya.

Tuan Guru Nik Aziz mencadangkan diadakan debat dengan Perdana Menteri bagi membincangkan sejauh mana perjuangan Umno tidak menyimpang dari agama.

Wallahua'lam..harap menjadi kenyataan!

Michael Jackson in memory....


Rasanya aku memang dah terlambat nak update blog ni tentang kematian Raja Pop Dunia iaitu Allahyarham Michael Jackson. Maaf, aku tak tahu nama ISLAM dia, tak sempat nk cari.

Raja Pop Dunia itu meninggal beberapa hari yang lalu pada jam 3.15 waktu Amerika Syarikat pada usia 50 tahun. Berita juga memberitahu bahawa beliau meninggal dunia akibat kegagalan jantung berfungsi iaitu sakit jantung.

Ahli paramedik yang tiba di rumahnya walaubagaimanapun memberitahu sudah tiada denyutan jantung dan memberitahu bahawa beliau sudah tidak diselamatkan lagi. Kejadian tersebut telah dilaporkan oleh adiknya La Toya Jackson.

Dilabel pelik semasa hidup, kisah peribadi Michael Jackson semakin bercelaru selepas kematiannya apabila timbul persoalan tentang siapa bapa kandung kepada tiga anaknya selain laporan berhubung rancangan upacara besar-besaran bagi memperingati Raja Pop itu.

Walauapapun, hanya ALLAH sahaja yang tahu keikhlasan hati atau keburukan yang beliau lakukan. Innalillah...


Pemain Baru ManU


Syukur ke hadrat Ilahi kerana Manchester United sudah berjaya membawa seorang pemain baru ke pasukan iaitu Antonio Valencia. Pemain yang diburu oleh Real Madrid ini telah bersetuju dengan ManUnited yang akan bermain untuk 4 musim.
SYABAS MANU!

BN ialah "BINI NAJIB"

Aku malas nak tulis dlm blog ni cuma ambik je terus dari harakahdaily.net seperti di bawah:

BN bukan lagi Barisan Nasional atau barang naik tetapi mempunyai istilah terbaru iaitu 'Bini Najib' kata Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar.

Ujarnya ketika berceramah sempena Majlis Makan Malam di Dewan JKKK Sungai Chenaam, Nibong Tebal semalam, pemerintahan sekarang seolah diterajui sama oleh isteri Perdana Menteri yang dikaitkan dengan gadis Monggolia, Antantuya.

"Dulu kita dengar BN barang naik. Itulah dijaja oleh orang ramai terutamanya ketika hari penamaan calon tapi hari ini satu istilah baru telah dicipta oleh mereka yang mahir menamakan singkatan perkataan iaitu Bini Najib, " terangnya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena, Kedah.

Bagi beliau, istilah itu jika dikaji ada kebenaranya apabila Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yu ketika melawat Malaysia bukan sahaja mengadakan pertemuan dengan Najib yang juga Perdana Menteri tetapi mempunyai pertemuan khas dengan isterinya.

Perbuatan itu jelasnya, merupakan tindakan terbaru yang tidak pernah berlaku dalam sejarah pemerintahan negara dan tdak pernah dilakukan olah mana-mana pemimpin negara luar mengadakan pertemuan khas dengan isteri Perdana Menteri secara individu.

"Kalau di kaji ada kebenaranya. Bila Lee Kuan Yu melawat Malaysia selepas mengadakan pertemuan dengan Najib, Lee juga mengadakan pertemuan dengan isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor.

Itu yang menghairankan masyarakat kenapa dan apa motif perjumpaan itu. Lazimnya, pertemuan isteri diadakan berasingan itupun dengan isteri pelawat sahaja, " tegas Mahfuz.

Bukan sahaja timbul kehairanan di kalangan rakyat bahkan di kalangan wartawan yang membuat liputan pertemuan tersebut.

Jika Datin Seri Rosmah mahu membersihkan isu ini beliau perlu menjawab hasil pertemuan itu.

Adakah tindakan Rosmah itu membuktikan bahawa Najib bukan mengemukakan wawasan sendiri malahan mempunyai kaitan dengan isterinya yang cuba campur tangan terhadap pentadbiran negara, katanya.

Dulu bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dikaitkan dengan menantunya, Khairy Jamaludin yang sering dilihat masuk campur tentang pentadbiran negara kali ini Najib pula menerima nasib yang sama bukan daripada menantunya sebaliknya 'Bininya'.

Menyentuh mengenai kenyataan Najib kononya slogan '1 Malaysia' berjaya diserapkan ke hati keseluruhan rakyat negara ini beliau menyifatkan, ia hanya mimpi semata-mata mengantikan slogan Islam Hadhari tajaan Tun Abdullah bila mengambil alih pemerintahan pada penghujung tahun 2003 lalu.

Kenapa kerajaan tidak mengambil langkah menetapkan sahaja slogan untuk memajukan negara mengelak daripada diperkenalkan setiap kali pertukaran kepimpinan.

"Kita tengok mana dia Islam Hadhari yang dijaja oleh ulamak Umno dan kepimpinannya semasa era kepimpinan Tun Abdullah. Begitu juga Wawasan 2020 yang diperkenalkan oleh Tun Mahathir serta Bersih , Cekap dan Amanah yang pernah menjadi trend percakapan orang kuat BN di kedai-kedai kopi, " tambah Mahfuz dalam program anjuran PAS Kawasan Nibong Tebal itu lagi.

Turut berucap pada majlis itu ialah wakil Kelab Penyokong PAS Pulau Pinang, C. J Ong, Ketua Penerangan PAS Perak, Khalil Idham Lim dan Pegawai Khas Menteri Besar Kedah, Ustaz Haji Hasan Abdul Razak.

Hadir sama ialah Yang Dipertua PAS Nibong Tebal, Haji Abdul Rahman Ramjan dan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Helmi Harun.

Musim Perpindahan Pemain Bola


Perpindahan pemain-pemain terkemuka dunia semakin menjadi-jadi sekarang ini. Terbaru sekali ialah penyerang antarabangsa Paraguay, Roque Santa Cruz telah berjaya dibeli oleh Manchester City semalam. Ini membolehkan Santa Cruz bergabubg semula dengan bekas pengurusnya ketika di Blackburn Rovers dulu iaitu Mark Hughes. Perpindahan ini menjadikan perpindahan sensasi kedua yang dibuat oleh Manchester City selepas pembelian Gareth Barry dari Aston Villa beberapa minggu lalu.

Perpindahan kedua ialah perginya Glen Johnson dari Portsmouth ke LiverFOOL.

Tapi yang penting, bila agaknya Manchester United akan membeli pemain sebab sampai sekarang masih belum menampakkan kelibat pemain yang hendak dibeli. Antara yang menjadi sasaran United ialah Frank Ribery, Karim Benzema, Sergio Aguero dan FERNANDOO TORRESS!

Man Utd accept £80m Ronaldo bid


Wow!
Seram sejuk bila dengar tajuk di atas!
Manchester United dah jual Ronaldo ke Real Madrid 80juta Euro!
Satu lagi rekod baru dunia dibuat selepas pembelian Kaka oleh Madrid beberapa hari lalu.

SELAMAT JALAN ROONALDOO!

Keputusan Pemilihan PAS sesi 2009/2011

Di bawah ialah keputusan penuh pemilihan PAS sesi 2009/2011:

Presiden

Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Timbalan Presiden PAS - Nasharudin Mat Isa, (480)

Naib Presiden

1)Tuan Ibrahim Tuan Man, (871)
2)Salahuddin Ayub, (824)
3)Mahfuz Omar, (636)

Ahli Jawatankuasa Kerja
1) Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin, (854)
2) Ustaz Idris Haji Ahmad, (799)
3) Dato' Kamarudin Jaffar (769)
4) Dato' Seri Ustaz Azizan Abd Razak, (653)
5) Dato' Dr Hasan Mohd Ali (642)
6) Dr Mohd Hatta Md Ramli (638)
7) Ustaz Abdul Ghani Samsudin, (637)
8) Dato' Ustaz Abu Bakar Chik (622)
9) Mohamed Hanipa Maidin, (619)
10) Ir Amiruddin Hamzah, (606)
11) Dr Lo' Lo' Haji Mohamad Ghazali, (589)
12) Ustaz Ab Ghani Abdul Rahman,(584)
13) Dr Dzulkefly Ahmad, (576)
14) Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, (536)
15) Ustaz Hashim Jasin, (522)
16) Mazlan Aliman, (513)
17) Ustaz Taib Azamudden Md Taib, (508)
18) Dr Mujahid Yusof Rawa, (488)

p/s: dalam kurungan ialah jumlah undi yang diperoleh kecuali Tuan Guru Haji Hadi yang menang tanpa bertanding!

Muktamar PAS kali ke 55


Selamat BerMUKTAMAR buat PARTI ISLAM SE-MALAYSIA (PAS) kali ke 55

Apa NASIB BOLASEPAK Terengganu???

Kesian pasukan bolasepak Terengganu. Walaupun mempunyai dua pasukan yang boleh dikatakan hebat sekarang ini, tapi pada masa yang sama nasib sudah ditimpa tangga atau lebih tepat dikatakan sebagai nasib sudah ditimpa bumbung stadium!

TERENGGANU dan T-TEam terpaksa beraksi semula di gelanggang lama di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu ekoran bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak runtuh beberapa hari lalu.

Malangnya ketika ini, Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah tidak berada pada tahap terbaik kerana sebahagian daripada tempat duduk penonton di stadium yang dalam proses untuk dirobohkan itu telah dibuang manakala pagar yang memisahkan antara penonton dengan kawasan padang sudah tiada. Permukaan padangnya juga berada pada situasi yang sangat buruk selepas stadium berkenaan dijadikan lokasi Konsert Penghargaan Search di Awan Biru minggu lalu.

Gambaran Stadium Sultan Ismail Nasirudin Shah sekarang

p/s: Apakah nasib pasukan Terengganu dan T-Team akan sama dengan nasib pasukan Kelantan yang beraksi di luar negeri???Kita sama-sama tunggu!

Jurulatih Baru!

Berita bola yang sedang hangat sekarang ialah penghijrahan beberapa jurulatih yang bernama besar dalam arena bolasepak antarabangsa. Antaranya ialah bekas jurulatih AC Milan iaitu Carlo Ancelotti yang berhijrah ke CHELSEA, beliau telah menandatangani kontrak selama tiga tahun dan akan memulakan tugas pada 1 Julai depan. Manakala bekas jurulatih Villareal iaitu Manuel Pellegrini telah sah berhijrah ke REAL MADRID.

- Palegrini -

Diharapkan agar semua jurulatih tersebut tidak menjadi JURULETIH di kelab baru masing-masing...

Mee ASID BORIK

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) kesal dengan langkah Kementerian Kesihatan yang tidak mengambil perhatian serius terhadap gesaannya sejak 25 tahun ini berhubung larangan penggunaan asid borik dalam makanan.

Ketika ini, kajian persatuan itu mendapati, penggunaan bahan terlarang yang menjadi agen penyebab kanser dan merosakkan anggota dalaman badan itu semakin meluas dalam bahan makanan yang diminati ramai.

Melalui ujian terbaru CAP, pelbagai jenis makanan seperti bak chang (ladu Cina), mi kuning, kuew teow dan kuih nyonya didapati mempunyai kandungan asid borik yang tinggi.

Pengerusi CAP, S.M. Mohamed Idris berkata, pihaknya telah membuat aduan rasmi terhadap Kementerian Kesihatan berhubung perkara itu sejak 1984 tetapi sehingga kini tiada langkah drastik yang diambil.

Satu sampel bak chang mengandungi 569 bps (bahagian per sejuta) asid borik, mi kuning pula antara 6.51 hingga 296 bps dan kuih nyonya antara 0.78 hingga 13.5 bps. Ia memudaratkan tubuh jika diambil secara rutin dan kebanyakannya terkandung dalam makanan yang kerap dimakan seperti mi dan kuih-muih.

Asid borik adalah toksik yang boleh membawa kepada keracunan, penyakit gastrousus, kerosakan buah pinggang dan hilang selera makan.