Allah sentiasa ADA disisi

Bila kau letih dan hilang semangat,

Allah tahu betapa kau telah mencuba sedaya upaya..

bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu kedukaan,

Allah telah mengira titisan air matamu..

bila kau rasa ketinggalan dan masa meninggalkanmu,

Allah setia disisimu..

bila kau telah mencuba segalanya tapi tidak tahu tujuan,

Allah ada penyelesaiannya..

bila tidak ada yang beerti buatmu, keliru dan kecewa,

Allah adalah jawapannya…

Kuliah: Meluahkan Perasaan Cinta


Bagaimana meluahkan perasaan cinta kepada perempuan?

Boleh beritahu kepada perempuan tersebut tetapi tidak dalam

keadaan khalwat iaitu hendaklah dengan berjumpa

ibu atau bapa si perempuan.

Nabi menyuruh seorang sahabat pergi berjumpa sendiri dengan

pilihan hati untuk membuktikan kejujuran ingin beristeri.


Kuliah: Hukum Lembu/Haiwan Yang Dirogol Manusia


Tiada nas yang mengharamkan lembu yang dirogol manusia

daripada disembelih tetapi berlaku khilaf di antara ulama.

Suatu pendapat berkata adalah sunat dibunuh

supaya tidak menjadi sebutan orang atau tidak melahirkan

orang yang bercampur lembu.

Manusia campur lembu dipanggil Manumbu.

Ada pendapat mengatakan lembu yang disembelih tadi

haram dimakan dan ada pendapat mengatakan ianya makruh dimakan.

Ukhuwah

SAHABAT...
Indahnye hidup tatkala hati rasa bertuhan....

Dia yang mempertemukan kita semua,
dan Dia jualah yang memisahkan kita.

Pertemuan kita yang sementara itu telah
membibitkan rasa kasih dan sayang
yang mendalam terhadap kalian...

Saya doakan kalian semua berjaya
bukan sahaja di sini tapi jua di sana!
InsyaAllah...

Ukhwah itu INDAH !!!

Kuliah: Cara Istinjak Guna Tisu

Istinjak ada dua cara iaitu guna air.

Yang kedua ialah dengan ganti air menggunakan kertas, tisu atau batu.

Istinjak dengan tisu atau batu perlulah dengan 3 kali sapuan/basuhan.


Kuliah: Mewarna Rambut & Cara Bertudung



Jumhur Ulama mengharamkan warna rambut kepada

warna hitam, tetapi boleh mewarnakan kepada warna lain.

Pemakaian tudung ada 2 matlamat iaitu

pertama untuk menutup rambut dan tengkuk,

yang kedua ialah hujung tudung menutup bahagian atas badan.


Jangan Mencari Yang Terlalu Sempurna

Jika kamu memancing ikan,
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu..
Janganlah sesekali kamu
LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja,
Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu
dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga .....
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang,
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya,
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja,
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatimu.

Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya,
dan janganlah menganggap ia begitu teguh,
cukuplah sekadar keperluanmu.
Apabila sekali ia retak,
tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.
Akhirnya ia dibuang.
Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya,
mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi...

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang,
TERIMALAH seadanya....
Janganlah kamu terlalu mengaguminya
dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa,
Anggaplah dia manusia biasa,
Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN,
bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. ...
akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA,
boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi,
yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.
Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan,
yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.
MENYAYANGIMU. .. MENGASIHIMU. ..
Mengapa kamu berlengah,
cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA,
apabila dia menjadi milik orang lain,
Kamu juga yang akan MENYESAL....



Maaf...sedikit JIWANG.

Kuliah: Hukum Hadir Jemputan Kahwin


WAJIB hadir panggilan kahwin apabila tiada uzur.

Antara uzur itu ialah tayar pancit di perjalanan,

sakit atau ada halangan di tengah jalan.

Jika tempat kenduri itu ada maksiat maka tidaklah wajib hadir.

Kuliah: Haram Guna Pinggan Emas/Perak


Sudu perak atau emas atau bekas makanan/minuman

dari perak atau emas adalah haram digunakan

walaupun oleh raja atau sultan.

Perempuan hanya boleh memakai emas untuk perhiasan tubuh.

Nabi berkata sesiapa yang makan dalam pinggan emas atau perak

maka sesungguhnya dia hanya makan

di dalam perutnya itu api neraka.

Orang laki-laki hanya boleh pakai emas seperti pada mata pen.


Kuliah: Adab Ziarah Orang Sakit


HARAM buat perkara yang boleh

menyebabkan orang sakit itu susah hati.

Contoh yang menyebabkan orang sakit susah hati

ialah dengan mengatakan umurnya tidak panjang.

Kita perlu memberi harapan kepada orang yang sakit.

Kuliah: Hukum Sambut Hari Lahir


Seorang ulama di Universiti Al-Azhar mengatakan

hukum menyambut hari lahir ialah Bid’ah yang harus.

Bila sambut hari lahir sunat buat solat hajat atau sujud syukur.

Meniup lilin semasa sambut hari lahir adalah HARAM.

Sesetengah ulama berkata boleh membuat kek

tetapi tidak boleh letak lilin semasa upacara sambutan hari lahir.

Kuliah: Akademi Fantasia Laknatullah


Akademi Fantasia ialah majlis yang maksiat. Hanya budak-budak perempuan yang dibolehkan menyanyi. Lelaki adalah makruh menyanyi. Perempuan dewasa adalah haram menyanyi kecuali perempuan sahaja yang mendengarnya.

Allah berkata “Jangan sekali-kali kamu wahai perempuan melunakkan suara di hadapan laki-laki Ajnabi”.


Kuliah: Hukum Berkaraoke


Karaoke dirumah dan tidak bercampur laki perempuan

hukumnya harus dengan syarat senikata tidak haram,

tiada orang yang haram mendengarnya,

tidak mengganggu jiran, hormat waktu solat

dan tidak terlalu lama.

Karaoke perlu berpada-pada untuk menghilangkan

rasa penat atau jemu beribadah.


Kuliah: Zina & Video Lucah


Bolehkah menonton video lucah untuk mengelakkan zina?

Tidak boleh mengawal nafsu dengan nafsu.

Yang mengawal nafsu ialah dengan agama.

Nabi kata kalau mahukan perempuan perlulah bernikah,

kalau tidak mampu perlulah berpuasa.


Pantai Batu Buruk

Ini kejadian air laut yang melimpah di Pantai Batu Buruk
di saat tragedi Tsunami melanda Jepun minggu yang lalu.
Ramai beranggapan ini adalah saki-baki tinggalan
yang telah melanda Jepun.
Video ini sebenarnya memberi pengajaran kepada semua
untuk sentiasa berwaspada dan berjaga-jaga.
ALLAH itu MAHA HEBAT.

p/s: Video ini khas untuk seorang kakak yang ingin menyaksikan sendiri fenomena alam yang maha hebat ini.