buat sahabat dan semua

D'Masiv – Rindu Setengah Mati

Aku ingin engkau ada disini
menemaniku saat sepi
menemaniku saat gundah

berat hidup ini tanpa dirimu

aku rindu setengah mati kepadamu
sungguh ku ingin kau tahu
aku rindu setengah mati

meski telah lama kita tak bertemu
ku selalu memimpikan kamu
ku tak bisa hidup tanpamu

aku rindu setengah mati kepadamu
sungguh ku ingin kau tahu
ku tak bisa hidup tanpamu
aku rindu…

Bila ISLAM dimainkan!

Umat Islam yang menolak hanya satu ayat dari Al-Quran sudah dianggap KAFIR. Apatah lagi apabila Hukum Hudud Allah diBODOHkan yang sudah terang-terangan dinyatakan oleh Allah dalam Al-Quran. Ini ucapan MB Johor beberapa hari ni yang katanya ISLAM!

“What will happen when PAS comes to power? PAS already came to the Felda areas, saying that they want to form an Islamic state. They say they want laws to chop off your hands for stealing. That is the content of their campaign with the Malays in Chemplak in Tenang,”

Terjemahan: "Apa akan jadi bila PAS mendapat kuasa? PAS kini sudah sampai ke kawasan-kawasan FELDA, mereka kata mahu menubuhkan Negara Islam. Mereka kata mahukan undang-undang yang akan memotong tangan kamu jika mencuri. Inilah isi kandungan kempen mereka di hadapan Orang Melayu Chempelak di Tenang,"

Anda nilaikan sendiri...

Kuliah ILMU

Taklah susah nak mencari kuliah ilmu ni.
Cuma terpulang pada kita
untuk mencarinya atau tidak.
Alhamdulillah, majlis ilmu yang sentiasa
dipayungi oleh sayap-sayap malaikat ni dapat diikuti dengan redhaNya.

Kuliah ni dibuat setiap hari di Masjid Batu, Permatang Pauh.
Diri sebenarnya terasa sudah kurang berilmu setelah lama MENGURANGKAN MASA untuk sibuk kepada urusan ukhrawi ni.
Namun sekarang, mungkin usia yang semakin tua memerlukan lebih banyak ilmu untuk menghadapi hari-hari mendatang.

Syukur Allah masih meletakkan hati ini kepadaNya.

Moga hati yang terpaut kepada masjid akan terus-menerus istiqamah.
Harap-harap.
Ameen.

kawan saya ni...?

Saya ada sorang rakan kerja.
Dia baik, tak kedekut ilmu,
dan suka tolong rakan-rakan sekerja.
Tapi ada satu masalah...

Dia: Kalau aku nak baiki mesin ni, aku duduk je. Sebab aku tak pergi surau. Aku duduk bersila je atas lantai.
Saya: Oh, yeke? (Dalam fikiran, apa kawan aku ni sedang fikir pasal aku. Adakah dia fikir yang aku ni malas duduk sebab takut kotorkan seluar? Atau saje je nak perli aku yang takut kotor seluar? Tapi, dia ni tak solat ke sampai boleh cakap macam tu?)

Isk.
Apa 'moral of the story' untuk hal sebegini...?
Tepuk dada tanya IMAN KITA.

Politik di mana2.


Politik di mana-mana...
JOM!


Masjid Batu

Alhamdulillah...
Allah masih memberi kesempatan,
untuk solat Jumaat berjemaah.

Tadi sempat bersolat Jumaat di Masjid Batu,
Kampung Pertama, Permatang Pauh, Pulau Pinang.
Masjid kawasan ni ada dua sebenarnya...
ianya saling berdekatan.
Setiap kali Jumaat,
orang kampung akan bersolat Jumaat...
secara bergilir
di kedua-dua masjid ini.
Jika minggu ni solat Jumaat di masjid ini,
minggu depan solat Jumaat dibuat di masjid satu lagi.

Pengisian khutbah:
"Manusia sebenarnya masih ramai yang tidur lena dan akan terjaga apabila Malaikat Maut datang menjemput"

Pelik...sebab jarak kedua-dua masjid ni hanya beberapa meter.
Mungkin Masjid UMNO dan Masjid PAS.

IBU...6tahun berlalu.

Dia insan paling istimewa...tiada bandingan atau tandingan...walau berjuta yang lain hadir...Dia tetap satu.

Dia bersusah-payah demiku...mengatur makan dan pakaianku...mencorakku dari seorang biasa...menjadi insan seperti kini.

Dia yang berhujan panas... mencari sesuap nasi untukku...Dia tidak kenal erti lelah...mencurah keringat mengatur hidup keluarga.

Dia banyak berpesan...ada yang kuingat dan lupa...tutur katanya sentiasa tepat...mengukir senyuman indah selalu.

Hari ini dalam kenangan,
6 tahun sudah berlalu,moga IBU kekal abadi di 'alam sana',moga Allah merahmati IBU selamanya.
-Al Fatihah-

Hari ni saya 25!

25???
banyaknya nombor ni...
isk..
dah tua rupanya diri ni.

Apapun, semua manusia akan jadi tua.
Tapi tak sangka secepat ni jadi tua.
Masih banyak yang belum dicapai,
dalam kehidupan ni.

Namun dalam usia 25 ni,
rasa masih banyak ibadah yang tak terlaksana,
tuntutan kepadaNya yang paling penting.

Moga2 diri ini diberi perlindungan olehNya sentiasa.
Ameen.

1st Day Praktical

Hari pertama praktikal,
kebetulan sama tarikh mula sekolah,
semacam baru masuk sekolah.
Hari pertama,
penuh dengan perasaan malu.
Tapi demi segulung ijazah,
perasaan tu dibuang jauh-jauh.
Rasa gembira masih ada
kerana selamat berpraktikal di negeri orang.

Syukur, hambaMu masih dalam redhaMu.

SELAMAT TAHUN BARU 2011

SELAMAT TAHUN BARU SEMUA!
Alhamdulillah, syukur pada Ilahi.
Masih lagi diberi peluang,
untuk sambut lagi tahun baru,
setelah tahun baru Hijrah,
yang tiba dulu.
Tahun baru kali ni,
disambut di negeri baru,
dalam suasana baru,
ragam manusia yang baru,
dan semuanya semacam baru.
Moga semuanya baik,
sepanjang praktikal di Pulau Mutiara ini.

Ameen...