melawat tempat praktikal


Sehari suntuk di Pulau Pinang kelmarin. Pergi bukan untuk suka-suka atau shopping menghabiskan duit. Tapi pergi menunaikan apa yang perlu ditunaikan demi meneruskan karier perjalanan hidup yang akan dihadapi seterusnya.

Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar kelmarin. Tempat untuk praktikal sudah ditentukan di Pulau Mutiara tersebut. Dapatlah kenal tempat untuk menjalani latihan industri nanti selain mencari rumah sewa disana. Setakat ini Allah dah permudahkan segalanya dan harap-harap ianya berterusan selama berada di tempat baru nanti.

Untuk mengenal selok-belok negeri baru yang akan didiami nanti, macam biasa kenalah berjalan-jalan dahulu. Tempat pertama yang dikunjungi ialah tentunya Nasi Kandar Penang. Sememangnya sedap nasi tersebut yang dah jadi buah mulut orang ramai. Tak rugi rasanya makan smpai RM9. Selepas tu dapatlah juga rasa naik feri Penang untuk ke bahagian pulau. Sampai di pulau, tentunya Pasembur jadi pembuka selera yang harganya mencecah RM10. Padan muka!

Balik dari Pulau, singgah di Gerai Char Koew Teow yang paling terkenal di Pulau Pinang. Orang Penang mesti tahu la tempat ni. Jauh berjalan sebenarnya penat. Tapi kepenatan berjalan tu menambahkan lagi pengetahuan kita. Moga segalanya berjalan baik untuk latihan industri nanti.
Ameen.

selesai sudah

MERDEKA!
MERDEKA!
MERDEKA!

Dah dua hari final exam di UniKL MFI ni berlalu. Baru dapat lepas semua perkara berkaitan pelajaran. Boleh fokus pada hal lain, setelah selama berbulan ni asyik mengadap pelajaran je. Sedikit mengeluh untuk melapangkan hati.

Lega rasanya setelah 8 semester bertarung disini. Dah habis semua paper diambil untuk kursus mechatronics ni. Dulu rasa macam tak mungkin untuk habiskan semua semester namun Allah tak pernah berbohong kepada umatNya yang berusaha. Alhamdulillah, sepanjang 8 semester ni Allah sentiasa memudahkan segala usaha walau kadang-kadang apa yang dicapai tu sangat susah sebenarnya.

Bermacam-macam hal bermain di benak fikiran sekarang. Tentang praktikal dan tentang masa depan yang sudah semestinya menjadi keutamaan. Moga Allah sentiasa meringankan segala yang akan dihadapi selepas ini...
Ameen.

Salam EidulAdha 1431 Hijrah

الله أكبر,الله أكبر,الله أكبر
WALILLAH ILHAM...


Kepada semua kawan-kawan dan rakan-rakan taulan...
kepada ahli keluarga...
juga kepada pembaca setia blog saya ni...
suka rasanya saya mengucapkan...
SELAMAT HARI RAYA EIDULADHA kepada semua.

Buat keluarga di kampung...
maaf tak dapat balik raya...
tugas menimba ilmu belum habis disempurnakan lagi...
sedih juga rasanya pertama kali beraya di perantauan.

Apa yang penting,
Jadikanlah ikhtibar kisah ketabahan Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail...
yang saban tahun kita diingatkan dan diceritakan...
sebagai pengajaran yang berguna...
setiap kali tarikh 10 Zulhijjah tiba.

Ingatlah...
ketabahan dan pengorbanan Nabi Ibrahim tiada maknanya...
jika kita tidak mengambil ikhtibar akan peristiwa tersebut.

SALAM EIDULADHA 2010 dari saya...

jalan-jalan...

Letih balik dari Kedah belum hilang.
Suara pun serak-serak basah je
Sahabat pula ajak berderap.
Lalu The Mines jadi sasaran.
Menemani sahabat membeli hadiah untuk kenalan dia.
Tak salah kalau sekali-sekala keluar dengan sahabat ni.
Selain merapatkan ukhuwah..
Dapat kenal tempat orang.
Dapat melihat keagungan ciptaan Allah Yang Maha Esa.

Sampai di sebuah kedai cenderamata...
ternampak benda ni.


Lepas kena marah oleh penjaga kedai supaya tak boleh ambik gambar...
saya ambik lagi gambar lain.
Penjaga kedai tu senyum je.
Mungkin dia faham kot tabiat peminat bola ni,
Walaupon main tak pandai.


Letih berjalan mencari hadiah,
kami makan di Subway.
Pertama kali jejak sebenarnya ke tempat ni.
Kekok mulanya nak tempah sandwich ni.
Ada langkah yang perlu diikut untuk membuat order.
Harganya mak oii!!!
RM13.00 + Ice Lemon Tea.

Wah...wah...wah.
Banyaknya duit saya.
Sebenarnya saya dah dua hari tak keluar belanja.
Sebab dua hari ni saya di'sponsor' sepenuhnya di Kedah...
semasa menolong mangsa banjir di sana.
Dan sebab nilah saya berani makan mahal-mahal nih...

Inilah rupa sandwich tu!
Besaqnye!!!
Akhirnya mende ni dah berada rapi dalam perut.
Duduk diam2.
Hehe.

Misi Kemanusiaan ke Kedah


Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi. Dua hari yang telah lalu, saya dan sahabat-sahabat dari Jabatan Amal Serdang telah memberikan bantuan yang tak seberapa bagi membantu mangsa-mangsa banjir di negeri Kedah. Walaupun kami lambat sampai menghulurkan bantuan dikala ramai sukarelawan telah datang membantu sebelum ini, namun pengalaman menceritakan kisah yang sebenarnya.


sukarelawan Unit Amal PAS...

Dipendekkan cerita, ternyata apa yang dihebohkan media terutama RTM dan Media Prima semuanya bohong dan fitnah karut yang dibuat ke atas kerajaan negeri Kedah. Apa yang berlaku pada dua hari kami disana ternyata menggambarkan keadaan sebaliknya. Tiada seorang pun penduduk berkata yang mereka tidak mendapat bantuan dari kerajaan Kedah. Kalau adapun cuma bantuan tu lambat sedikit untuk sampai kepada semua mangsa banjir. Malahan ada penduduk yang mengatakan bahawa Kerajaan Pusat tidak membantu dari segi wang ringgit dan juga tenaga manusia yang sememangnya susah dibekalkan oleh kerajaan pusat pimpinan UMNO BN. Inilah yang terjadi jika kita hanya bergantung pada TV di rumah semata-mata.Media yang memainkan isu kononnya kerajaan Kedah tidak membantu ternyata menipu rakyat semata-mata tanpa mempedulikan perasaan dan rasa hormat kepada kerajaan Kedah. Tak hairanlah jika Menteri Besar Kedah sangat marah dengan tindakan beberapa media yang membuat liputan keadaan banjir di Kedah dengan menemurah mangsa-mangsa banjir di tepi jalan tanpa bertanya hal yang sebenar kepada kerajaan Kedah. Main hentam keromo je. Ini apa yang saya dapat tahu dari penduduk negeri Kedah sendiri.


sukarelawan dari Nisa'...


sukarelawan dari Briged Amal Selangor...

Sepanjang dua hari disana, masalah utama yang dapat dilihat ialah kurangnya alat untuk membuat proses pembersihan termasuk tenaga manusia yang sememangnya tidak mencukupi. Nasib baik ratusan sukarelawan dari Pakatan Rakyat dan NGO memberi bantuan mengurangkan beban semua mangsa banjir. Kami langsung tidak tahu dimana khemah bantuan dari UMNO BN dan lebih teruk lagi, ada penduduk kecewa dengan UMNO BN yang hanya membantu ahli-ahli mereka sahaja. Ada juga beberapa kedai barangan plastik dikatakan membuat jualan lelong kepada mangsa banjir untuk meringankan beban yang ditanggung. Tahniah diucapkan.


keadaan rumah seorang OKU...


kerja pembersihan dengan 'water jack'...


sepakat membawa berkat...


siap...

Kami disana pun cuma membantu sekadar yang termampu dengan membuat pembersihan ke atas rumah seorang OKU dan ibu tunggal. Rumah OKU tersebut ternyata sukar dibersihkan tanpa tenaga manusia dan alat yang betul seperti 'water jack' dan lain-lain. Selut basah yang tebal dan juga kering tidak mungkin mampu dibersihkan oleh OKU tersebut. Apa yang lebih memilukan bila melihat seorang ibu tunggal menyusun semula barangan yang telah rosak akibat terlalu lama ditakung air. Pelbagai barangan termasuk bekalan makanan dan pakaian
disumbangkan oleh orang ramai namun tidak semua barangan ini diperlukan oleh mangsa-mangsa banjir kerana apa yang lebih diperlukan ialah sumbangan berbentuk wang ringgit dan tenaga manusia untuk membantu kerja-kerja membersih kawasan rumah.

seorang ibu tunggal menyusun peralatan yang rosak...


bantuan yang dihulurkan orang ramai di Kompleks Pas, Kota Sarang Semut.

Dalam menghadapi keadaan banjir buruk tu, penduduk di Kedah sekarang sebenarnya sibuk dengan majlis memperingati mangsa-mangsa Memali iaitu tragedi menyayat hati yang berlaku pada 19 November 1985 semasa pemerintahan Mahathir dulu. Pelbagai majlis diatur sempena majlis tersebut yang diadakan setiap tahun di Kampung Memali. Solat hajat, membaca Al-Quran dan lain-lain diadakan sempena memperingati mangsa-mangsa yang terbabit.

Akhirnya kami pulang dengan jawapan konkrit dari penduduk bahawa ternyata semua fitnah dan hasutan pihak media sebelum ini adalah mengarut tentang kerajaan negeri Kedah. Dan yang terbaru, Sultan Kedah murka kepada media yang membuat liputan apabila memberitahu kerajaan Kedah tidak membantu mangsa-mangsa banjir tersebut. Sultan sungguh kecewa!

Sekian.


FINAL Exam...

Secara rasminya...
FINAL EXAM MFI dah mula hari ni...
8hb November hingga 20hb November 2010.
Harap-harap dapatlah menjawab dengan baik untuk semester akhir ni...
Harap-harap dapatlah menyudahkan
segala yang telah diajar oleh pensyarah dengan sebaik mungkin.

Doakan kejayaan saya...
Ameen.

seseorang merajuk

Sekarang saya tengah buat seseorang merajuk...
Memang silap saya sendiri pun...
Cakap main lepas je...
Mungkin dia terasa hati kot.
Dia tu lelaki, tapi sekarang senyap je.
Mesej tak balas.

Mungkin sikap saya yang 'happy go lucky' sangat...
buat dia marah dan takmahu cakap dengan saya...

Entahlah, saya sebenarnya cuba jadi happy...
Kalau saya betul-betul jadi diri saya...
saya tak kuat seperti hari ini untuk mengharungi semuanya nih.
Mungkin saya tersungkur di bumi Allah ni.

Tapi kadang-kadang tak perasan,
yang seseorang mungkin terasa hati dengan tindakan kita.
Walhal kita hanya bergurau.
Sekarang dah jadi macam ni,
rasa bersalah pula.

Kalau la dia baca luahan ni...
harap-harap dia faham.
Ameen.

PAS kalah, PKR tak menang

Tahniah kepada calon BN yang berjaya merampas DUN Galas,
disamping mengekalkan parlimen Batu Sapi dengan majoriti lebih besar.
Kepada Pakatan Rakyat, PAS dan PKR jangan bersedih,
kita memang dah biasa kalah.
Ia tidak mengubah apa-apa kepada kerajaan PAS Kelantan.
Kita terima dengan hati yang terbuka dan berlapang dada.


Macam biasa, ISLAM diketepikan bilamana kemenangan di pihak mereka!

yeah!!!


hooray!!!

PAS kalah...
PKR tewas...



penutup program


Alhamdulillah...
Segalanya sudah berakhir dengan majlis penyampaian sijil tadi.
Majlis yang tak seberapa,
tetapi menemukan dan menyatukan hampir kesemua peserta
mendaki Gunung Nuang yang telah diadakan pada bulan Oktober lalu.

Telah terakam juga satu lagi kenangan indah di Bangi ni.
Kenangan yang akan tersemat di ingatan hingga ke akhir hayat.
Kenangan bersama sahabat-sahabat...
berjaya membelah sebuah gunung untuk sama-sama sampai ke puncaknya.
Dan kemuncak segala kenangan itu ialah majlis yang diadakan tadi.

Moga ukhuwah terjalin selamanya antara kami.
Namun bukan berakhir sudah segalanya...
Segala catatan indah bersama sudah terakam abadi sebagai kenangan...


ma, pa, hubby, sayang, darling!


Amboi...
manjanya panggilan-panggilan sebegini...
Hati-hati manusia yang kerdil pasti tercabar bila terpanggil sebegini...
Pasti luluh hati si lelaki atau si gadis...
tatkala panggilan sebegini terbit dari mulut si pemanggil.

Nauzubillah...
Beberapa hari yang lepas,
saya terserempak dengan seorang kawan di facebook.
Nadanya seperti merayu-rayu minta sesuatu daripada si lelaki bukan muhrimnya.
Tiada perasaan malu,
bukan pada diri sendiri tapi pada ALLAH S.W.T.

Belum apa-apa dah mula panggil hubby.
Minta itu minta ini.
Cakap sayang 'I Love You' tu memang da biasa la.
Sedangkan mereka baru sahaja berpacaran.
Belum pun berumahtangga.
Bergelak tawa sana-sini tanpa segan silu.
Beritahu seisi alam yang mereka sedang bahagia di alam 'couple'.

Kalau dah sebegini keadaanyanya semasa couple...
nanti kalau masuk alam pernikahan entah la jadi macam mana.
Harap-harap ada nada insaf di hati masing-masing.

"AL MUKMIN LIL MUKMINAT. WA AL SOLIH LIL AL SOLIHAT"

Mendaki Bukit Broga


Kadang-kadang studi ni perlu dilupakan seketika untuk menghilangkan penat menelaah pelajaran tu. Dan cara yang terbaik adalah dengan beriadah bersama teman-teman. Dapatlah lupa seketika buku dan alat tulis tu.

Alhamdulillah, minggu studi selama seminggu dapatlah digunakan untuk studi dan beriadah dengan teman-teman ni. Takkanlah nak mengadap buku je sepanjang minggu ni, ada kelapangan kenalah lupakan juga buku-buku tu. Lagipun dah taklama lagi masing-masing akan berpisah membawa haluan masa depan. Entahkan ada ke tidak peluang untuk beriadah bersama.

Hari ni dapatlah kenal dengan Bukit Broga yang sejauh 1.7km ni. Pendakian dilakukan bersama 3 rakan yang lain, Nazri, Syahmi dan Syera.
Letaknya Bukit Broga ni adalah di Semenyih. Kami pada asalnya terlajak sampai masuk ke sempadan Negeri Sembilan. Kami mula mendaki kira-kira pukul 8pagi dan sampai ke puncak pertama kira-kira 45minit kemudian. Bukit Broga ni mempunyai 4 puncak kesemuanya. Namun akibat hujan yang lebat, kami terpaksa berhenti di puncak pertama sahaja dan berpatah balik.

perjalanan ke puncak...


tinggi...


hehe...

Walaupun tak puas hati, namun keselamatan harus dijaga. Mungkin lain masa kami akan daki lagi. InsyaALLAH...

Happy Birthday Siti Nor Hajar!


Semalam...
tengah main futsal...
tetiba ringtone Maher Zain berbunyi...
menandakan ada mesej baru dari handphone...
"P0k yi ari nie kak msok um0 17 dh..hehe.."

Terkejut...
sebab tak pernah terima mesej dari anak sedara...
tentang birthday mereka.

Tapi semalam rasa sangat terharu, gembira...
dan pelbagai lagi perasaan bermain di fikiran.
Pak sedara tak pernah ingat pun hari lahir anak sedaranya...
yang seramai 28 orang kesemuanya tu.

Happy birthday buat kakak(panggilan manja di rumah).
Belajar rajin-rajin!

studyweek


Amboi...anak sape ni???
Bersemangat sungguh belajar!!!


StudyWeek atau minggu menelaah pelajaran di MFI dah bermula.
Sepanjang seminggu ni..
ramai pelajar mungkin tak berapa senang duduk.
Mandi tak basah,
Tidur tak lena,
Makan tak kenyang...
Satunya sebab takut nak hadapi FINAL...
akibat dari carrymark yang rendah.
Lain-lainnya, mungkin terbayang akan susahnya...
soalan-soalan yang akan keluar sebab soalan FINAL...
memang susah nak diramal.

Namun dalam kekalutan sebegini,
ada juga kawan-kawan yang balik kampung.
Mungkin nak lepaskan tension sebab dah berbulan duk belajar.
Ada juga yang nak minta restu makayah...
agar segalanya dimudahkan semasa menjawab FINAL EXAM nanti.

Syabas....
Study...jangan tak study!!!