8 tahun berlalu...

28hb Sept...
Tak ada yang penting sangat pasal tarikh ni. Cuma tarikh peringatan je, walaupun dah dua hari tarikh ni berlalu. Seperti biasa, tarikh ni datang lagi. Sebenarnya dah 3kali aku tulis entry tentang tarikh ni sejak wujudnya blog ni. Tarikh yang lengkapnya ialah 28hb September 2002 pukul 6.20 petang. Tarikh perginya ayahku ke Rahmatullah. Memang sampai bila-bila pun takkan luput tarikh ni.

Hari sabtu 28hb Sept tu, aku sepatutnya menghadiri kursus pengawas asrama sekolah. Semua kelengkapan telah aku siapkan untuk ke kursus tu. Aku amat berkeyakinan yang ayah memang akan sihat seperti biasa mengikut apa yang diberitakan. Jadi aku pulang ke rumah sehari sebelum 28hb tu untuk menyusun kelengkapan kursus. Aku sempat berbisik pada ayah, "Jangan lupa tgk gusti malam ni". Sebab hari sebelum ayah pergi ialah hari Jumaat iaitu hari gusti Smackdown disiarkan di TV3. Itulah rancangan kegemaran ayah aku sebenarnya, gusti. Dan akulah peneman setianya untuk menonton gusti ni, sejak kecik sampailah dia meninggal.

Pagi 28hb Sept tu, aku dah siap dgn semua kelengkapan kursus. Namun khabar kurang baik aku terima. Ayah dalam keadaan tenat. Aku masih lagi tak percaya sebab keadaan ayah pada malam sebelumnya aku tengok Ok je. Aku sebenarnya amat berbelah bahagi antara kursus dan ayah. Kursus tu juga sangat penting sebab dah lama cikgu sekolah rancang nak buat. Entah macam mana aku bawak juga beg kursus ke hospital sambil berharap agar keajaiban mungkin ada. Rasa tak selesa pun ada sebab mungkin ayah diletakkan di nombor dua, kepentingan diberi kepada kursus tu. Aku bawak juga beg tu.

Sampai saja di hospital, doktor beritahu yang ayah sudah tidak bertindak balas dengan peralatan hospital. Doktor menyuruh agar keluarga berdoa dan memohon agar segalanya dimudahkan oleh Allah. Aku terpaksa jua membatalkan kursus tu, walau nada cikgu aku masa tu semacam je sambil berharap agar aku dapat pergi juga berkursus jika ayahku kembali stabil.

Dalam suasana penuh pengharapan tu, aku turun ke tingkat bawah hospital untuk membeli makanan selepas disuruh salah sorang kakakku. Balik dari membeli makanan tu, aku tengok dah ramai orang kat katil ayah. Semua orang pandang ke arah aku. Rupa-rupanya ayah dah pergi menemui Ilahi. Hanya deraian airmata dan penyesalan yang amat sangat tak dapat digambarkan pada masa tu. Aku hanya turun sekejap sahaja, namun Allah tak menunggu untuk mengambil nyawa umatnya. Ingatkan sempatlah untuk bersama dengan arwah di saat-saat kematiannya. Aku hanya redha dengan ketetapan Allah ke atas apa yang berlaku pada hari tu. Selesai sahaja pihak hospital menguruskan jenazah, aku pulang ke rumah bersama dengan jenazah menaiki van untuk urusan pengkebumian.

Seminggu aku bercuti selepas arwah pergi...
Al-Fatihah untuk ayah...

dua cerita, satu masa

Aku jarang ke masjid sebenarnya. Mungkin sibuk atau kemalasan tu yang membuatkan aku jarang ke masjid ni. Walhal masjid bukanlah jauh pun. Tak sampai 1km dari rumah.

Kisah ni pun bukan menarik sangat tapi ada juga sedikit moralnya. Mulanya aku pergi tengok perlawanan bolasepak, biasalah pasukan kegemaran aku yang main waktu tu. Perlawanan pukul 7ptg iaitu waktu maghrib. Rehat separuh masa perlawanan aku pun terus ke masjid menunaikan solat maghrib. Masjid pun kebetulan sebelah kedai mamak je.

Kebetulan waktu tu ada orang sedang solat iaitu seorang ayah dan mungkin juga anak lelakinya. Aku agak je. Aku tak ikut serta sebab mungkin mereka sedang solat jamak. Jadi aku solat jauh sedikit dari mereka. Sesudah salam, si ayah mengajar anaknya tentang cara solat yang betul. Kerana pada mulanya, si anak yang menjadi makmum tadi mengikut solat ayahnya di sebelah kiri, sedangkan kedudukan yang betul adalah di sebelah kanan ayahnya. Si anak yang masih kecil mendengar dengan khusyuk akan kesalahannya. Bagus betul si ayah mengajar anaknya.

Dalam keadaan tergesa-gesa, aku pun terus keluar dari masjid setelah selesai solat untuk menuju ke arah motor, takut-takut terlepas 45minit perlawanan seterusnya. Sampai di motor, seorang makcik tua menegur aku.

Makcik: Kat sini pelajar MFI ramai kan?
Aku: Betul tu makcik, tapi budak KPTM pun ramai.
Makcik: Anak makcik pun belajar kat MFI. Makcik tengah tunggu dia la ni.
Aku: Ooo, dia ambik kursus ape? Dia baru masuk ke?
Makcik: Tu pun dia anak makcik.(Sambik menunjuk dan berjalan ke arah anaknya).

Makcik tadi peluk dan cium anak lelakinya sepuas hati. Mungkin makcik tu terlalu rindu akan anaknya sampaikan aku yang ditegur tadi dilupakannya. Bengang juga aku. Mungkin kerinduan teramat sangat terhadap anaknya. Rindu seorang ibu. Si anak tadi pun memeluk erat ibunya. Aku pun terus berlalu pergi.

Sesampai kat kedai, aku mula pikir. Sebenarnya dalam sekaligus tadi aku dipertontonkan oleh Allah akan kasih seorang ayah dan ibu kepada anaknya. Mungkin juga petunjuk padaku yang jarang ke masjid ni. Agungnya kuasaMu Ya Allah.

kasih sayang


Pada suatu hari di sekolah...
seorang murid bertanya pada gurunya...
Ketika itu guru tersebut sedang mengajar mengenai kasih sayang.

PELAJAR: Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

CIKGU: Ok, kamu ikut apa yang saya suruh. Kamu pergi ke padang. Kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput di depan kamu. Pilih yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walau sekali. Dah petik rumput yang PALING cantik, bawa ke kelas.

Apabila pelajat tersebut pulang ke kelas, tiada sehelai rumput pun di tangannya. Cikgu bertanya, kenapa tiada rumput yang dipilih?

PELAJAR: Tadi masa saya berjalan, saya carilah rumput yang paling cantik. MEmang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik, maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang, saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada antara yang di belakang saya tadi rumput yang cantik tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

CIKGU: Ya itulah jawapannya. Maknanya apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita mencari lagi yang lebih baik dari itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Semoga yang berlalu tidak berulang lagi. Dan ingatlah orang yang paling kita sayang itulah yang paling cantik dan paling baik. Walaupun nak diikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi...

Susah hendak menilai apa itu erti kasih sayang...
Memang susah nk dirungkai dengan kata-kata...
Sebab kasih sayang suatu yang sangat subjektif...
Tiada ungkapan atau kata yang mampu dilafaz jika kita menyayangi seseorang...
Jika kita melafazkannya pun,
tak mungkin orang tersebut akan percaya bulat-bulat...
Hanya Allah yang tahu betapa kasih dan sayangnya kita pada seseorang...

Thanks to: Nor Suhana Musa - Youtube.com

4 lagi follower

Beginilah selalunya...
Aku akan menulis setiap kali ada saja follower baru di blog ni..
Bukan apa,
sebagai tanda penghargaan menjadi teman blogger...

Dari Bulan Ramadhan lalu hingga sekarang,
blog ni menerima 4orang lagi follower terbaru...
Sememangnya blog ni susah nak menerima follower...
Mungkin kurang promosi kot..tak mengapalah.

Pertamanya ialah sahabat baik aku semasa belajar di Kemaman lagi...
Namanya Abdul Ghafur Suhimin...
Sekarang pun masih bersahabat dan sama-sama belajar di MFI ni...
Blognya ialah http://ganunelang.blogspot.com/

Kedua ialh seorang budak kecik...namanya NurSeha.
Aku kenal semasa praktikal Diploma dulu...
Erm...seorang kawan juga merangkap Adik kot.
Blognya http://bilajiwaberbicara.blogspot.com/

Ketiga ialah seorang sahabat di sekolah rendah dahulu...
Namanya rahsia...sebab dia low profile...
Dia mungkin marah aku tulis psal dia ni.
Kat blogger orang kenal dia sebagai Cik Tom...
Tapi blognya memang ramai giler follower...
Blog dia http://tomatogurlslife.blogspot.com/

Keempat ialah saudara Nobita Sensei...
Seorang blogger yang juga ada rmai follower...
Mungkin dia ni minat sangat dengan kartun kot..
Tengok saje la namanya...
Blog dia ialah http://nobitasensei.blogspot.com/

TERIMAKASEH pada semua yang sudi jadi FOLLOWER saya...
terimalah hadiah tak seberapa ni...

maaf...

Beratnya hati nak menulis pasal ni...
Makin disimpan rasanya makin nak meletup.
Mengenangkan perasaan diri yang bersalah ni.
Perasaan bersalah ni sebenarnya dah berlaku sejak bulan Ramadhan lagi.
Entah la kat mana silapnya.
Mungkin salah pendekaan kot.
Ucapan maaf dah dipohon.
Tapi kenapa aku masih lagi rasa bersalah ni???

Sememangnya hati ni tak berapa sedap sejak minggu-minggu kebelakangan ni.
Rasa tak selesa je.
Rasa bersalah yang amat sangat sebenarnya ni ditujukan pada seorang kawan.
Dia macam tak mahu berkawan lagi dengan aku.
Seakan aku ni selalu mengganggunya.
Kalaulah dia tahu akan rasa ini, maafkanlah diri ini seadanya.
Takkan ku ulang lagi kekhilafan dulu.
Kekhilafan yang bukan sengaja aku lakukan padanya.
Aku memang bersalah...

Maaf.

Sekolah Harapan



Dah cukup rasanya beraya untuk 10hari tu. Sekolah MFI ni pun dah bermula kembali. Berlambak kerja yang tertangguh. Assignment... Projek..bnyaknya!

Tapi dah lama rasanya tak menulis pasal isu semasa ni. Sekarang mesti tengah heboh pasal kes pembunuhan ngeri Dato' Sosilawati tu. Takziah buat keluarganya yang menyambut Syawal dengan sangat mendukacitakan tahun ni. Takdir Allah takada siapa dapat halang.

Namun, satu lagi fenomena baru iaitu Sekolah Harapan juga tak kurang hebohnya, walaupun sedikit tenggelam dengan kes pembunuhan Dato' Sosilawati tu. Sebagai remaja rasanya terpanggil dengan bermulanya sesi persekolahan bagi Sekolah Harapan ni. Sampai sekarang aku masih bingung dengan halatuju, visi serta misi penubuhan sekolah ni. Sedangkan sekolah bakti yang sedia ada seperti di kampung aku tu sudah tak mampu nak tanggung jumlah kemasukan pelbagai permasalahan remaja saban tahun. Inikan pula diwujudkan sekolah khas untuk menempatkan remaja-remaja dan mungkin golongan dewasa yang hamil luar nikah. Semacam menggalakkan saja gejala hamil luar nikah ni dilakukan.

Baru-baru ni dah 5orang pelajar pertama diterima masuk ke situ. Mereka ni diharap dapat berubah sambil dapat menjalankan kehidupan biasa yang akan dibantu oleh kerajaan. Apa yang boleh dibanggakan lagi ialah mereka akan menjadi senior bilamana ada kemasukan baru pada masa akan datang.

Mungkinkah lepas ni akan timbul suara-suara sumbang yang mengambil mudah masalah anak luar nikah ni. Apa yang dibimbangkan ialah mungkin lepas ni kaum Adam akan ambil mudah sahaja kalau dapat memuaskan nafsu masing-masing sebabnya Sekolah Harapan kan dah ada. Tak perlu la kot nak susah-susah atau bimbang ataupun takut-takut dengan apa yang dah terjadi. Nauzubillah...

Harap-harap Malaysia tak jadi seperti tu dan juga harap-harap tak akan wujud 'tempat-tempat HARAPAN' yang lain seperti Klinik Harapan, Hospital Harapan ataupun Kampung Harapan...

Raya kesepuluh...

Perjalanan jauh tak kurasa. Kerna hatiku melonjak sama. Ingin berjumpa kawan-kawan. Yang selalu bermain dimata...hehe.

Cukup sudah raya kesepuluh...
Raya kesepuluh ni aku habiskan atas highway je...
Jauh juga perjalanan ku tempuh. Semata-mata nak balik ke MFI dengan motor buruk aku tu. Aku terpaksa 'tipu sunat' kakak aku agar dia tak bimbang. Yang sebenarnya aku pulang ke MFI sorang diri. Cuma takmahu dia risau.

Aku bertolak dari rumah pkul 7.25pg. Berhenti rehat di Petronas Dungun. Isi minyak di Petronas Bukit Kuang. Lepas tu isi minyak lagi di Petronas Gambang. Berehat dan isi minyak di Shell Temerloh. Akhir sekali isi minyak di Petronas Genting Sempah. Pukul 2.15ptg aku sampai ke Bangi.

Alhamdulillah..selamat juga sampai ke Bangi walau sorang diri bawak motor. Yang sebenarnya bukanlah sorang diri pun, kat atas highway penuh dengan penunggang motor balik dari beraya. Jadi kesimpulannya aku taklah keseorangan.

Raya kesembilan...



Raya kesembilan ni xde foto aku rakamkan...
sbbnya dah jenuh aku duk ambik gambar beraya ni...
nanti ape pulak org sekeliling kata...hehe.
aku yang dulunya mmg xsuka bergambar...
entah mcm mana suka pulak dengan foto-foto ni.

Raya kesembilan ni sebenarnya cukup bermakna...
kelmarin aku dapat khabar gembira lahirnya seorang lagi rakyat Malaysia...
tepat jam 2.15ptg iaitu pada raya kelapan kelmarin...
rakyat Malaysia kat atas tu ialah cucuku...
dalam kata lain...cucu saudara iaitu anak kepada anak saudara aku.

Pening juga ada...
Aku sebagai pak saudaranya pun belum kawen...
tapi dah dapat cucu pulak...
yang jumlah cucu terkumpul sekarang ialah 7 orang..
sorang lagi tengah dikandung oleh anak saudaraku...
Aku dapat pangkat Atuk Muda sebenarnya.
suka!

Hari ni sebenarnya bnyk open house..
dan juga kenduri kawen...
tapi kat kampong je la...

Moga Mohamad Adill Hakimie membesar dengan sebaiknya.
Atuk sayang kamoo...

Raya kelapan...


Beraya lagi...
Kali ni beraya ke rumah kakak aku yang keenam di Bachok, Kelantan.
Plan ni sebenarnya dibuat pada saat-saat akhir.
Asalnya tak jadi, tapi aku dan kakakku yang kedua setuju nak pergi.
Kakakku yang kedua pergi dengan keluarganya,
manakala aku pergi dengan motor buruk tu.
Aku bertolak selepas balik dari rumah terbuka Ahmad Syahmi di Gong Badak, Terengganu.
Habis juga minyak satu tangki untuk sampai ke Bachok ni.


Sampai je dekat Maghrib,
terus berehat sambil melayan anak saudara yang jarang-jarang berjumpa ni.
Tak banyak aktiviti dapat dibuat sebab hanya sehari je disini.
Syukur pada malamnya dapat makan bersama dengan keluarga kakakku yang keenam ni.
Esoknya terus balik ke Rusila.

Si manja..Zatil Hannan dan maknya.


kakakku yang nombor enam...


keluarga kakak keenam...suaminya tak dapat dikesan.



anak-anak saudaraku yang happening semacam je...



kakakku yang nombor dua....


keluarga kakak kedua...

Sebenarnya kat Kelantan ni, aku sempat beraya ke rumah dua sahabat iaitu
Badrul dengan Mohd Aza.
Kat sini juga aku dapat lagi duit raya RM40...hehe.
Walaupun masa terhad, raya tetap raya.

Raya ketujuh...


Raya...Raya...Raya!!!
Inilah open house pertama aku pergi sepanjang beraya ni.
Beberapa open house yang lalu tak dapat aku hadiri sebab...
erm....banyak sebab la.
Ini open house sorang sahabat iaitu Ahmad Syahmi di Gong Badak,Terengganu.

Memang dah plan nak pergi sini.
Sebab tulah macam ramai je dalam gambar tu.
Kat sinilah juga aku jumpa satay,
hidangan favourite untuk musim perayaan ni.

Hanya sebuah rumah je dapat pergi hari ni...
Sebab aku harus bertolak ke Bachok, Kelantan.
Rumah kakakku yang tersayang.

Raya keenam...


Raya keenam.
Masih lagi beraya seperti biasa.
Hari ni tak banyak rumah dapat ku pergi.
Sebabnya???

Pertama sebab adanya bola, Manchester United lawan Rangers semalam.
Keputusannya hanya seri 0-0 je.
Keduanya sebab anak saudara aku hampir-hampir masuk wad.
Cirit-birit, nasib baik tak kena denggi sebab kelmarin dah dua orang terkena denggi kat Rusila ni.

Namun hari ni plan dengan keluarga kakak aku yang kedua mesti menjadi.
Kami nak beraya ke rumah sedara-mara di Chendering.
Akhirnya, satu persatu rumah kami pergi, ada 4 buah rumah kesemuanya.
Namun tak semua ada kat rumah.
Maklumlah, raya dah nak msuk seminggu.
Ade yang pergi beraya dan ada yang dah mula bekerja.
Namun yang penting, tali silaturrahim tu tak putus.
Tapi rasa ralat juga sebab tak pergi beraya awal-awal dulu.

Lepas habis beraya di Chendering,
Raya diteruskan ke rumah Tokki tersayang di Simpang Empat, juga dalam kawasan Chendering.
Inilah satu-satunya 'orang lama' yang aku masih ada selepas ayah dan ibu tiada.
Beliau tinggal bersama mak sedare aku iaitu Puan Jarah.
Kat sini sebenarnya aku dapat duit raya RM50 dari mak sedare aku...hehe.

Tokki aku ni sebenarnya masih kuat,
masih mampu pergi ke masjid,
masih mampu mengayuh basikal,
dan yang penting dia pandai memasak!

Rumah terakhir aku pergi hari ni ialah rumah seorang sahabat di Seberang Marang.
Rumah Mohd Azmil bin Abdul Hanid.
Ustaz Azmil sebenarnya.

SELAMAT HARI RAYA...

Raya kelima...

Raya masih diteruskan...
Raya mesti sepuas-puasnya.
Rugi kalau duduk rumah je tengok TV.
TV tengok kita pun ada juga kadang-kadang tu....

Raya kelima ni aku beraya dengan sahabat-sahabat semasa Diploma dan juga MFI.
Hari ni sebenarnya hujan pada awal pagi...Lebat la juga.
Aku dah rasa gelisah pada mulanya, rosak la plan beraya hari ni.
Tapi naseb baik sahabatku, Ahmad Kamrorizuan ada kereta...
Setelah berbincang dan plan rumah mana nak terjah,
aku dgn Kamarol terus beraya.

Ingatkan si Kamarol ni nak terus pergi beraya,
tapi dia datang rumah aku dulu...ada juga org datang rumah aku ni.
Naseb baik la kakak aku dah balik dari rumah mak mertua dia.
Dapat la kami makan pagi berat sikit sebelum pergi beraya...hehe.
Kalau tak macam biasa la...hanya kuih raya je yang ada + air kosong.


Rumah ni wajib aku pergi setiap kali raya...Rumah Ahmad Maududi.


Ni rumah budak kembar...Nasir dan Nazri.
Yang ada hanya Nasir sebab adiknya pergi open house.
Naseb tak runtuh kerusi tu!

Hari ni sebenarnya 5 buah rumah berjaya diterjah.
Hanya dua yang berjaya dirakam sebagai kenangan raya 2010.
Raya masih perlu diteruskan esok.

Raya keempat...

Jadual raya keempat ni memang padat.
Dua orang sahabat lama dari Kemaman turun ke Kuala Terengganu untuk beraya.
Aku HOLD dulu semua rumah lain semata-mata nak beraya bersama dua sahabat ni.
Janji pukul 10pg nak sampai Terengganu, tapi sebab jalan sesak akhirnya pukul 11 lebih baru dua sahabat ni sampai.
Jenuh menunggu dari pukul 9pg..
Sampai kat rumah aku, aku layan je diorang.
Makanan memang tak ada sebab kakak aku balik rumah mak mertua dia di Pahang.
Aku pun mana la reti nak masak, kecuali masak air...ermm, maggi tu boleh la.
Yang ada hanya kuih raya je..Padan muka.

Kami pun terus je beraya....


Rumah pertama kami terjah...Rumah si doktor Hanif.
Rumah yang sudah aku pergi pada raya ketiga...
Tapi disebabkan sahabatku datang dari jauh, aku pergi lagi rumah ni.
Buat kali ketiganya...


Seterusnya rumah Ahmad Munzir.
Anak kepada Che Ghani Ambak, orang kuat PAS.


Ni sebenarnya rumah sahabat perempuan di Kampung Darat Pak Chan...
tapi tuan rumah malu nak bergambar.
Kami je yang bergambar.


Tuan rumah ni sporting...
Sahabat sewaktu di SHAMS dulu.
Rumahnya nun disana, Kampung Alor Limbat.



Last sekali...
Secara tak sengaja,
dapat makan-makan di Pantai Batu Burok.
Acara ni aku tak jangka pun.
Sehingga pukul 1pagi baru habis beraya hari ni.
Barbeque ni tajaan seorang sahabat iaitu Adhwa yang belajar di German.

Akhirnya, pkul 2pagi bru sampai di rumah.
Memang beraya sungguh hari ni.
Sebenarnya banyak rumah yang tak dapat pergi hari ni
seperti rumah Mitolib, Imi Iser dan lain2,
disebabkan masing-masing keluar beraya.
Ada yang buat reunion keluarga, reunion sekolah dan lain-lain.
Kesian sahabat-sahabat aku yang datang beraya jauh-jauh ni.

Apapun, hari ni sungguh seronok...beraya sakan.

Raya ketiga...

Raya ketiga ni barulah secara rasminya aku mula beraya.
Mulanya nak pergi beraya rumah saudara-mara,
tp disebabkan kakak-kakak aku sibuk, aku HOLD dulu bahagian saudara-mara tu.
Susahnya jadi anak bongsu ni.
Rasa mcm tak patut aku buat begitu, tapi tulah.
Malu sebenarnya nak pergi beraya sorang-sorang ni.
Walaupun gitu, aku beraya juga rumah bapak saudara aku yang paling rapat kat Permin Jaya...walaupun aku pergi sorang diri, hehe.

Lepas tu,mulalah misi beraya rumah kawan-kawan.

Inilah rumah kawan pertama aku pergi beraya.
Terletak di Kampung Wakaf Beruas.
Seorang doktor juga merangkap Hafiz Al-Quran.Doktor Hanif.
Setiap tahun aku beraya rumah dia.
Bangga aku ada kawan macam ni, mengenangkan diri aku yang kurang lagi dalam soal-soal agama ni.

Seterusnya rumah sorang kawan di Telok Menara.
Asalnya Syed Abdul Mun'em ni tinggal di Padang Tengir.


Seterusnya, rumah kawan lagi di Kampung Atas Tol.
Rumah Mohd Hanif Sidek.
Ayahnya terkenal sebagai cikgu sekolah memandu Bitara.
Aku pun dulu pernah jadi anak murid ayahnya.


Dekat nak maghrib, aku singgah rumah kakak keempat di Kampong Nibong.
Rasa macam jahat je.
Lepas letih baru singgah rumah kakak...hehe.
Tapi berbaloi aku pergi lambat rumah kakakku yang keempat ni,
sebab dia pun baru balik beraya.

kakakku yang nombor empat...

Raya kedua...


Balik kampung...
Ho Ho Ho Balik kampung...
Ho Ho Ho Balik kampung...

Raya kedua aku balik ke kampung halaman...
Dari Felda Chini, jaraknya lebih kurang 260km ke Rusila.
Jauhnya! Tapi inilah balik raya namanya...
Sepanjang perjalanan, aku rasa hanya aku sorang je manusia yang balik kampung naik motosikal pada hari tu.
Sempat singgah di Kijal, umah sahabat lama di SHAMS dulu.

Sesampai sahaja di rumah, aku terus ke pusara arwah ayah dan ibu. Sedekahkan Al-Fatihah dan doa untuk keduanya yang telah pergi menemui Ilahi. Harap agar doa diterima oleh Allah untuk mententeramkan keadaan ibu dan ayah di alam barzakh.


pusara yang sebelah-menyebelah...

Kemudian aku beraya dengan keluarga kakak ketiga yang tinggal bersebelahan dengan rumah lama tinggalan arwah ayah dan ibu.

aku dan kakak ketiga, Puan Sipah...


anak-anak kakakku yang ketiga tu...

Petangnya, aku tidur sebab letih sangat bawak motor.
Malamnya sambung beraya dengan kakakku yang kelima iaitu Asnah.


aku dan kakak kelima, Puan Asnah...

Raya pertama...


Raya pertama aku kali ni tak seperti biasa.
Raya kali ni aku cuba meriahkan agar tidak menjadi suram seperti selalu...
Suram seperti biasa aku lalui sejak beberapa tahun yang lalu.
Kelihatannya seakan pelik,
sebab keputusan 'style' beraya tahun ni aku ubah pada saat-saat akhir...

Tak pernah aku buat sebelum ni, beraya sepertimana aku raya pada tahun ni.
Aku tak beraya di kampung, sebaliknya destinasi raya pertama aku kali ni ialah
rumah kakak sulung aku di Felda Chini Timur, Pahang.
Sehinggakan tahun ni adalah pertama kalinya aku tak berbuka puasa di kampung halaman.

Ada banyak tujuan aku ke situ...
Satunya ialah mengeratkan ikatan yang seakan nak putus...
Ikatan antara aku dengan anak2 saudara dan cucu2 saudara aku...
Keduanya mencari sesuatu yang hilang dari simpanan aku sejak beberapa tahun yang lalu...

sampai jua...hampir 45minit utk sampai kesini dari simpang utama.


insan yang aku nk jmpa sangat2...kakak sulung aku, Puan Hasnah.


ni bukan anak saudara, inilah gelagat cucu saudara aku...


cucu-cucu saudara ku beraya sakan...


kiri sekali isteri anak saudara aku yang lelaki, selebihnya anak saudara aku yg tgh mengandung!


the latest 'cucu saudara'...


Danish dengan ayahnya, Lan.

Kat sini sebenarnya aku dapat duit raya RM50...
hehe, dah besar pun masih dapat duit raya...
tak sia-sia beraya sejauh ni.

APA YANG AKU CARI DISINI???


Inilah dua keping gambar yang sangat aku cari selama ni...
Gambar insan teristimewa dalam hidup...
Arwah ibu dan ayah.
Gambar atas ialah aku sewaktu kecil dgn arwah ayah ibu serta kakak keenam.
Gambar bawah ialah arwah ibu dengan kakak sulung.

Bye Bye Ramadhan...Happy Eidulfitri!

Selamat Tinggal Ramadhan...
Happy Eidulfitri buat semua...

Ramadhan yang pergi sebenarnya meninggalkan banyak kenangan tahun ni...
Kenangan berpuasa... juga kenangan beribadah kepadaNya...
Terasa seolah-olah belum sempurna ibadah untuk bulan Ramadhan yang dah berlalu ni...

Apa tidaknya, percubaan untuk mengkhatam Quran tidak juga berjaya...
Ni adalah kali kedua percubaan ni GAGAL...
Dulu sibuk dengan bermacam-macam projek...
Kali ni, entah apalah yang aku sibukkan sangat...
Aku hanya mampu baca sampai Surah Al-Hujurat sahaja!
Itupun setelah berhempas-pulas membacanya....isk isk isk.

Rasanya...inilah KEGAGALAN paling dikesali di bulan Ramadhan lalu...
Harap cubaan kali ketiga nanti membuahkan hasil,
untuk mengKHATAM Al-Quran di bulan Ramadhan akan datang.

Balik Kampung

Alhamdulillah...
Sedar tak sedar rupanya esok atau lusa akan raya...
Ramadhan pun dah makin menjengah ke penghujungnya...
Harap-harap tahun hadapan masih lagi dipertemukan dengan Ramadhan...

Aku sebenarnya bimbang sangat ni...
Kalau hari ni anak bulan kelihatan, sah esok raya...
Tapi kalau tak kelihatan, lusa akan raya...
Harap-haraplah jangan raya lagi esok....
Kalau esok raya, beraya atas Highway la nampaknya aku.
Namun kalau raya esok pun, tak mengapalah...
Tak ada maknanya pun, sama sahaja.

Rupa-rupanya, aku tak keseorangan pulang esok pagi...
Nasib baik ade sorang kawan kebetulan juga balik esok pagi...
Kawan yang sudah lama aku tak jumpa...
Siapa tahu, inilah jodoh pertemuan yang Allah tentukan...
Rupa-rupanya kami bertemu pada hari pulang ke kampung.

SELAMAT HARI RAYA SEMUA!!!

Beraya di Pahang

Akhirnya, keputusan dah ku buat tadi. Aku akan beraya di Pahang iaitu umah kakak aku, bukan sepertimana selalu aku beraya di Terengganu. InsyaAllah pagi khamis ni aku bertolak pulang iaitu sehari sblm raya. Baru la feeling sikit.

Memang susah nk buat keputusan ni, mencabar sungguh. Mulanya aku pikir akan cakap2 org jika aku tak balik beraya di kampung. Tapi orang bukan tahu keperitan beraya di kampung, di rumah lama tinggalan arwah ibuayah sambil menonton gelagat kakak-kakak yang bergaduh sesama sendiri. Tapi setelah difikir masak-masak, kekurangan dan kelebihan antara beraya di Trg atau Pahang adalah lebih kurang sahaja. Aku dah tak mahu lagi beraya sorang2 kat umah di Terengganu. Aku nak jumpa kakak sulung yang sebenarnya sangat kurang rapat denganku, seolah-olah aku rasa kakak sulungku ini tiada dalam ingatan aku. Jadi raya tahun ni aku nak kenal betul2 kakak sulung aku ni, anak2nya iaitu anak2 saudara aku dan juga cucu2 saudara aku iaitu anak kepada anak2 saudara aku tadi. Serius aku tak pernah kenal kesemua cucu saudara aku yang ada 6org kesemuanya tu. Aku pun belum kahwin lagi.

Kadang2 aku pikir lagi,betol ke tindakan aku beraya di Pahang ni. Sekali rasa ok je tapi bila pikir balik rasa mcm janggal. Biarlah, bukan aku tak beraya di Terengganu. Raya kedua nanti aku balik la Terengganu. Sama saje. Tak sabarnya nak beraya kat Pahang ni. Moga raya tahun ni menjadi memori indah selamanya.

Ramadhan nak pulang

Ramadhan dah nak tiba ke penghujungnya.
Masih ada satu malam lagi iaitu malam ganjil (malam 29)
untuk umat Islam menemui malam seribu bulan
iaitu LailatulQadar.

Namun bukan bermakna malam-malam lain tiada ganjaran pahala,
tapi Rasulullah dah beri bayangan tentang malam LailatulQadar ni
iaitu pada 10 malam terakhir dan malam-malam ganjil
antara 10 malam tadi.
Rugi kalau tak rebut peluang setahun sekali ni.

Zakat Fitrah


Buat kedua kalinya, aku dah berjaya menunaikan zakat fitrah untuk tahun ni pada petang tadi. Inilah kali kedua aku membayar zakat setelah kematian kedua ibubapa beberapa tahun yang lalu. Jumlahnya hanyalah RM7. Tapi bukan itu soalnya, tetapi tanggungjawab perlu ditunaikan.


Kalau dulu, aku tak ambil pusing pun pasal zakat ni sebab dah tentu makayah yang uruskan. Aku rilek je. Namun sekarang semuanya harus difikirkan sendiri. Jadi sesiapa yang belum bayar zakat, pergilah bayar segera sebelum masanya tamat.


Barangsiapa diberi Allah harta dan tidak menunaikan zakatnya kelak pada hari kiamat dia akan dibayang-bayangi dengan seekor ular bermata satu di tengah dan punya dua lidah yang melilitnya. Ular itu mencengkeram kedua rahangnya seraya berkata, "Aku hartamu, aku pusaka simpananmu." Kemudian nabi Saw membaca firman Allah surat Ali Imran ayat 180: "Dan janganlah orang-orang yang bakhil dengan harta yang Allah berikan kepada mereka dari karuniaNya menyangka bahwa kebakhilan itu baik bagi mereka. Sebenarnya kebakhilan itu buruk bagi mereka. Harta yang mereka bakhilkan itu akan dikalungkan kelak di lehernya di hari kiamat. Dan kepunyaan Allah lah segala warisan (yang ada) di langit dan di bumi." (HR. Bukhari)

Terawih di rumah

Jam di laptop tepat menunjukkan pukul 12.40pg...
Sebenarnya baru shaja selesai solat Terawih yang lewat dikerjakan...
Terpaksa dikerjakan di rumah...ni 1st time!

Semua ni angkara shopping punya pasal...
Berbuka pun di bus stop je...
semua kedai kat Kuala Lumpur tu sesak,
tapi tak tahu la orangnya puasa ke tidak...
erm...harap2 puasa la hendaknya!

Baru aku tahu...
Ramai juga rakyat Malaysia ni...hehe.
Tadi baru pergi Sogo...
Kalau MidValley lagi teruk agaknya...
The Curve...Jusco....Alamanda....Sunway Pyramid????

Mungkin hari ni orang semua keluar sempena cuti Merdeka...
Entah dari mana keluar manusia...
Penuh sesak bershopping raya...

Namun yang penting...
Tertunai juga solat terawih walaupun pahala berjemaah tu tak dapat...
Tak mengapalah...