Minyak TURUN Lagi...!!!!

Majoriti rakyat Malaysia hari ini bolehlah tersenyum riang rasanya sebab minyak dah turun lagi. Kerajaan pimpinan PAKLAH HADHARI hari ini telah mengumumkan penurunan harga runcit petrol dan diesel, masing-masing sebanyak 15 sen seliter berkuat kuasa esok (1/11/08).

Aku sebagai rakyat Malaysia merakamkan ucapan setinggi penghargaan kepada PAKLAH sebab menurunkan lagi harga minyak...Walaupun penurunan ini masih dirasakan belum memenuhi kehendak rakyat tapi sedikit sebanyak mampu mengurangkan beban yang ditanggung...

Harga petrol RON97 atau dipanggil minyak hijau dikurangkan daripada 2.30 seliter kepada 2.15 seliter, RON92 atau dipanggil minyak merah dikurangkan RM2.20 kepada RM2.05 seliter. Manakala diesel pula daripada RM2.20 seliter kepada RM2.05 seliter.

Penurunan harga minyak itu diumumkan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam kenyataan media di Putrajaya.

Pelarasan terakhir pada 14 Oktober lalu apabila harga petrol RON97 dikurangkan 15 sen seliter daripada RM2.45 kepada RM2.30, petrol RON92 turun 10 sen seliter daripada RM2.30 kepada RM2.20, manakala diesel sebanyak 20 sen seliter daripada RM2.40 kepada RM2.20.

Pelarasan pertama pada 23 Ogos lalu, harga runcit petrol RON97 diturunkan 15 sen seliter daripada RM2.70 kepada RM2.55, RON92 dikurangkan 22 sen seliter daripada RM2.62 kepada RM2.40, manakala diesel lapan sen seliter daripada RM2.58 kepada RM2.50.

Pada 25 September lalu pula membabitkan penurunan harga runcit petrol dan diesel 10 sen seliter menjadikan petrol RON97 RM2.45 seliter, RON92 (RM2.30) dan diesel (RM2.40).

Walaupun aku dah tiada kenderaan, tapi sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban rakan2 aku yang terpaksa memberi tumpang pd aku setiap kali pergi ke kelas...hehe!

HIDUP PAKLAH HADHARI!!!

Ibu Bayi Mengaku Bersalah


Gambar wanita yang mengaku bersalah membuang bayi lelaki itu.

Rasanya masih segar lagi peristiwa seorang bayi lelaki ditemui oleh sekumpulan jemaah yang ingin menunaikan solat subuh pada 11 oktober 2008 lalu..Bayi tersebut ditemui oleh jemaah tersebut di Masjid Terapung,Kuala Terengganu atau dikenali sbg Masjid Tengku Tengah Zaharah dikalangan para pelancong...Menurut sumber yang aku ketahui,jemaah tersebut adalah sekumpulan pelajar dari Unisel yang singgah menunaikan solat subuh disitu...Apa yang nak diceritakan disini bukanlah tentang jemaah yang datang dari Unisel tu walaupun keindahan dan kesucian Masjid Allah itu telah diragut dek kerana peristiwa itu,tetapi tentang ibu mayat bayi berkenaan.

Mayat bayi lelaki yang ditemui 11/10/08 yang lalu.

Semalam (26/10/08), Sabariah yang bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta dihadapkan ke Mahkamah Sesyen untuk didakwa kerana melakukan perbuatan tersebut.

"Saya mengaku membuang anak itu di Masjid Terapung."Itulah pengakuan Sabariah, ibu kepada bayi tersebut yang dilafazkan dalam keadaan tenang di hadapan hakim Mohammad Khalid Ab. Karim.Sabariah yang berasal dari Kampung Lubok Kawah, Jertih, Besut itu bagaimanapun tidak mengaku membunuh bayi itu sebelum diletakkan di ruang solat perempuan di tersebut.

Apa yang aku kesalkan disini ialah ibu tersebut dengan tenangnya mengaku bersalah mengenai pertuduhan yang dibacakan ke atasnya...Ini adalah menurut akhbar Kosmo yang aku baca petang kelmarin..Kalau benarlah sebegitu yang dilaporkan,dimanakah nilai perikemanusian seorang ibu yang sanggup berbuat demikian...apa dah jadi dengan perumpamaan yang mengatakan bahawa syurga itu terletak di bawah tapak kaki ibu...???Hanya ALLAH sahaja yang tahu hati nurani ibu berkenaan dan kepada-Nya jualah ibu berkenaan diadili dengan sebaik mungkin...dan betapa beruntungnya bayi berkenaan yang dijamin syurga ALLAH ke atasnya...AL-FATIHAH!

Alamak...Malaysia kalah lagi


Malam tadi aku berkesempatan menonton siaran live Bolasepak PestaBola Merdeka kat RTM..kira nasib baik la kali ni sbb ada siaran live dari televisyen Malaysia...bayangkan semasa Chelsea datang ke Malaysia..takde pun siaran live sebegitu...nasib ada,kalau tak mengamuk la penduduk Malaysia yang duk kat pedalaman nun jauh disana..mcm mana diorang nak ke stadium!hehe...

Awalnya,ada yang ajak aku pergi tengok live kat Bukit Jalil tapi entah kenapa,aku rasa mcm malas je...mungkin aku dah tau kot yang Malaysia memang akan kalah...sebenarnya,aku mmg taknak pergi sbb nak tgk Manchester United punya game...Manchetser United vs Everton..biarlah org nak kata apa pun..aku tetap dgn Manchester United aku..Glory Glory Manutd!!!walaupun Manutd seri je dgn Everton tapi sekurang-kurangnya aku tak rugi sbb duit RM10 aku tak habis..kalau pergi tgk Malaysia main,hangus la duit aku tu!kalau menang takpelah jgak..

Aku yakin...akhbar akhbar hari ni memang sedap duk kritik pemain Malaysia yang ternyata bermain sambil lewa...dapat je bola terlucut...dapat je bola terlepas...dapat je bola terjatuh...itulah kot skrip yang mungkin ditulis dlm akhbar-akhbar hari ini (26/10/08)...walaupun pedas,pemain-pemain Malaysia kena terima lah sebab dah kamu yang main sebegitu...siapa yang suruh!lain kali main la betul-betul,lawan Vietnam pun boleh kalah,ni kan plak nak main kat World Cup 2014!

Terdahulu,Malaysia telah memenangi kesemua perlawanan dalam PestaBola Merdeka sebelum tewas ditangan Vietnam melalui penentuan sepakan penalti...Prestasi cemerlang skuad bimbingan B. Sathianathan dalam kempen edisi ke-40 ini gagal diteruskan ke atas Vietnam yang banyak bertahan sepanjang 120 minit permainan.Biarpun banyak menguasai permainan dan mencipta beberapa gerakan berbahaya, namun nasib tidak menyebelahi skuad negara apabila setiap hantaran dan sentuhan penyudah gagal dilakukan dengan sempurna.Vietnam yang mengalahkan Sierra Leone juga menerusi sepakan penalti pada pusingan separuh akhir berjaya menjulang trofi kejohanan tertua di Asia Tenggara itu selepas pemain pertahanan Malaysia, Norhafiz zamani Misbah gagal menyempurnakan sepakan penalti.

Bagi aku,takde yang lebih memalukan dari sikap pemain sendiri yang aku tgk telah menyebabkan Malaysia kalah dgn Vietnam malam semalam...bukan nak kata aku pandai main bola...tapi bila aku main boleh gak score 2 atau 3 gol!!!hehe...apa yang aku cakap ni ada asasnya sbb aku tgk,pemain-pemain senior Malaysia lebih mementingkan semangat setiakawan yang kadang kala meruntuhkan nilai setiakawan sesama Asia...sikit sikit nak bertumbuk..apa salahnya saling bermaafan sesama kita...lagipun ni kan Bulan Syawal!satu lagi aku rasa sebab utama kekalahan Malaysia adalah kerana sikap mengambil mudah perlawanan malam tadi kerana semua sedia maklum yang Malaysia mudah memenangi perlawanan terdahulu dgn keputusan 4-0 dan 6-0...

Apa yang penting sekarang ialah...main la betul-betu sampai tak kalah lagi mcm malam semalam...!

Happy Birthday ROONEY!!!

Lama rasanya tak sembang pasal bola...minggu ni rupanya dah genap 23 tahun umur si ROONEY tu...tapi dalam usia yang sebegini rupa,dia dah menjadi antara pemain yang dikagumi serta diminati di seluruh pelusuk dunia...siapa kaki bola yang tak kenal WAYNE ROONEY,pemain kesayangan seluruh penduduk England dan dia adalah antara nadi kemenangan setiap kali England menentang pasukan lawan...bak kata pepatah,kalau takde ROONEY England mungkin kalah kot! hehe...

Dalam masa beberapa minggu ni,akhbar akhbar duk sibuk melaporkan tentang kehebatan ROONEY menjaringkan gol untuk kelab dan juga untk negaranya iaitu England...mana tidaknya,bermula dengan gol yang dijaringkan ketika menentang Bolton semasa EPL berterusan sehingga kepada lima perlawanan termasuk ketika kempen Kelayakan Piala Dunia 2010 menentang Belarus dan Kazakhstan..dia menjaringkan masing masing dua gol ketika menentang Belarus dan Kazahkstan...hebat kan!Pengurus pasukan Manchester United, Sir Alex Ferguson, tidak dapat menyembunyikan kegembiraannya dengan kemajuan pemain yang dibeli daripada kelab Everton itu.

Ada lima faktor penting yang boleh mengharumkan Rooney musim ini.
Pertama, seperti Berbatov, Ronaldo dan Tevez, Rooney juga tidak kurang dari segi kemahiran.Dari itu, Rooney boleh menjaringkan gol dengan pelbagai gaya, dalam keadaan sukar, dalam ruang yang terbatas dan dalam kedudukan yang tercabar.

Kedua, Rooney, tidak seperti Berbatov, adalah pemain serba boleh. Beliau boleh bergerak di depan, di kanan, di kiri dan rajin membantu rakan-rakan pertahanannya jika keadaan terdesak.

Ketiga, Rooney adalah pemain yang rajin. Mungkin beliau masih muda, sebab itu beliau tidak mengenal erti penat. Setiap kemunculannya dalam kesebelasan utama United adalah satu perjuangan.

Keempat, keyakinan. Rooney semakin dijulang keyakinan dengan kemampuannya. Beliau tahu bakatnya. Keyakinan itu kemudian meningkatkan tahap kematangannya.

Kelima, segala kemajuan yang ditunjukkan sejak kebelakangan ini adalah hasil kerja keras dalam latihan. Kejayaan tidak boleh dibeli tetapi harus diusahakan.

Kini, Rooney bagaikan mula memetik buah ganjarannya dengan menjaringkan lapan gol untuk United dan juga England dalam enam perlawanan.

Tapi sayangnya,perlawanan malam tadi menyaksikan Manchester United seri 1-1 dengan Everton dan menyebabkan peluang menghampiri pasukan teratas seperti Liverpool dan Chelsea semakin tipis. Rooney hanya bermain 70 minit sahaja apabila dia dikeluarkan dan digantikan dengan Nani, seorang lagi pemain harapan United...mungkin dia tak serasi bermain menetang kelab lamanya iaitu Everton...kerap kali juga dia diejek tadi ketika membawa bola sebab penyokong Everton memang tak suka kepadanya kerana berpaling tadah dengan menyertai Manchester United beberapa tahun dahulu...Apa pun,liga masih lagi terlalu awal untuk ditentukan kerana Manutd baru sahaja bermain lapan perlawanan sedangkan pasukan pasukan lain telah bermain sebanyak 9 perlawanan msuim ini...Teruskan usaha Manchester United!

Hadiah Deepavali Umno-BN buat masyarakat India


Dalam keghairahan umat ISLAM menyambut kedatangan bulan Syawal yang penuh keberkatan ini,tak lupa jgak pada masyarakat INDIA yang ditindas oleh kerajaan PAKLAH HADHARI hari ini(24/10/2008)...Aku tahu berita ni pun selepas buka harakahdaily.net yang sentiasa menjadi nadi perjuangan orang PAS menyalurkan sebarang idea atau mendengar sebarang perkembangan semasa yang memang tak ditulis dlm akhbar UMNO seperti Berita Hairan atau UTUSAN MELOYA!...

Entah apa pertimbangan dan percaturan pimpinan Umno-BN tatkala saban tahun mereka melakukan penindasan ke atas masyarakat India.
Tahun lepas kita menyaksikan perobohan Kuil Rimba Jaya menjadi 'hadiah' Deepavali Umno-BN buat masyarakat India, tahun ini, dalam keadaan beberapa hari saja lagi masyarakat India akan menyambut Deepavali, 11 individu ditahan - termasuk seorang anak kecil berusia 6 tahun - di saat mereka mahu menyerahkan memorandum secara aman di Pejabat Perdana Menteri semalam.

Hari ini Mahkamah Majistret Kajang menetapkan supaya 10 daripada mereka direman selama 3 hari sebermula hari ini. Sekali gus keputusan mahkamah ini menafikan hak mereka untuk merayakan Deepavali sebagaimana masyarakat India lainnya.

Dato Seri Anwar Ibrahim berasa kesal dengan tindakan dangkal yang diambil oleh penguasa untuk menahan kumpulan 11 individu semalam. Hujahnya masih samar dan tidak jelas. Adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk memberikan justifikasi dari konteks perundangan dan hak asasi, bukan mengambil tindakan cacamarba yang hanya memburukkan keadaan.

Kenyataan terdahulu Menteri Dalam Negeri bahawa Hindraf diharamkan atas alasan penganjuran demonstrasi yang menganjurkan keganasan adalah tidak munasabah.
Waima ada pelanggaran undang-undang sekalipun, wajar bagi beliau membuktikan setiap butir katanya dengan fakta dan pembuktian jelas, bukan mengadu domba tanpa hala!

Dato Seri Anwar Ibrahim juga menyeru agar Kementerian Dalam Negeri khususnya Menteri yang berkenaan tidak bersikap selektif terhadap berpuluh lagi gabungan dan pertubuhan yang acapkali berselindung di sebalik sentimen perkauman sempit, sekiranya mereka mahu membuktikan mereka adil di mata rakyat.
Kita tidak boleh terus berkompromi dengan slogan anti-keganasan dan anti-sentimen perkauman untuk terus menghalalkan kezaliman!!!...ALLAHUAKBAR!

-Sumber: harakahdaily.net-

Dulu PAKLAH naikkan harga minyak

Ini adalah luahan hati seorang pejuang UMNO-BN yang masih berpegang kepada prinsip 'Hidup Melayu'nya walaupun UMNO-BN semakin terumbang-ambing sekarang..Cerpen 'sedih' ini sebetulnya dah dia tulis semasa hari pertama PAKLAH menaikkan harga minyak sesuka hati dia dulu...tapi dia lupa sket..hehe!!kerana teramatlah sedih, dia postkan jugak utk tatapan semua...sedih ni...

Pertama,saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pak lah kerana menaikkan harga minyak..selepas ini apabile harge minyak naik.. harge barang yg lain akan naik..
saya akan mengubah tabiat saya dari makan ikan kembung yg bermata merah dan pecah perut kepade ikan kering sahaja..
saya sanggup berkorban untuk UMNO dan bn..
anak saye yg seramai 5 org itu boleh bekerje selepas waktu sekolah untuk membantu keluarga dan meneruskan tradisi menyokong UMNO dan bn
saya akan merubah bilik bilik yg ade di rumah saya untuk dijadikan tempat menternak ikan dan menanam sayur secare hidroponik
saya terpakse tanam dalam bilik kerna saya dok kat umah flat..
rebet yg diberikan kepade saya memang melebih dari keperluan saya..
apebile saya congak.. saya hanya menggunakan 20 sen aje duit minyak moto sehari.. ade untung 21 sen
saya tak pakai pon kete… sebab bile minyak naik.. saya kene jual datsun kotak mancis saya.. dapat gak duit..
anak anak saya, saya akan soh eksesais setiap hari dengan berjalan kaki atau naik beskal ke sekolah.. sejauh 5 km
walaupon saye berpendapatan rm 1000.. ia terlebih cukup untuk keluarga saya…
buat permulaan untuk merubah kehidupan saya..
saya tidak akan menggunakan gula… tak akan menggunakan tepung untuk buat jempot-jempot
akan menggantikan beras ngan ubi… setiap hari saya dan keluarga akan berpuasa (kecuali pade hari hari yg dilarang ajerk)

saya akan buat minyak masak sendiri
itu antara care saya merubah hidup..
ade banyak lagi care
semuanya kerna UMNO dan bn…
dan saya ingin meminta pak lah supaya menaikkan lagi rege minyak yg ade..
bukan tu ajerk.. diminta menaikkan lagi rege tol kerna org sebelah rumah saya nih org pembangkang dia selalu ikut highway, bior padan ngan muke dia.
mungkin pak lah boleh melawat saya dan bersedekah kepade saya sehelai kain pelikat dekat-dekat pilihanraya nanti..
insyaallah kain pelikat itu saya akan framekan dan gantung dirumah.. tapi jangan lupa.. pak lah tandatangan yerk..!
jgn lupe pak lah.. naikkan lagi rege minyak..
jgn turun kan gaji menteri menteri dan tuan penasihat 25%..
saya tetap akan menyokong pak lah..
akhir kata bior pak lah senang, janji kami susah.. hidup UMNO, hidup BN…hanya kerajaan BN sahaja yang pandai memerintah negara
sekian terima kasih.

PAKLAH akhirnya pencen pada Mac 2009


Syukur ke hadrat ALLAH kerana membuka pintu hati PAKLAH untuk berundur lebih awal dari yang dijangkakan iaitu pada 2010...Hari ini,Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan akan meletak jawatan sebagai Perdana Menteri pada Mac 2009 dan juga tidak akan mempertahankan jawatan sebagai Presiden Umno dalam pemilihan akan datang.Keputusan Perdana Menteri itu diumumkan dalam taklimat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di PWTC petang tadi.

Abdullah pada awalnya, dijadual melepaskan jawatan tertinggi Umno dan jawatan Perdana Menteri pada pertengahan 2010. Namun akibat dari prestasi buruk BN dalam pilihan raya umum ke-12 yang lalu, beliau telah didesak agar segera meletak jawatan. Keputusan Abdullah ini membolehkan Dato' Seri Najib Tun Razak menjejakkan kaki ke Seri Perdana iaitu kediaman rasmi Perdana Menteri enam bulan akan datang.

Tempoh enam bulan akan datang tentunya amat mendebarkan Najib kerana apa sahaja boleh berlaku dalam tempoh tersebut untuk menghalang beliau dari mendiami kediaman rasmi Perdana Menteri. Yang boleh menyekat mimpi Najib dari menjadi nyata adalah jika kerusi Presiden Umno dimenangi oleh Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) yang berhasrat bertanding jawatan tersebut pada Mac nanti.

Selain faktor kemenangan Ku Li, faktor pembentukan kerajaan baru oleh Pakatan Rakyat juga mampu membuatkan impian Najib terhalang. Jika Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan, bukan hanya impian mendiami Seri Perdana akan terkubur tetapi kemungkinan pelbagai lagi malapetaka akan menimpa bukan hanya Najib tetapi banyak lagi pemimpin Umno yang lain.Pembentukan kerajaan baru ini amat tidak disenangi oleh pemimpin Umno biarpun ia merupakan sesuatu yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia yang sudah bosan dengan pemerintahan Umno-BN selama 51 tahun. Biarpun pembentukan kerajaan baru tidak berlaku pada 16 September lalu - tarikh asal yang diumumkan oleh Anwar - tetapi bukan sedikit rakyat Malaysia yang berharap agar BN segera ditumbangkan.

Selain Najib, Anwar juga pasti berhasrat untuk berpindah ke kediaman bernilai ratusan juta ringgit itu. Jika tidak mendiami Seri Perdana sekalipun, Ketua umum Pakatan Rakyat itu sememangnya berhajat untuk memiliki pejabat di Putrajaya. Biarpun ramai yang mengatakan hasrat Anwar dan Pakatan Rakyat mahu menubuh kerajaan baru sebagai sesuatu yang mustahil tetapi ahli parlimen Permatang Pauh tetap yakin BN akan tumbang dalam tempoh terdekat. Keyakinan Anwar itu membuatkan ramai yang menunggu beliau membuktikan bahawa hasratnya itu bukanlah omongan kosong semata-mata.
ALLAHUAKBAR!!!-Sumber dari HarakahDaily.net-