MU 2-0 Barnsley (CARLING CUP)

Mu dah bounce balik akibat kekalahan dgn LiverFOOL beberapa hari lepas...
mungkin ramai yg tak tahu atau tak ambil pusing...
sbb mungkin tengah 'berkabung' lagi akibat kekalahan tu...
semalam MU mng 2-0 menewaskan Barnsley dalam CARLING CUP...


Gol pertama dari Welbeck...

Gol kedua dari bang Owen...

MU 0-2 LiverFOOL!

dah 2 hari game MU vs Liver berlalu...
game dah berlalu, ape nak kata lagi...
nasi dah jadi bubur...
aku tak tgk pun Game Super Sunday ni...
Projek SCADAku lebih penting.

Torrrrrrrrressss!!!

NGGOOOOOGGGGG!!!

p/s: EPL masih penuh berliku, perjalanan masih jauh!

MU 1-0 CSKA Moscow

Manchester United terus unggul apabila mengekalkan rentak cemerlang
melangkah ke pusingan seterusnya dalam UEFA Champions League
hasil kemenangan hanya 1-0 ke atas CSKA Moscow.

Valencia...a new Ronaldo!!!!

MU 2-1 Bolton

Man Utd kembali ke puncak liga
setelah kedudukan itu 'dipinjam' sekejap oleh Chelsea.
SYABAS manutd!!!

1st from Owen...

2nd from Valencia..is he'll be a new Ronaldo???

Bolton goal!

UMNO menang RASUAH di Bagan Pinang!

Lama rasanya tak mengulas isu politik tanahair. Jadi kita ulas la sikit!
Dalam banyak2 ulasan mengenai kekalahan PAS di Bagan Pinang, saya tertarik dengan ulasan dari Dr Lo' Lo' Ghazali di harakahdaily.net...

Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali menyifatkan, pengundi Bagan Pinang telah terpilih tokoh rasuah. "Antara maruah dan rasuah, pengundi Bagan Pinang telah terpilih rasuah. Ini satu kemalangan," kata beliau kepada Harakahdaily.

Tan Sri Isa mendapat undi 8,013 berbanding calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar yang mendapat 2,578 undi dengan undi rosak sebanyak 223.

Ini bermakna, Isa mendapat majoriti 5, 435 iaitu kemenangan berlipatganda berbanding calon BN dalam pilihan raya umum 2008 lalu yang menang dengan majoriti 2,333. Isa menang ketika semua pihak mempertikaikan personaliti beliau yang pernah digantung jawatannya oleh Umno selepas Lembaga Disiplin Umno mendapati beliau bersalah dalam politik wang dalam pemilihan Umno.

Dan saya percaya, keputusan pengundi Bagan Pinang ini bukanlah mewakili aspirasi seluruh rakyat Malaysia terutamanya golongan muda yang masih memperjuangkan perjuangan Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan baru sedikit masa lagi.

MU 2-2 Sunderland

Bola Bola Bola...bola lagi! kesibukan tugasan semester 6 ni tak menghalang insan kerdil seperti ku meng'update'kan kegiatan bola inggeris ku.

Manchester united hampir dimalukan malam tadi jika tidak kerana gol sendiri dari Anton Ferdinand pada minit kecederaan, menyelamatkan maruah MU dari tergadai begitu sahaja. MU main tak berapa bagus tadi, mungkin keletihan beraksi dlm Liga Juara2 Eropah beberapa hari yang lalu. apa pun tahniah buat sepasukan kerana mempamerkan semangat juang tinggi dan semangat melawan yang tinggi untuk sekadar seri sahaja. tak mengapalah, baik seri daripada kalah memalukan.


gol pertama bari Bent...Foster mmg tak boleh dipakai, kena jual ni!


1-1...bicycle kick dari Berbatov


kesilapan Foster lagi...2-1 pulak!


inilah adik Rio Ferdinand, Anton yang membantu kemenangan MU..
terima kaseh kpd gol beliau....

MU 2-1 Wolfsburg

Manchester United meneruskan lagi rentak kemenangan seterusnya dengan membenam Wolfsburg 2-1 dalam Liga Juara2 semalam. jaringan dari Giggs dan Carrick sudah cukup memadamkan gol awal dari Eden Dzeko.

gol pertama dari Dzeko

gol MU dari Giggs

gol kemenangan dijaringkan Carrick